First sekali, jangan korang tya sy kenapa plat teksi kt atas tu mcm tu. Hahaha..ini hasil google so, sy tepek jelah. Sy letak gambar teksi ni sbb nak bercerita sketlah. Sy ni pengguna teksi yg tegar. Hari2 sy naik teksi pegi keje. Yup..hari2. Boleh aje naik bas tapi memandangkan si kenit itu sangatlah susah nk bangun awal, tu yg terpaksa sy naik teksi. Kalo naik bas, pukul 7.30 pagi dah kena keluar rumah. Sbb bas dari KL Sentral bergerak jam 8 pagi. Tempat kerja sy ni bas hanya lalu waktu orang pergi kerja dan pulang kerja sahaja. Lain2 waktu..elek.
Biasalahkan..bila naik teksi..macam2 ragam pemandu yg kita jumpa. Macam pemandu teksi juga..tiap2 hari jumpa bermacam2 ragam penumpang. Kebiasaannya sy diam je sambil mendengar radio hotfm dgn menyumbat telinga pakai earphone hp. Kadang2 je sy berborak. Tapi kalo dah berborak macam2 isulah. Kadang2 sembang politik, kadang2 sembang kosong, kadang2 sembang hal rumahtangga...eh..bukan rumahtangga sy, rumahtangga org2 sekarang ni lah. Kadang2 dapat pakcik tua, apek tua, uncle india, brader melayu tapi pagi tadi dapat lelaki muda yg agak gatal. Gatal dia bukanlah meraba or bercakap perkara lucah. Tapi sy naik rimas. Kejap2 dia toleh belakang tengok sy. Bukan tengok melalui cermin pandang belakang tu tau. Ni betul2 toleh. Sy tegur..dik..boleh x memandu pandang depan. Teksi ni bergerak ke depan bukan ke belakang. Patut sy cakap dgn suara ala2 hantu kot dengan dia baru dia faham...jangan pandang belakang..muahaha.
Rimas betul..sampai nyaris2 accident tadi. Sy cakaplah kt dia...pentingkan keselamatan tau dik. Adik bwk penumpang..tolonglah tengok depan. Sembang..no hal. Tapi pandanglah depan. Sy ni isteri orang dan anak dua. Dia pun sebenarnya dah kahwin. Entahlah orang lelaki ni...bini sendiri x pandang. Hak orang jugak yg sibuk nak dipandang. Sy keluar dgn pesanan..balik nanti kalo nak tengok perempuan..tengok bini eh..tengok lama2 tau. Itu lebih bagus..dia gelak jelah. Hmmm...korang pun mesti ada experience gini kan. Sharelah.






