Showing posts with label mimi. Show all posts
Showing posts with label mimi. Show all posts

Friday, June 22, 2012

Report Card Day..


Yeah...saya cuti hari ni.  Reason for leave?  Kena gi amik report card Mimi daaa.  Pagi sekolah kebangsaan, petang sekolah agama.  Harap2 result dia bagus.  

Lepas tu?  Shoppinglah..apalagi.  Destinasi?  Pavillion baby!  Yeah!  Ada RM200 voucher G2000 kan..moh perabih.  Lagipun today is payday! U oll kerja baik2 eh.  Have a great weekend!

Thursday, March 29, 2012

Kaki Tidur...ZzzzZzzz...


Oh..come on..sapa tak bangga anak pandai kan.  Dulu2 saya jeles giler okey bila orang publish result sekolah anak2.  Macam Mimi dulu saya pernah frustlah ngan dia sebab dia tak boleh membaca.  Tapi sekarang Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT.  

Tengok result Sekolah Agama dia baru ni buat mama dia tersenyum lebar.  Study tidak tapi score.  Maybe dia macam saya dulu, malas study tp fokus masa dalam  kelas.  Harap2 dia terus sukses mcm ni.  Walau tulisan khat hanya dpt 60%.  Alasan dia, terlupa bawa pensel khat.


Ginilah dia kalau buat kerja sekolah.  Almost every night mcm ni.  Kadang2 sampai meleleh air liur atas buku tapi tangan masih pegang pensil.  

Mana tak penat.  Pagi sekolah kebangsaan, petang sekolah agama, malam mengaji pulak.  Memang dia letih tapi saya berkeras utk dia melalui semua tu.  Dulu saya boleh takkan dia tak bolehkan..hehehe.  Dia hanya boleh main games kat netbook je.  Itupun biasanya masa weekend je.  Lain hari..packed.


Tengok time kami makan pun dia bantai tidur.  Hai lah Mimi.  Nakal mcm mana pun dia, saya tetap rasa itu tandanya dia bijak.  Panjang akal.  Walau kadang2 menyentap jiwa dan raga.  Mencabar kesabaran saya.  

Oh, perkembangan terbaru.  Dia suka beli buku dan baca buku.  Yeay!!  Boleh share hobby dengan saya.  Dan bila dia meningkat remaja, ada banyak buku yg saya boleh wariskan pada dia.  Ehem2..termasuk novel2 cinta...ngehngehngeh.  Ya Allah..panjangkanlah umurku agar aku dapat melihat anak2 ku membesar dan berjaya dalam hidup..amin.

Thursday, March 15, 2012

Birthday Celebration Mimi


Takdelah celebrate sangat.  Kecil-kecilan je.  Apasal saya tgk gambar ni macam rambut awek tu terbakar je..kahkahkah.


Masa ni Mimi baru je lepas nangis.  Tu nyorok2 balik kek.  Saya beli kek kecik je sebab saya tau kalau banyak mmg tak abis.  Lagipun Mimi jenis tak kisah, asalkan ada kek dan cute.  Fifi lagi tak kisah, cheese cake Jusco yang marvellous tu pun dia boleh cucuk lilin dan tiup ala2 birthday dia lah pulak kan..hehehe.


Kek yang comel tapi sedap.  Dalam dia kek coklat.  Licin boliau.  Tapi saya saja beli extra cheese cake Jusco tu..eh..kek tu mmg sedap sangat tau.  U oll tak caya, gi beli dan makan.  Sure u oll setuju dengan kata2 saya.  Harga cheese cake tu biasanya RM12.  Kadang2 promo leh dpt RM10.90 or RM11 lebih sket.


Kek yang buruk depan Fifi tulah cheese cake Jusco.  Yang lain2 tu cousins Mimi.  Kitorang mmg lebih ramai perempuan dalam family. Yang sebelah Mimi tu je bukan family..skin colour pun lain sketkan..kahkahkah..jahat betullah saya ni...hehehe.


Kepada Mimi, eh sekarang dia suruh saya panggil nama betul dia, Sarah.  Mama harap Sarah happy walau kita celebrate simple2.  Dengar cakap mama dan ayah. Jadi anak yang taat.  Don't be notti2.  Mama dan semua orang love you very much.  Happy 7th Birthday dear :)

Friday, March 2, 2012

Happy 7th Birthday to Mimi..


Today is the day.  Happy 7th Birthday to my lovely daughter Sarah Syazwani @ Mimi.  Mama sayang kamu.
Cepat je masa berlalu, Mimi dah 7 tahun pun.  Tinggi pun dah sampai paras pinggang Mama.


Mama doakan agar Mimi sentiasa sihat, berbahagia dan kekal cemerlang dalam kehidupan dunia dan akhirat.  Jangan nakal2.  Jangan makan banyak nanti bertambah montel.  Malam nanti, kita celebrate ye..insyaallah.

P/S:- Nak tengok kecomelan Mimi dulu, boleh tengok kat SINI.


Wednesday, January 25, 2012

Wordless Wednesday..


Hasil lukisan anakanda tersayang..Mimi..hihihi (leher ke atas tu je).

Friday, January 6, 2012

First Day Mimi In School ~ 2012

Eh..semalam saya dapat tgk Mimi kat berita Edisi 7 (NTV7).  Dia kena interview lagi..kali ni  kat kantin.  Suami rakam tp hp dia buat hal pulak..video tak gerak...adeh.  Xleh nak share ngan u oll.  Dia kena interview pun sbb terlebih ramah agaknya.  Siap amik pic ngan wartawan tu lagi..hahaha.  Oklah...ni gambar hari pertama.  Awal betul Mimi siap.  6.45 pagi dah keluar rumah. 
Dengan kawan sama2 pra  Dapat pulak sekelas..lagilah dia seronok.  Tapi kelas ni tak lama, hari ni (jumaat)  dia akan dapat kelas yang betul.  Result periksa masa orientasi tu akan keluar hari ni.  Tapi saya ni tak berapa gemar sistem yg mcm ni.  Sebab budak2 mudah rasa down bila dpt kelas yang tercorot.  Namun ada kebaikannya juga..maybe cikgu yg mengajar kelas tercorot akan lebih beri perhatian pada budak2.  So, xde yang ketinggalankan.  Ada pro n cons lah kan.
Tengok baru berapa kerat student yg datang.  Dia smpi sekolah pun awal, tapi dia mmg taknak breakfast.  Dia cakap awal sangatlah ma..nanti kakak nak gi toilet.  Eh..sebijik macam mama dia..hahaha. 
Petang pergi sekolah agama pulak.  Sekolah ni dekat je  ngan rumah.  Dari tingkap rumah saya pun boleh nampak sekolah dia.  Student tahun 1 pun tak ramai tahun ni.  Tapi yuran agak mahallah..RM260++. Takpelah kak, belajar rajin2 ye.  Nak2 bahasa Arab tu..mama memang tak pandai.  Jawi mama champion..hahaha.
Disebabkan kelas ni petang.  Ramailah yang mengantuk malahan ada yang tertidur pun dalam kelas.  Mujur Mimi segar-bugar je.  Kelas start pukul 2.30 petang habis pukul 5 petang.  Malam gi mengaji ngan babysitter.  Pukul 9 malam dia dah pengsan..hahaha.  Sian dia, letih.  Tu takde byk kerja sekolah lagi.  Kalau banyak, tak taulah saya.  Moga dia slim sketlah tahun ni..hahaha.  Mamanya pun sama..entah bila nak slim kan.  Oh ye..next monday saya nak buat contest teka teki.  Lama tak buatkan.  Tunggguuuu.....

Thursday, January 5, 2012

Terlepas, Terkilan..


Betullah tu apa yang korang tengok malam tadi.  Ye, Mimi keluar tv.  Dia mmg ada bagitau saya tengahari lepas balik sekolah tu tapi Mama dia tak percaya sangat..hahaha.  Tapi my husband cakap sessi interview dia mmg keluar masa berita pukul 7 petang kat NTV7.  Wartawan tu tanya, seronok tak sekolah.  Dia confident je jawab..seronok.  Lepas tu siap tanya wartawan tu, kak, bila keluar tv?  Wartawan tu dah bagitau malam ni kat NTV7 pukul 7 malam.  

Lagi satu, bila Tan Sri Muhyiddin Yassin tanya dia, dah breakfast belum? Dia jawab belum sebab tak sempat.  Ayah dia pun tak tau semua ni sbb  masa tu ayah dia kat kantin.  Mmg takdelah gambar.  Tapi Mimi kenal..dia cakap Dato' Menteri yang tanya dia tadi.  Kelass anak saya kan..hahaha.  Terus isu budak tak sarapan sebelum ke sekolah  timbul.  Mama dia mmg tak sempatlah kan nak masak.  Lagipun Mimi ni tak suka roti..dia nak sarapan nasi lemak je.  Tengok bodylah kan.

Tapi tulahkan, terkilan juga saya tak sempat tengok.  Sampai rumah pun dah 7.30 mlm. Tgk jugak berita jam 8 tapi Mama dia tak perasan muka anak sendiri..hahaha.  Tapi Iyra call phone rumah saya dan bagitau..baru saya sibuk cari di tenet.  Adalah dapat video ni..berita bahasa mandarin kt NTV7.  Rupanya pic dia keluar juga kat TV3, TV9 dan juga TV Al-Hijrah.  Bangga giler dia..Mama dia lagilah bangga kan.   Pada kawan2 yg SMS or call semalam, sorry tak dpt jawab.  Sebab phone tertinggal di ofis dan bateri phone pun kebetulan mmg dah out terus.  Esok, insyaallah saya share gambar2 dia masa hari pertama di sekolah ye.

Tuesday, January 3, 2012

Mimi ~ Orientasi Tahun 1

Last friday kan Mimi ada orientasi utk Tahun 1.  Dah besar anak dara saya.  Pagi2 dah bangun..semangatlah kan..pakai baju baru. 
Oleh sebab saya tak dapat hantar, saya sms suami, suruh amik pic dia.  Yelah, utk kenang-kenangan nanti.  Mula2 dia sedih gak sbb dpt kelas yang dia taknak.  Tapi lepas ayahnya pujuk, baru dia ok.   Lepas tu kan ada exam, so 4hb nanti barulah tau dia masuk kelas mana.  
Fifi pun semangat ikut kakaknya pergi sekolah.  First time ayahnya register semua..merungutlah jugak.  Sebab ayahnya jenis tak suka nak isi2 borang ni...hahaha.  Itupun nasib baik anak buah saya dah tolong belikan buku sekolah sebelum sekolah buka.  Kalau tak lagi haru.  Bab2 beratur mmg lagilah orang lelaki tak sabar kan. 
Berjumpa pula dengan kawan masa Pra.  So, no hal sangatlah kan.  Saya tak risau sangat dengan Mimi sebab ini tahun ke dua dia di sekolah tu.  Tahun lepas dia masuk Pra.  Dia dah biasa dengan suasana sekolah tu, malahan orang2 kantin kat sekolah tu pun dah kenal dia.  Guru besar pun dia kenal.  Lagu sekolah?  Lagilah dia dah lancar nyanyi.  

Minggu depan, 4hb hari pertama bersekolah.  Moga dia ok jelah kan.  Dapat kelas yang dia inginkan.  Tapi mesti suami saya stress lagi..sebab kali ni Menteri Pelajaran Malaysia yang akan datang ke sekolah Mimi.  Sure jalan jem, ada program2 tertentu yang membuatkan urusan jadi sedikit lewat or kena ikut protokol.  Atau sebaliknya..ianya jadi lebih seronok..sapa tau kan.  Moga Mimi belajar dengan rajin dan berseronok dengan rakan2 sekolah.  Selamat belajar!

Tuesday, October 18, 2011

Majlis Konvo Mimi...

Sabtu lepas, sekolah Mimi ada menganjurkan Majlis Konvokesyen Prasekolah dengan gabungan 3 buah sekolah, SK Bukit Pantai, SK Bangsar dan SK Bukit Bandaraya.  Majlis kali ni dibuat di SK Bukit Bandaraya.  Pagi2 dah smpi. 
 Siap ada perarakan masuk ke dewan dengan jubah masing2..sebijik mcm konvo kat U..hehehe.
 Ada beberapa persembahan, ni Mimi masa menunggu giliran nak masuk dewan untuk persembahan nasyid.
Comel je tengok budak2 ni.  Ada persembahan koir, dikir barat, lagu 60-an, lagu jangan pandang2.  Cute betul masing2.
Saya bawak kamera kecik dok jelah belakang.  Kau tengok makcik baju kurung beg pepel tu..IPAD tuh..hebat.
Geram je hati tak dpt snap pic Mimi ambik sijil.  Laju benar jalannya.  Dengan Fifi dok mengacau saya.  Xpe, nanti mintak kat cikgu sebab ada pic yg diambil oleh jurukamera professional gak.
 Bergambar bersama rakan sekelas, guru besar, guru HEM dan juga guru Pra.
 Lepas tu bergambarlah pulak bersama adik tersayang..yg kdg2 madu..kdg2 racun..hahaha.
Ini pulak gambar bersama Cikgu Pra dia..Cikgu Nor dengan Cikgu Ani.  Yang geramnya hari ni..dia cakap, dah habis exam, dah amik sijil, xyah pegi sekolah dahlah kan mama.  Boleh?  Grrrr...

 

Monday, October 10, 2011

All The Best Dear..


All the best to Mimi for her exam that starts today.  Jangan main2..budak pra pun ada exam tau..hahaha.

  

Tuesday, October 4, 2011

Sukaneka Prasekolah Mimi...

Weekend terakhir bulan puasa tu, Mimi ada sukaneka prasekolah.  Tapi dibuat di SK Bangsar.  Yang join pun 3 kelas prasekolah dari 3 buah sekolah, Bukit Pantai, Bangsar dan Bukit Bandaraya.  Comel tak Mimi pakai kebaya?  Ha..dia jadi gadis sepanduk sebab tu pakai kebaya.  Merah lagi..hehehe.  Semuanya disiapkan oleh Mama tercinta.  Eh..kebaya cikgu yg belikan..jangan haraplah saya nak belikan anak2 kebaya.  Pantang keturunan saya..hahaha.  Kitorang2 jelah tau kenapa.
Mimi masa perarakan tak nampak kepala.  Ater sepanduk lagi tinggi dari dia.  Cikgu pun lenkali buatlah rendah sket..hehehe.  Sebelah dia tu Aiman, jadi maskot singa.  Tema sekolah dia ialah Zoo Negara kot.  Semua jenis binatang ada ha.  Kostum pun dah macam tarzan.  Tapi cute.
Mimi dah bertukar uniform utk acara seterusnya.  Mama dia busy snap pictures.  Boleh pulak gambar suami sendiri terlupa nak snap.  Dalam album kat FB,  gambar fifi adalah jugak.  Gambar suami nan ado..sib baik suami tak murka..kehkehkeh.
Acara pertama yang Mimi join...iaitu membawa lari aiskrim gergasi...hehehe.  Depa dapat no 2 ni.  Ada juga yang dorang dapat tempat pertama.
Sapa cepat dia dapat, dalam game ni pun Mimi join.  Dorang baling gelung dlm kon.  Dapat no 3.  Eh..yg fight 3 sekolah je.  So, semua menang.  Semua dapat hadiah.  Xyah gaduh2lah.  Tapi ada orang still tak puashati.
Mimi with her friends.  Tengok gelagat budak2 ni seronok.  Ada yang bergaduh smpi baling kasut pun tp cikgu tak perasan.  Sibuk ngan sukaneka.  Ada juga acara musical chair utk parents tapi saya tak join.  Malu..tapi Mimi marah saya tak join.  Dia cakap kalau Mama join mesti no 1.  Erk..xpelah Mimi oii..Mama rela jadi penonton je..hehehe.
Kebetulan pada hari yang sama, Sabtu, sekolah tu ada aktiviti korikulum yang lain.  Yang ini mmg sangat2 menarik perhatian kami as parents dan juga guru besar2 dari sekolah lain. Melukis batik.  Serius, cantik giler budak2 ni mewarna batik2.  Sangat kreatif.  Cikgu yang mengajar ni cakap, ada student yg berjaya dibawa smpi ke Jepun hanya dengan melukis batik ni.  Guru besar SK Bukit Pantai pun dah berminat nak buat aktiviti ni kat sekolah Mimi tapi aktiviti ni hanya utk murid tahun 4-6 sahaja.
Tahniah..sekolah Mimi berjaya menjadi juara.  Tapi kalah dalam perbarisan.  S.K. Bangsar yang menang dalam acara perbarisan.  It's ok.  Yang penting keseluruhan, kamilah juara.  Mimi je yang tak puashati kenapa  dia dapat 2 pingat je.  Dah dia masuk 2 acara je kan.  Tapi ada yang dapat smpi 4.  Budak2 biasalah.  Sepatutnya pembahagian acara biarlah sama rata.  Jadi budak2 xde yang jeles dan persoalkan kenapa dia dapat sikit berbanding rakan2 yang lain.  Jenuh saya nak cool down kan Mimi.  Sampai dia kata next time dia tak mau dah masuk sukan.  Saya bagitaulah, hadiah tak penting.  Semangat kesukanan dan bergembira sesama rakan2 itu lebih penting.  Tapi budakkan..nak hadiah je..hehehe.

Thanks pada yang concern semalam.  Hari ini saya ok sedikit.  Keprihatinan kalian amat dihargai.  Take care.