Jom kita sambung citer fun time kami kat Legoland. Masa kat Land of Adventure tu kami naik ni jugak..nama dia Beetle Bounce. Ok, anak saya dua orang sebelah kiri saya tu jelah. Yg lagi sebelah dua orang bertudung comel tu anak orang. Sebab mak dia tak mau naik saya cakap jom naik ngan auntie. Well..i think u oll pun tau what happened kan. Auntie Dee jerit lagi over kot dari budak2 tu...hahaha. Dia kan macam Solero Shot kat Genting tu. Walau taklah setinggi mana tapi Mimi kata perut tertinggal di atas ok..hahaha.
Ha..ni pulak game Pharaoh's Revenge kalau tak silaplah. Game ni kita kena tembak musuh2 yang berlampu merah. Dah abis game nanti dia tunjuk score kita berapa. Budak2 mmg seronoklah game ni.
Mama dia yg mcm over kan..hahaha. Semua game nak main. Ni kat Imagination..nama dia Kid Power Towers. Eh..kid eh? Apsal i terselit sama..hahaha. Sebenarnya lebih nak temankan si Fifi tu. Kang tak larat nak tarik tali duduk jelah kat bawah. Ye, sila tarik tali secara manual utk ke atas. Tarik smpi tangan berbirat-birat.
Dah sampai atas. lepaskan tali dan kerusi tu akan turun ke bawah. Masa ni mendung sket..oklah kan. Seronok tapi gayatlah..hehehe.
Mama dah kepenatan lepak2 dulu kat playground. Eh..uol..datang sini pakai sandal je or kasut yg sesuai utk walking. Sebab byk berjalan. Saya pakai slipper Jelly Bunny je. Janganlah nak berdress2 sangat or berbaju kurung. Tak sesuai ok. Tudung pun jangan yg terlalu flawless sangat..nanti terangkat2 tudung main game. Dah..jom tgk anak2 saya buat apa.
Dorang main DUPLO Express kat DUPLO Playtown.
Lepas tu masa dekat Lego Kingdoms, budak2 ni naik kuda kat Royal Joust. Enjoy dua beradik tu.
Then kami ke Castle tajaan Maybank ni. Cantik. Nak main apa? Tu ha..roller coaster The Dragon.
Saya naik dengan Fifi, Mimi naik sorang. Dia nangis uoll..hahaha. Mama tukang gelak. Sebab dia yang beriyer2 sgt nak naik. Ha..rasakan. Lepas tu naik roller coaster yg rendah sikit kat Dragon's Apprentice. Yang tu dia senyum sikitlah sebab saya minta tolong orang yg naik sorang duduk sebelah dia.
Roller coaster ni oklah..tak seseram di Genting Highland, Sunway Pyramid (yg 3 loop dah tutup tu) atau di Trans Studio, Bandung. Tapi tak beli pic sebab pic tak nmpk muka kitorang. Semua pun tunduk ketakutan..kahkahkah.
Eh..panas sangatlah..berpeluh2 saya. Jom singgah Lego Academy and Lego Mindstorms kat Lego Technic untuk menyejukkan badan. Kat sini ada aircond..hihihi. So, saya biarkan anak2 main2 dgn lego2 tu. Actually boleh belajar build Lego tapi kena register and ada timing2 dia kat Lego Mindstorms.
Dah puas rehat kami teruskan adventure kami. Jom main Aquazone Wave Racers. Best giler kot. Anak2 saya main 5 kali.
Then, kat depan tu ada Water Splash, orang2 yg duduk kat situ tekan button utk water bomb dan air pancut ke arah kitorang yg tengah main game ni. Basah sikitlah baju. Tapi best. Kat situ juga ada air pancut yg keluar dari lantai. Sapa ada anak kecik eloklah bawak baju spare. Ramai kot budak2 kecik main air tu smpi basah lencun.
Depan Wave Racers tu lah ada Project X ni. Nampak mcm tak seram. Tapi bila dah naik..ginilah rupa kami..hahaha. Don't miss this tau. Best.
Lepas tu kami main Technic Twister ni. Yang bestnya sebab orang tak ramai jadi semua game pun korang boleh main berulang-ulang kali. Yg ni je kitorang main 4 kali.
Lepas je main game ni kami keluar pergi makan kat Medini Mall. Korang bagitaulah kat orang jaga pintu exit tu nak masuk balik. Nanti dia chop tangan korang dengan dakwat tak berapa nak kekallah..hahaha. Nak masuk balik dia mintak tiket tau..so, jangan buang. Simpan elok2.
Kami makan kat The Chicken Rice Shop je. Harga oklah..rasanya biasa2 je. Tapi kat TCRS tu byk giler kot lalat. Sampai nak makan pun tak selesa. Anak saya Fifi cakap kat cashier..abang..kedai ni cantik, makan sedap tapi sayang ada lalat. Amik kau..hahaha. Tulus ikhlas dari hati. Manager dia sengih je. Do somethinglah ok TCRS, Medini Mall. Eh..ada je kedai lain kalau korang nak makan. Ada Fish Manhattan, Secret Recipe, KFC dan banyak lagi. Murah sket kot makan kat sini banding kat dalam Legoland tu. Air ribena atau coke je dah RM6 satu..huhu.
Lepas dah isi perut tu, kitorang jalan2 kat Miniland. Yang menariknya ada kenderaan bergerak2 ok..bukan statik aje.
Eh..macam tak pernah sampai KLCC je..hihihi.
Ada Port Tg Pelepas.
Ada airport. Tekan button tu..kapalterbang tu pun bergerak. Macam2lah tempat menarik di dunia ni yang ada kat situ. Ada Taj Mahal, Putrajaya, Dataran Merdeka, Angkor Wat, Tanah Lot dan macam2 lagi.
Oh ye..dalam Legoland ada disediakan bermacam2 kemudahan. Ada surau. Senang je nak cari..nampak gambar patung pakai baju kurung/baju melayu ngan anak, adalah surau. Apsal saya macam kerinduan suami je tu..jablai betul..hahaha. Ada juga Restroom, smoking area, ATM machine, Mini Market, First Aid, Lost Parents Counter, Baby Care dan byk lagi.
Then, ada juga character2 macam ni yg uol boleh ajak bergambar. Btw, saya beli 1 je FM kat sini. Mahal kot RM25 satu..hehehe. Jadilah utk kenangan diri sendiri.
Korang kalau banyak duit bolehlah beli kat The Big Shop dekat ngan pintu masuk tu. Jangan lupa bawa stroller sendiri. Kalau terlupa boleh je sewa tapi tak dapat refund balik tau. Lagi satu, kalau hujan, semua ride akan ditutup utk keselamatan.
Nampak tak sebelah kiri tu. Ha..katanya itu hotel yg bakal siap tak lama lagi. Jadi bolehlah duduk dekat sikit ngan Legoland ni. So, korang kalau nak pergi sekarang pun boleh. Ni pun sehari suntuk kitorang kat dalam tu.
Hari biasa Legoland tutup pukul 6 petang. Weekend, Public holiday & cuti sekolah tutup pukul 8 malam. Sedang elok je pukul 6 saya dah habis round kat sini. So, selamat tinggal Legoland. Tak tahu bila lagi ke sini. Kalau nak tanya saya apa2 pasal Legoland, boleh je komen kat sini atau email je saya kat deekuntum@gmail.com
16 comments:
taj mahal dah..
angkor wat dah..
tanah lot dah..
klcc dah..
tak yah lah saya gi sana..
aci tak alasan..?
:)
parents pun enjoy sama ek dee...
iyelah zaman kita budak2 dulu...
mana ada benda ni semua kan hahahahahahahha....
Masalahnya JB tu tak pernah sampai lagi, GPS tak dok, hp tak canggih agak2 kalau mama gi ngan anak2 je sosat tak...hahahaa...
seronoknya anak2 tu
termasuk emaknya juga...he he
That time cuti sekolah,so legoland close jam 8mlm
That time cuti sekolah,so legoland close jam 8mlm
That time cuti sekolah,so legoland close jam 8mlm
lain kali dtg la lg dee..hehehe..
uhhh xsanggup la cheq..hehee
Post a Comment