Showing posts with label legoland. Show all posts
Showing posts with label legoland. Show all posts

Monday, June 17, 2013

My Legoland Trip ~ Part 2


Jom kita sambung citer fun time kami kat Legoland.  Masa kat Land of Adventure tu kami naik ni jugak..nama dia Beetle Bounce.  Ok, anak saya dua orang sebelah kiri saya tu jelah.  Yg lagi sebelah dua orang bertudung comel tu anak orang.  Sebab mak dia tak mau naik saya cakap jom naik ngan auntie.  Well..i think u oll pun tau what happened kan.  Auntie Dee jerit lagi over kot dari budak2 tu...hahaha.  Dia kan macam Solero Shot kat Genting tu.  Walau taklah setinggi mana tapi Mimi kata perut tertinggal di atas ok..hahaha.


Ha..ni pulak game Pharaoh's Revenge kalau tak silaplah.  Game ni kita kena tembak musuh2 yang berlampu merah.  Dah abis game nanti dia tunjuk score kita berapa.  Budak2 mmg seronoklah game ni.


Mama dia yg mcm over kan..hahaha.  Semua game nak main.  Ni kat Imagination..nama dia Kid Power Towers.  Eh..kid eh?  Apsal i terselit sama..hahaha.  Sebenarnya lebih nak temankan si Fifi tu.  Kang tak larat nak tarik tali duduk jelah kat bawah.  Ye, sila tarik tali secara manual utk ke atas.  Tarik smpi tangan berbirat-birat.  


Dah sampai atas. lepaskan tali dan kerusi tu akan turun ke bawah.  Masa ni mendung sket..oklah kan.  Seronok tapi gayatlah..hehehe.


Mama dah kepenatan lepak2 dulu kat playground.  Eh..uol..datang sini pakai sandal je or kasut yg sesuai utk walking.  Sebab byk berjalan.  Saya pakai slipper Jelly Bunny je.  Janganlah nak berdress2 sangat or berbaju kurung.  Tak sesuai ok.  Tudung pun jangan yg terlalu flawless sangat..nanti terangkat2 tudung main game.  Dah..jom tgk anak2 saya buat apa.


Dorang main DUPLO Express kat DUPLO Playtown.


Lepas tu masa dekat Lego Kingdoms, budak2 ni naik kuda kat Royal Joust.  Enjoy dua beradik tu.


Then kami ke Castle tajaan Maybank ni.  Cantik.  Nak main apa?  Tu ha..roller coaster The Dragon.


Saya naik dengan Fifi, Mimi naik sorang.  Dia nangis uoll..hahaha.  Mama tukang gelak.  Sebab dia yang beriyer2 sgt nak naik.  Ha..rasakan.  Lepas tu naik roller coaster yg rendah sikit kat Dragon's Apprentice.  Yang tu dia senyum sikitlah sebab saya minta tolong orang yg naik sorang duduk sebelah dia.  

Roller coaster ni oklah..tak seseram di Genting Highland, Sunway Pyramid (yg 3 loop dah tutup tu) atau di Trans Studio, Bandung.  Tapi tak beli pic sebab pic tak nmpk muka kitorang.  Semua pun tunduk ketakutan..kahkahkah.


Eh..panas sangatlah..berpeluh2 saya.  Jom singgah Lego Academy and Lego Mindstorms kat Lego Technic untuk menyejukkan badan.  Kat sini ada aircond..hihihi.  So, saya biarkan anak2 main2 dgn lego2 tu.  Actually boleh belajar build Lego tapi kena register and ada timing2 dia kat Lego Mindstorms.


Dah puas rehat kami teruskan adventure kami.  Jom main Aquazone Wave Racers.  Best giler kot.  Anak2 saya main 5 kali.


Then, kat depan tu ada Water Splash, orang2 yg duduk kat situ tekan button utk water bomb dan air pancut ke arah kitorang yg tengah main game ni.  Basah sikitlah baju.  Tapi best.  Kat situ juga ada air pancut yg keluar dari lantai.  Sapa ada anak kecik eloklah bawak baju spare.  Ramai kot budak2 kecik main air tu smpi basah lencun.


Depan Wave Racers tu lah ada Project X ni.  Nampak mcm tak seram.  Tapi bila dah naik..ginilah rupa kami..hahaha.  Don't miss this tau.  Best.


Lepas tu kami main Technic Twister ni.  Yang bestnya sebab orang tak ramai jadi semua game pun korang boleh main berulang-ulang kali.  Yg ni je kitorang main 4 kali. 


Lepas je main game ni kami keluar pergi makan kat Medini Mall.  Korang bagitaulah kat orang jaga pintu exit tu nak masuk balik.  Nanti dia chop tangan korang dengan dakwat tak berapa nak kekallah..hahaha.  Nak masuk balik dia mintak tiket tau..so, jangan buang.  Simpan elok2.  

Kami makan kat The Chicken Rice Shop je.  Harga oklah..rasanya biasa2 je.  Tapi kat TCRS tu byk giler kot lalat.  Sampai nak makan pun tak selesa.  Anak saya Fifi cakap kat cashier..abang..kedai ni cantik, makan sedap tapi sayang ada lalat.  Amik kau..hahaha.  Tulus ikhlas dari hati.  Manager dia sengih je.  Do somethinglah ok TCRS, Medini Mall.  Eh..ada je kedai lain kalau korang nak makan.  Ada Fish Manhattan, Secret Recipe, KFC dan banyak lagi.  Murah sket kot makan kat sini banding kat dalam Legoland tu.  Air ribena atau coke je dah RM6 satu..huhu.


Lepas dah isi perut tu, kitorang jalan2 kat Miniland.  Yang menariknya ada kenderaan bergerak2 ok..bukan statik aje.


Eh..macam tak pernah sampai KLCC je..hihihi. 
 

Ada Port Tg Pelepas.


Ada airport.  Tekan button tu..kapalterbang tu pun bergerak.  Macam2lah tempat menarik di dunia ni yang ada kat situ.  Ada Taj Mahal, Putrajaya, Dataran Merdeka, Angkor Wat, Tanah Lot dan macam2 lagi.


Oh ye..dalam Legoland ada disediakan bermacam2 kemudahan.  Ada surau.  Senang je nak cari..nampak gambar patung pakai baju kurung/baju melayu ngan anak, adalah surau.  Apsal saya macam kerinduan suami je tu..jablai betul..hahaha.  Ada juga Restroom, smoking area, ATM machine, Mini Market, First Aid, Lost Parents Counter, Baby Care dan byk lagi.


Then, ada juga character2 macam ni yg uol boleh ajak bergambar.  Btw, saya beli 1 je FM kat sini.  Mahal kot RM25 satu..hehehe.  Jadilah utk kenangan diri sendiri.  

Korang kalau banyak duit bolehlah beli kat The Big Shop dekat ngan pintu masuk tu.  Jangan lupa bawa stroller sendiri.  Kalau terlupa boleh je sewa tapi tak dapat refund balik tau.  Lagi satu, kalau hujan, semua ride akan ditutup utk keselamatan.


Nampak tak sebelah kiri tu.  Ha..katanya itu hotel yg bakal siap tak lama lagi.  Jadi bolehlah duduk dekat sikit ngan Legoland ni.  So, korang kalau nak pergi sekarang pun boleh.  Ni pun sehari suntuk kitorang kat dalam tu.  

Hari biasa Legoland tutup pukul 6 petang.  Weekend, Public holiday & cuti sekolah tutup pukul 8 malam.  Sedang elok je pukul 6 saya dah habis round kat sini.  So, selamat tinggal Legoland.  Tak tahu bila lagi ke sini.  Kalau nak tanya saya apa2 pasal Legoland, boleh je komen kat sini atau email je saya kat deekuntum@gmail.com

Friday, June 14, 2013

My Legoland Trip ~ Part 1


Saya sebenarnya bertolak dari KL jam 10 malam.  Tiba di Senai jam 12.30 tengah malam gitulah.  Laju ke? Takkan..hehehe.  Tidur di Senai, rumah ex-opismate masa keje kat Oil & Gas company dulu.  Dia memang keje di branch kami di Tg Pelepas, saya di HQ KL.  Esok pagi2 setelah dijamu nasi lemak sedap hasil air tangan dia kami terus ke Legoland.


Park kat Medini Mall...paling dekat, mudah & yg paling penting tak panas utk ke entrance Legoland.    Masa saya pergi  ni parking still free.  Yg open car park tu kalau nak park, cari Zon 2.  Tak sure berapa rate utk parking.  Datang pagi tau..jam 9.30 pagi kami sudah terpacak di sini.  Oh, ye..jangan lupa, shades, payung, sunblock, air mineral, biscuits/roti dan kipas tangan..hehehe. 


Moh ler kita pergi beli tiket sebelum queue panjang..tengah kosong tu kan..hehehe.  Saya pergi hari Jumaat pada minggu cuti sekolah.  So, crowd tak berapa ramai..best.  Jangan lupa amik map Legoland kat sini.  Senang nak tau mana nak tuju dulu.


Ini harga biasa ye uols.  Kalau beli online cheaper dan tak perlu beratur kat sini.  Tapi saya punya tiket jauh lebih murah..senyum lebar2.  Nanti saya cerita kenapa.


Dah beli tiket, jomlah posing sedas sebelum masuk.  Oh..outside food not allowed.  Buat masa ni pihak Legoland tak check lagi beg.  So, sumbatlah dalam beg korang tu elok2 ye.


Ha..boleh tahanlah queue kan.  Tunggu nak masuk sebab Legoland buka pukul 10 pagi.


Yeay..tiket dah dapat.  Pagi2 seronok, ada character keluar kat entrance depan tu.  Kira ramai2..10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1..yeay..open sesame!!  Hahaha..


Masuk2 je..terus amik pic kat patung Maybank tu.  Terima kasihlah Maybank sebab saya kerja di Maybank Group maka harga tiket saya & anak2 adalah sgt special.  Less than RM70 seorang.  Senyum lebar2 lagi.  

Tips..kalau korang pergi dengan anak2 kecil mcm saya eloklah ke kanan.  Kalau yang pergi semua dewasa..eloklah ke kiri.


Kita terus tuju Lego City dulu ye.  Actually kami jumpa Nissan Driving School dulu tapi si Mimi serik tak mau dah naik kereta2 ni.  Puas saya pujuk.  Dia ada bad experience kat Genting masa main bumper car dulu.  So, anak2 uol jangan lepaskan peluang pergi Nissan Driving School dulu ye..ada dua.  Satu utk junior satu lagi utk yg besar sikit dari junior...hahaha..apa pya explanation daaa.  

Btw, dorang sgt strict ye dgn ukuran tinggi anak2 utk semua rides..so, kalau anak tu kecik lagi Legoland ni tak berapa sesuai lah..sian dia nanti tak dapat main byk games.  Bayar dahlah mahalkan.  So, kami teruskan ke Boating School aje.


Row..row..row..your boat.  Takde maknanya row..sila tekan pedal dan drive boat pakai stereng..hehehe.  No umbrella ok..so, hadaplah panas mentari ni.


Oleh kerana orang takde, maka kita naik lagi...dan lagi..hahaha.


Lambaian artis sangat..sebab tu ha..tourist from China snap pic kita..and cakap beautiful2..hahaha.


Dah puas boating..moh jalan lagi.  Ada lah game2 mcm fun fair ni.  Kenalah bayarkan nak main..tapi saya tak main pun benda2 ni..tak koser...hehehe.  Sebenarnya mama dia kedekut nak kuar duit lagi..kehkehkeh.


Ada banyak patung2 comel made from Lego kat sini.  Beriyer Fifi nak jilat eskrem tu..hahaha.  Ada jugak yg mengeluarkan bunyi..seronok.


Pastu kita nampak balai bomba - Rescue Academy.  Mimi tu kena paksa bergambar.  Panas kan..tu yg dia malas nak posing2 tu.


Kat sini kita kena naik kereta bomba lah kan.  Yg letihnya..orang dewasa yg kena tolak besi tu atas bawah utk gerakkan kereta bomba tu.  Pastu dah smpi, sila tolak lagi besi utk keluarkan air yg digunakan anak2 kat sebelah saya tu utk memadam kebakaran.  Masa saya naik ni..penuh empat2 kereta bomba tu..jadi berlumba2 lah kami.  Berpeluh2 den..tu yg smpi mulut terketap2..kahkahkah.  Nyesal pun ada..letih2..terus cari air..dahaga2.  Anak2 nak main punya pasal..org tua kenalah kerja kuat..kehkehkeh.


Sebab penat, saya ajak dorang naik train - Legoland Express dulu keliling Legoland.


Bolehlah nampak pemandangan Miniland ni dari atas train tadi tu.  Satu jelah..tempat ni rasanya majority tourists from Singapore and other countries gak kan..staff Legoland yg bawak train ni..English dia hancur wei.  Satu hapa pun kami tak faham apa yg dia explain.  Dari memalukan imej negara, rasanya lebih baik dorang pasang je CD yg explain in good English tempat2 yg train tu lalu...huhu.


Turun train, kami terus ke Lego City Airport.  Naik kapalterbang.  Yg ni orang tua boleh naik gak..biasa2 je game ni..tapi seronoklah utk anak2.


Then..kita ke Land of Adventure pulak.  Tu lah kawan saya yg pemalu tu..minggu depan dah nak fly mengerjakan umrah.  Oh..kat dalam Legoland ni ramai photographer yang boleh tolong amikkan gambar.  Don't worry.  Pakai camera dorang pun boleh, mintak snapkan pakai camera kita pun boleh.  Gambar yg dorang amik kita boleh purchase di Photo Booth.  Kalau nak lah..takde paksaan.


Lepas tu naik unta lah pulak.  Unta ada bunyi-bunyian..hihihi.


Wui..panas terik masa ni so..marilah kita naik sesuatu yg extreme sikit kat Dino Island.  Fifi tak lepas naik ni..huhu.  Sian dia.


Gedebush!!  Sambil terdengar suara mak budak terjerit2.  Budak kat depan saya siap baca doa ok..xleh blah...hahaha.


Basah?  Confirmlah basah.  Ada je dryer kat situ..dia caj RM10.  Eh.. x payahlah..buat rugi duit je.  Panas mentari kat Legoland boleh keringkan baju kita tu percuma je tau..kihkihkih.  Ada kitorang masuk Pharaoh's Revenge tapi tak snap pic.


Baju basah2 tu jomlah kita naik benda macam Taming Sari ni di Imagination Land tengok keseluruhan Legoland.  Tips..mari duduk di bawah ekon..fuuhhh..lega.


Lepas tu kita tengok show.  Mak aihh..buruknya muka saya pakai spek ni..hahaha.  4D show ni best..don't miss it tau.  Rasa real gitu..siap ada asap2..kena pancut2 air.  Utk 4D show ni ada waktu2 tayangan dia.  Nanti dorang announcelah..don't worry.  


Eh..panjang dahlah.  Minggu depan saya sambung cerita lagi ye.  Bye!!