Malam minggu baru ni spt biasa Cerekarama wajib ditonton kalo x pegi mana2. Cerita kali ini betul2 menyentuh perasaan. Seperti yg ramai tahu, sy dibesarkan oleh tok dan wan. Seperti drama Berdosakah Aku, sy juga tertanya-tanya kenapa sy seorang aje yg mak bagi kt tok dan wan. Kenapa adik beradik yg lain masih mak pelihara? Sedih, kecewa..lebih kuranglah. Namun sy bersyukur kerana sy dibela oleh tok dan wan sendiri bukan diberi pada org luar yg tidak punya pertalian darah.
Tapi hati ini utk menerima ibu kandung sepenuh hati amatlah sukar. Sy hormat mak tapi sayang? Aduhai....bagaimana ingin diluahkan. Kasih sayang itu telah diberi 100% kepada tok dan wan. Begitulah situasi diri ini sama mcm lakonan Nurkhiriah. Utk memanggil ibu kandung 'mak' bukan mudah. Kalo org lain mesti boleh kata..alah..itukan mak kandung ko. Berdosa ko x panggil dia mak. Kenapa ko x pegi jenguk mak ko selalu. Wui..org yg berkata-kata itu dia x rasa sebenarnya. Dia bolehlah cakap. Bukan susah pun..cakap je. Yg berperang dgn perasaan ialah kita. Bila sy duduk di kalangan adik beradik kandung..feeling dia lain. Adakah sy rasa terpinggir atau mereka yg sengaja meminggirkan sy?
Sebab tu dulu masa suami menyuarakan rasa hati nk bg MIL bela Mimi sy bantah. Sy x mahu anak sy merasa sama apa yg sy rasa. Biar susah mcm mana pun..biarlah anak2 sy..sy sendiri yg bela. Sebab di masa hadapan..impaknya besar. Persoalan2 seperti..kenapa adik mama bela? Kenapa kakak mama bagi kt nenek? Sebab itu jugalah soalan2 yg sy selalu tanya dlm hati. Ketakutan paling besar sy ialah dia xkan sayang sy sama sepertimana dia sayang MIL nanti. Sy tahu itu pasti..sy dh rasa.
Untuk memanggil mak terhadap ibu kandung bukanlah satu perkara yg mudah. Semacam ada batu besar tersekat di kerongkong. Ini bukan soal ego. Inilah apa yg dirasa oleh anak2 mcm sy yg x dibela oleh ibu dan bapa kandung. Sehingga tok dan wan meninggal sy masih memanggil mereka abah dan mak. Ketika ini pun mereka masih arwah mak dan abah sy. Namun sy xlah sekejam itu. Sy masih menziarahi mak sy. Masih memeluk, mencium pipinya, mencium tangannya setiap kali berjumpa. Masih menghulurkan wang tanda sy masih mengenang jasanya yg melahirkan sy. Masih menziarahinya setiap kali raya. Mak..ampunkan saya!!