Showing posts with label sad. Show all posts
Showing posts with label sad. Show all posts

Monday, May 21, 2012

Al-Fatihah Untuk Pak Cak..


Sabtu baru ni dalam jam 6.30 petang, kakak telefon ajak saya ke hospital.  Saya fikir kakak ajak ke IJN sbb Tok Ngah saya dari Kedah ada di sana sebab sakit jantung.  Masuk sahaja kereta kakak saya bagitau yang Pak Cak saya juga ditahan di wad tapi di GH.  Bila sampai je di wad, dia sedang dikerumuni oleh doktor dan nurse2.  Mereka sedang melakukan CPR.  Jadi saya beredar ke luar wad sbb bawa anak2 kecil bersama.

Sejurus lepas tu, keadaan Pak Cak stabil.  Masa ni kami masuk semula dengan anak2.  Saya sempat snap pic dia.  Tapi saya tak share kat FB atau blog sbb tujuan pic diambil utk ditunjuk kepada anak buah saya I-Shah kerana I-Shah bekerja ketika itu.  Ketika sedang berbual dengan Mak Cak di depan katil Pak Cak, tiba2 doktor dan nurse2 berlari-lari dan menarik tirai katil.  Saya terpinga-pinga.  Rupanya blood pressure dan denyutan jantung dia drop.  Setengah jam doktor cuba melakukan CPR tapi sudah tiba ajalnya.  Apapun saya redha dan bersyukur arwah Pak Cak pergi dengan tenang dan saya berada di sisi.  Masuk wad pagi, jam 7.15 malam dia pergi menemui Tuhannya.  Sekejap sangat.  Semua orang pun terkejut.  


Mak Cak saya sangat tabah orangnya.  Tidak menangis langsung ketika itu.  Tapi bila dia mula membaca yassin di sisi jenazah, air mata mula mengalir.  Alhamdulillah, jenazah telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara.  Kepada semua yang mengucapkan takziah, yang menziarah, yang bersedekah wang dan Al-Fatihah, ribuan terima kasih diucapkan.  Ini gambar terakhir yang saya ambil bulan  Mac yang lalu.  

Pemergian Pak Cak mengingatkan saya pada pemergian arwah datuk saya yang saya panggil abah (bapa kepada Pak Cak) dan arwah Pak Lang saya yang dipanggil abang (adik kepada Pak Cak).  Ketiga2 mereka meninggal dunia di GH dan pada waktu malam.  Kebetulan sahaja.  Akhir sekali, Al-Fatihah utk arwah Pak Cak, moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.  Amin...

Friday, April 20, 2012

Yesterday and...

Friday, December 9, 2011

It's Time to Say Good Bye ;(


To my ex-boss, ex-officemate, yang tau blog saya ni, saya nak ucapkan 'Good Bye and All The Best' buat all of you.  Moga terus sukses dalam kerjaya dan business masing2.  Hope kita tak lost contact.  Yesterday, is my last day with them.  Monday, saya start kerja di tempat baru.  Dekat sangat dengan rumah.  Boleh jalan kaki kalau nak slim down.  Kalau malas, naik bas kat bus stop ni, turun bus stop depan..hehehe.

Harap dapat boss dan officemate baru yang best2 mcm di tempat lama.  Yang sangat flexible,sangat understanding.  Tapi demi masa depan, saya perlu mencari yang lebih baik buat saya.  Ha..lps ni, barulah dorang2 semua ni boleh ada dalam friendslist FB saya..hehehe.  Before2 this mmg xde sorang pun opismate ada dlm frenslist FB..hehehe.  Keep in touch friends and ex-bosses.  Adios!

Friday, August 19, 2011

Manusia Itu Memang Lahanat..

Maaf saya mencarut di bulan2 mulia ni.  Tapi saya geram.  Siapa yang lahanat? Manusia yang simbah2 asid tulah.  Sebab kawan saya yang kena.   U oll mesti ada baca seorang budak penghantar surat dirompak RM18,000 di sebuah stesyen minyak di Sungai Besi bulan Julai lalu.  Mangsa turut disimbah asid.  Ye, dialah kawan saya.

Saya kenal dia pada tahun 1998.  Dia kerja despatch di syarikat lama saya lebih dari 12 tahun.  Dari dia bujang nakal2 sampailah dia ada anak 2. Dapat khabar berita pun dari kawan2 yg masih bekerja di situ.  Terkejut gila saya.  

Saya memang tak sempat nak ziarah dia masa di HUKM.  Tapi ikut cerita kawan2 mmg teruklah.  Saya sms dia tanya khabar.  Heran saya, dia boleh reply sms saya. Syukur katanya, matanya tak kena..sebab masa tu dia pakai helmet.  

Menurut cerita kawan2..dia baru je cashkan cheque RM18k tu..kat CIMB, lepas tu dia pergi ke Shell sebelah tu.  Dia isi minyak motor, lepas tu ke tandas.  Keluar tandas, terus kena simbah.  Orang tu dah follow dia dari bank lagi.  Suspek naik kereta wira hitam...2 orang.  Dia terus call wife dia.  Wife dia call office nangis2.  Opismate yang lain hantar dia ke HUKM.  Opis dekat dah sebenarnya, seberang jalan je.  Yelah, saya pasti dia sendiri  menyesal singgah di stesen minyak tu.

Dia dah operate, sekarang berehat di rumah.  Sudahlah isterinya tengah sarat tunggu saat nak bersalin anak ketiga.   Dugaan ini pulak yang datang.  Tapi dari cara dia balas sms saya, saya rasa dia redha atas apa yang berlaku.  Sayang si  isteri pun semakin kuat.  Apapun, saya harap dia tabah hadapi dugaan hebat ini.  Moga si lahanat tu dapat ditangkap secepat mungkin.

Maaf saya tak boleh nak letak pic dia kat sini..ini semua demi keselamatan dia.   Marilah kita amalkan ayat  penggerak agar dapat melindungi kita semua.  Moga kita dilindungi dari segala bencana.  Amin.

Wednesday, May 4, 2011

Pergilah Dengan Tenang Sayang...


Al-Fatihah untuk adik Aqma.  Dia telah pergi menjenguk Penciptanya malam tadi di GH.  Hari ini urusan membawa pulang jenazah ke Miri akan dilakukan.  Moga selamat sampai ke bumi Sarawak dengan selamatnya.  Berpisah jua dengan adik beradiknya yang lain seramai 5 orang dan ibu dan bapa yang dikasihi serta nenda tercinta.  

Arwah adik aqma telah menjalani rawatan cuci darah dan ditahan di PHDW selama lebih kurang 2 minggu.  Terlantar lebih dari 3 bulan di hospital sangat2 menyeksakan. Kemudian arwah mula tidak stabil dari segi pernafasan dan akhirnya lung arwah collapse.  Jantung semakin lemah dan ditempatkan di ICU.  Doktor telahpun berputus asa dan hanya berserah kepada Yang Esa.  Malam tadi adik Aqma menghembuskan nafas yang terakhir di sisi ibu tercinta.

Jauh di sudut hati seorang ibu walau sedih kerana kehilangan, saya pasti beliau redha di atas pemergiannya.  Dari melihat kamu menderita wahai anak, biarlah kamu pergi menghadap Illahi.  Semoga keluarganya tabah di atas kehilangan ini.  Moga kamu tenang dan damai di sana sayangku Aqma. Al-Fatihah...

Sharing with you friends the email I got from Aqma's Cousin:-

salam,

i thot u might wanna know n write about it.. she arrived on 6 april, according to doc in miri, kena g gh cuci darah sbb miri takde facility tu. so, when found +ve, after blood test, she went thru 6x cuci darah. 2 minggu kat HDW. bila doc rasa dah ok, dia di pindah ke wad biasa, kat bwh, tp bilik asing sbb takut kena jangkitan. but then, unable to swallow or buang kahak, her lung kena jangkitan. mulanya sket, bila x-ray nmpk paru2 dia sebahgian atas putih. then, merebak. spO2 (u can google, i did) makin kurang. tu yg masuk icu.

bila kat icu, x-ray lg, doc try machine lain2 to supply O2, then try tiarap kan dia. for once doc was happy sbb spO2 naik smpi 99%. 1/2 hr later turun smpi 80. doc pun tak tau camne, antibiotik yg paling kuat dah bg.

2 days after that (today), left lung dah putih. doc cuma kata they r trying their best, just prepare for the worst. tonite, bila spO2 mula turun, doc (a chinese) ckp kat maz, baca yasin la... tak bole dah.

maz baru baca separuh, dia terus pegi cam tu je... takde sesak nafas, or gerak2 dah. pegi dgn tenang. innalillah....

maz kata, masa kat wad biasa, walaupun mata tutup, dia bergerak2 seolah2 nak bgun. lalu maz angkat, letak tdo kat sebelah... dia tdo lena 3 jam. tak penah2 dia tdo lena. selalu ubat tdo pun tak jln.

td, lps maghrib, mat kol, sje nak ckp dgn dia, maz letak hp kat terlinga dia.. nmpk air mata dia meleleh je. pastu yg doc suh baca yasin.
 
sy sebak bila baca yasin td... noni sambung, n baca skali. she looks as if sleeping... deep sleep. tenang sangat. tak smpi ati nak tgk for the last time (nurse panggil) b4 antar rumah mayat.
 
hopefully i can b strong mcm maz.

Kisah adik Aqma boleh dibaca di SINI dan di SINI.  Terima kasih bagi pihak keluarga Aqma di atas doa dan ucapan takziah dari kalian semua.

Tuesday, October 19, 2010

Hebat Sungguh Dugaanmu Tuhan..


Salam..kita tutup cerita duka sy.  Kenapa dan mengapa sy diberi kepada tok dan wan telah pun diperjelaskan oleh mak kandung sy.  Sy dan adik beradik yg lain sama2 menangis.  Sy sesekali tidak pernah menyalahkan mak dan mereka.  Ini semua takdir..sy terima.  Sy redha..dan sy pasrah.

Namun semalam sy dikejutkan satu berita duka.  Berita hitam yg terpalit kepada keluarga sy.  Ya Allah..hebat sungguh dugaanmu.  Walau itu bukan masalah sy..tetapi cubit peha kanan peha kiri terasa.  Beban ini sy tanggung bersama.  Buntu..ye..mmg buntu.  Seharian sy serabut.  Sy berharap masalah ini dapat diselesaikan cara baik.  Apa yg sudah terjadi, tidak boleh diulang kembali.  Namun kita yg ada perlu memperbetulkan keadaan.  Kepada si ibu tua, tabahlah dan bersabarlah.  Jaga kesihatan..dugaan ini mmg hebat.  Sy turut menangis dan tidak tidur malam.  Bukan sy seorang..ramai lagi insan2 yg ada di sekelilingmu yg ingin turut meringankan bebanmu.  Kalaulah boleh diluahkan..kalaulah boleh dikongsikan..tp sy akur..ini soal berat..bukan ringan.  Moga ianya berkesudahan dengan baik..amin.

Berdosakah Aku? Akukah Yani?


Malam minggu baru ni spt biasa Cerekarama wajib ditonton kalo x pegi mana2.  Cerita kali ini betul2 menyentuh perasaan.  Seperti yg ramai tahu, sy dibesarkan oleh tok dan wan.  Seperti drama Berdosakah Aku, sy juga tertanya-tanya kenapa sy seorang aje yg mak bagi kt tok dan wan.  Kenapa adik beradik yg lain masih mak pelihara?  Sedih, kecewa..lebih kuranglah.  Namun sy bersyukur kerana sy dibela oleh tok dan wan sendiri bukan diberi pada org luar yg tidak punya pertalian darah.  

Tapi hati ini utk menerima ibu kandung sepenuh hati amatlah sukar.  Sy hormat mak tapi sayang? Aduhai....bagaimana ingin diluahkan.  Kasih sayang itu telah diberi 100% kepada tok dan wan.  Begitulah situasi diri ini sama mcm lakonan Nurkhiriah.  Utk memanggil ibu kandung 'mak' bukan mudah.  Kalo org lain mesti boleh kata..alah..itukan mak kandung ko.  Berdosa ko x panggil dia mak.  Kenapa ko x pegi jenguk mak ko selalu.  Wui..org yg berkata-kata itu dia x rasa sebenarnya.  Dia bolehlah cakap.  Bukan susah pun..cakap je.  Yg berperang dgn perasaan ialah kita.  Bila sy duduk di kalangan adik beradik kandung..feeling dia lain.  Adakah sy rasa terpinggir atau mereka yg sengaja meminggirkan sy?

Sebab tu dulu masa suami menyuarakan rasa hati nk bg MIL bela Mimi sy bantah.  Sy x mahu anak sy merasa sama apa yg sy rasa.  Biar susah mcm mana pun..biarlah anak2 sy..sy sendiri yg bela.  Sebab di masa hadapan..impaknya besar.  Persoalan2 seperti..kenapa adik mama bela? Kenapa kakak mama bagi kt nenek?  Sebab itu jugalah soalan2 yg sy selalu tanya dlm hati.  Ketakutan paling besar sy ialah dia xkan sayang sy sama sepertimana dia sayang MIL nanti.  Sy tahu itu pasti..sy dh rasa.  

Untuk memanggil mak terhadap ibu kandung bukanlah satu perkara yg mudah.  Semacam ada batu besar tersekat di kerongkong.  Ini bukan soal ego.  Inilah apa yg dirasa oleh anak2 mcm sy yg x dibela oleh ibu dan bapa kandung.  Sehingga tok dan wan meninggal sy masih memanggil mereka abah dan mak.  Ketika ini pun mereka masih arwah mak dan abah sy.  Namun sy xlah sekejam itu.  Sy masih menziarahi mak sy. Masih memeluk, mencium pipinya, mencium tangannya setiap kali berjumpa.  Masih menghulurkan wang tanda sy masih mengenang jasanya yg melahirkan sy.  Masih menziarahinya setiap kali raya.  Mak..ampunkan saya!!

Thursday, June 24, 2010

Can I Really Forgive & Forget...


Hmmm...it's hard isn't it?  Well..to forgive and forget.  Maybe you can forgive a few but not all.  Last week, my ex schoolmates were asking the same question on their FB walls.  Okey..to be true..once and for all I admit...I can't.  I'm sorry..I know you read my blog.  Everything just shattered, my heart..everything....when it happened more than 10 years ago.  Yeah..you did break my heart and yes the wound is so deep.  So deep that you can't imagine.

Lately, your image 'popped' in my mind and in front of my eyes.  I don't know why.  I remembered all the sweet moments we had.  But when you left me..my world falls apart.  All the sacrifices, time, money, does not worth it.  Now, you 'googled' my name on the internet.  I wonder why.....

Friday, April 23, 2010

Bila Bawa Pengangkutan Awam, Kenalah Lebih Peka....


Sy masih merasa terkejut dan juga sedih bila mendapat tahu berita kematian seorang pelajar tingkatan 4 semalam akibat digilis bas.  Mula2 sy dapat tahu dari suami sy.  Versi ceritanya lain.  Bila sy pergi rumah kakak sy semalam..versinya sama dengan yang ada dlm suratkhabar hari ini.  Arwah juga junior sy.  Walau sy dh meninggalkan zaman persekolahan hampir 19 tahun.  Masa tahun 80 an..jalan tu mmg dh byk ambil nyawa org..tp agak lama juga tiada kemalangan maut di situ.  Jadi kejadian semalam amat2 memeranjatkan.  Kalau sy jadi kawan arwah yg berada di tempat kejadian..mau sy trauma seumur hidup.

Sy juga pernah melihat kejadian yg hampir sama depan mata di tempat yang sama.  Ceritanya ada di sini.  Cuma bernasib baik kerana bas itu bergerak agak perlahan dan penumpang2 yg turut berada dalam bas menyedarinya dengan cepat.  Sy berharap pemandu2 semua terutama pemandu  bas tebih peka..bila ada penumpang nak turun.  Janganlah kejadian yg sama menimpa Arwah Nurul Huda Rosalan terjadi lagi.  Takziah buat keluarga beliau dan Al-Fatihah utk arwah..moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman.  Amin.

Kisah sebenar ada di sini.

Wednesday, March 17, 2010

Hatiku Walang..


Sebenarnya 2, 3 minggu ni fikiranku bercelaru.  X tahu apa yg perlu kubuat.  Ini soal rezeki..ini soal masa depan.  Byk sebenarnya dalam fikiran.  Ada yg boleh dikongsi, ada yg tidak.  Aku perlu memilih.  Membuat keputusan yg tepat agar hidup ini lebih mudah.  Ya Allah Ya Tuhanku, moga perjalanan ini diberkati oleh-Mu.  Oh..kawan2 yg prihatin, ini bukan soal keluargaku..mereka baik2 sahaja.  Alhamdulillah setelah mereka jatuh sakit, mereka sudah kembali bangkit seperti biasa.  Masalah ini hanya aku..dan seperti biasa akan aku selesaikan semuanya sendiri tanpa mengharap bantuan sang suami.  Aku mmg berdikari sejak dulu sehingga sekarang.  Aku yg membuat keputusan untuk diriku bukan org lain..tp pendapat org lain itu penting..amat penting.  Pada yg memahami terima kasih.  Layan sahaja luahan hatiku yg walang ini..hhmmm...

Monday, March 16, 2009

Serabut....

Serabut dan sedih...andai aku boleh menjadi seperti org lain meluahkan apa yg mereka rasa alangkah bagusnya. Tp aku lain..aku x reti menceritakan masalah peribadi dlm blog. Aku rasa kehidupan perlu ada privasi...kehidupan perlu ada rahsia. Namun kadang2 sarat di hati perlu diluahkan..tp pada siapa? Kawan2 hanya boleh berkata sabar, tabah....tp yg menanggungnya aku. Walau aku hargai segalanya..kepedihan ini tidak tertanggung. Ingin aku lari...lari dari semua bebanan ini.....namun kakiku terikat jua.

Hatiku sepi, kosong dan dingin..........................