Showing posts with label fifi. Show all posts
Showing posts with label fifi. Show all posts

Monday, December 16, 2013

Simple Birthday Celebration


Assalamualaikum semua. Last Saturday birthday Fifi. So, macam biasa kami celebrate secara kecil-kecilan dengan keluarga kecil kami je. Kek ni Fifi yang pilih. Mujur dia tak kisah. Kalau dia nangis2 golek2 nak kek barbie dah satu hal pulak. Sebab cousin yang pandai buat tu balik Kedah bercuti...huhu.


Tengok, dia ok je..apa ada hal. Janji tiup lilin potong kek.


Janji dapat hadiah..kehkehkeh. Ada hadiah tertunggak lagi. Yang tu kena tunggu ayah gi beli..hehehe. Okeylah, esok ada appraisal.  Wish me luck ok...kuikui.  Bye.

Friday, November 29, 2013

Fifi Graduation Day..


Hmm..lemaunya saya sekarang. Semua pun malas. Tak taulah apa nak jadi. Tidur malam tak lena. Tapi demi semangat blogging yang masih bersisa...mehlah baca kisah saya yg tak seberapa ni. 

Ni Hari Anugerah Cemerlang kat sekolah Fifi. Jatuh hari sabtu lepas last day sekolah. Ikut hati malas betul saya nak pergi. Sebab dah school holiday kan. Tapi demi anak..kita laratkan jugaklah diri bangun.


Lepas masing2 dah dapat hadiah berkumpul pulak dekat kelas dia. Bergambar kenangan buat kali terakhir. Tapi saya sakit hati bila camera buat hal masa Fifi amik hadiah atas pentas. Hmm..spoil betul hari tu. Next year Fifi dah Tahun 1. Bolehlah jumpa kawan2 yang sama lagi tahun hadapan..insyaallah.


Habis majlis, saya terus balik. Eyebag dah boleh tampung air tu..huhu. Apapun moga Fifi terus belajar dengan cemerlang. Saya percaya setiap anak mempunyai kebolehan yang berlainan. Saya cakap kat Fifi, "Malas2lah belajar. Esok lepas SPM (kalau ada lagi) Mama kahwinkan je. Mama nak cari menantu kaya je. Boleh Mama mintak sponsor pi London..kahkahkah". Okey, Mama over.

Semua ini akan jadi kenangan indah buat diri dia dan juga saya. Belajar rajin2 ye sayang. Mama doakan agar Fifi berjaya dalam hidup dan juga akhirat nanti.

Tuesday, April 30, 2013

Rajin Tak?


Rajin tak anak dara saya?  Ha..kau ada?  Tumbuk sambal pakai spek mata special punya..hahaha.  Biasalah anak dara..awal2 ni kita asuhlah biasa2 dengan dapur.  Dengan harapan agar dah besar nanti rajin tolong Mamanya kat dapur..hehehe.  Lately saya malas betul nak update entry.  Ada je pic tapi selalu terlupa nak update.  Eh..lupa nak introduce..ni lah Fifi.

Oklah, Selamat Hari Pekerja ye esok.  Jangan tetiba rajin pulak nak datang kerja..hehehe.  Selamat Bercuti!

Thursday, January 10, 2013

Konvokesyen Fifi 2012



Kisah 2012 baru sekarang nak cerita..hehehe.  Konvokesyen kindy Fifi last year dibuat kat Institut Latihan DBKL kat Cheras.  Besar tempat ni.
 

Ada show zapin..comel2 budak2 ni tau.


Ada Bollywood lagi..ngan gelek2nya..pergh..rasa nak gomol2 je dorang ni.


Tak lupa juga Aci Aci Buka Pintu.


Saya macam biasa fail amik gambar orang tengah gerak2 ni.  Mujur dapat gak sket gambar Fifi amik sijil kt atas pentas.


Dapat beg sekolah & kelengkapan sekolah.  Ni amik pic ngan cikgu dan pembantu.


Bergambar ramai2 dgn VIP dari DBKL.  Tak ingat sapa dah.



Akhir sekali, photo session dengan ibunda tercinta lah..hehehe.  Seronok budak2 skrg, ada konvo2 gini kan.  Ni semua untuk tatapan Fifi bila dia dah besar nanti. 

P/S:-  Esok Annual Dinner opis, tema Rock Solid.  Artis yang confirm ada Stacy, Hujan..dengar cerita Ratu Rock Ella pun ada.  Tengah tunggu announcement thru Email.  Company biasanya tak reveal semua..dia bagi sikit2 dulu..can't wait nak rock & roll :)

Friday, December 14, 2012

Happy 5th Birthday Fifi..


2007 the year she was born.  C-zer..weight 3.4kg.  Putih melepak.

Sangat senang menjaga dia ketika pantang.


Seorang yang tidak banyak cakap dan rajin.

Arghhh..rindunya mama dengan kamu masa kecil.

Sekarang dah pandai posing.

Selagi hayat dikandung badan, Mama akan sentiasa melindungi kamu sayang.  Kasih dan sayang Mama tidak berbelah bahagi buat kamu.



Happy 5th Birthday Fifi @ Rausyana Saffiya.  Esok, kita bake cake sama2 ye.  Mama, Ayah & Kakak Mimi love you always dear.  Jangan notty2 and please stop kicking.  Esok dah besar Mama hantar kelas silat, pi kick orang jahat.  Don't kick ur own sister..hehehe.  Next year dah  masuk prasekolah.  Oh..sekejap je masa berlalu.  Membesarlah menjadi anak yang solehah.  Amin...

Monday, October 22, 2012

Sports Day Fifi..


Last Saturday, pagi2 pukul 7 dah tunggu bas.  Fifi ada sukan kat Taman Metropolitan/Taman Layang2, Kepong.


Kakak dia ni Mimi mmg terlebih over.  Saya lebih susah nak handle dia dari Fifi masa kat sini.  Menguji kesabaran betul.


Fifi ngan kawan baik dia Iman.  Kesian budak2 ni..xleh nak duduk sangat, padang lecak, letak tikar pun basah.  So, duduk hujung2 je.


Setelah lama menunggu..dekat pukul 10 dah masa ni..barulah nak mula acara perbarisan.  Budak kain kuning tu nama dia Wanie.  Rambut ori tu uoll.  Rambut dia mmg lebat dan kerinting..hehehe.


Fifi dah excited nak berarak. 


Ada 3 zon kalau tak silap.  Zon Gombak, Zon Bangsar & Zon Cheras.  Dalam setiap zon ada 6 buah tadika kot.  Ni tadika kancil di bawah DBKL..khas utk kanak2 umur 4 & 5 tahun je.  Masa ni panas betul.  Terik..kesian budak2.  Mujur orang yg rasmikan tak ckp lama sangat.


Terpaksa beli menatang ni sbb si Fifi dah menangis2..berpeluh2 kepanasan.  Yelah, start lambat kan.  Itupun ada jugak sekolah yang baru sampai masa ni.


Menunggu lagi, acara tadika dorang ialah acara yang ke 5.  So, inilah acaranya.  Junjung pundi kacang.  Fifi kat depan sekali.  Sampai senget2 nak balancekan pundi kacang tu..hahaha.  Tapi sayang saya tak dpt snap pic dia tgh berlumba.  Siap pegang, main tak ikut rules..hahaha.  Tapi masa ni ada budak2 yg dh takde mood nak main, so ada yg terpaksa main 2 kali.


Lepas tu game kepit bola pulak.  Fifi jugak yang mula di hadapan.  Game ni dia terpaksa main 2 kali sbb ada kwn2 yg tetiba moody xnak main.  Maybe panas sangat or dh penat tunggu lama.


Yeah..kepit bola sambil terbang di awangan.  Dapat jugak saya snap pic sweet moment mcm ni.  I like.  Btw, dua2 game dorang kalah..tapi tetap dapat hadiah saguhati.


Bergambar dengan papan tanda nama TSK Apt Abdullah Hukum sebelum balik.


Inilah hadiahnya.  Tapi Fifi dapat dua sbb masuk 2 acara.  Yang lagi satu, tupperware air warna pepel, tupperware makan warna biru.  Bolehlah guna next year...hehehe.  Oklah, panjang dah entry ni.  Happy working peeps!


Monday, August 13, 2012

Akhirnya Fifi Jumpa Dentist..


Last Saturday, saya bawa Fifi jumpa dentist.  Itupun sebab dia dah tak tahan sakit gigi.  Dah berminggu-minggu saya pujuk dia.  Asyiklah tak mahu.  Akhirnya dia mengalah.  Biasa saya akan pergi Klinik Pergigian Bangsar..gomen punya je.  Tapi sebab kat klinik gomen budak2 boleh hari Jumaat je, maka saya terpaksalah redah Klinik Pergigian Halina ni kat Lucky Garden Bangsar.  Sederet dengan Restoran Mahbub yang popular tu.


Budak yang tak tahu kejap lagi dia akan dikerjakan..hahaha.


Yang kakak pulak jenis tak takut...kakak pun nak cuci gigilah mama.  Next time jelah..Mama akan menangis nanti ni bayar bil..hahaha.


Inilah Dr. Halina.  Dia tegur saya tak boleh amik pic.  Saya cakap yang ni je doc, lepas ni saya tak amik dah..hehehe.  Sib baik dia tak marah.  Doc ni baiklah..lembut je.  Fifi pun suka kena pakai shades..ala2 panca sitara.  Sebenarnya nak elak silau mata tu..hehehe.  Gigi geraham belah bawah dia dua2 berlubang.  Besar.  Buat masa ni doc bubuh ubat dulu..tak terus tampal.  Kalau terus tampal nanti bernanah. 

Seminggu lepas raya kena datang lagi utk buat filling (tampal).  Berapa kena?  RM210.  Huhu..berkicap Mama kau bayar.  Lepas ni no more sweets..dan jgn gatal2 nak mengelak gosok gigi ye.  Mujur masa buat dia tak nangis, lepas tu je nangis sikit.  Nanti masa tampal tak taulah..boleh tahan ke tak..sabar jelah.  Adik2..jagalah gigi elok2 ye.  Pada auntie2 dan uncle2 yang takut gi jumpa dentist tu..jangan takut2 tau..Fifi boleh, u olls sure boleh gak..hehehe.  Selamat bekerja!

Friday, January 13, 2012

First Day of School ~ Fifi Pulakk...

Fifi start sekolah dah this year.  So, hari pertama dia last Friday.  Tgk kemain happy lagi nak gi sekolah. 
Macam biasa, dia ni pemalu sket..pendiam sket.  Ikut sapa?  Saya Ayah dialah tu..muahaha. Mmg berbeza dengan Mimi yg mulutnya potpet2...ikut sapalah tu kan..hahaha.
Melekat je dia kat baju saya.  Sampailah kawan baru dia datang.  Cikgu pun bagi barang mainan..terus dia buat donno je.  Saya panggil2 pun tak pandang.  Tangan je lambai bye2.  Hmm..eksyen.
Sekarang ni tiap2 pagi sebelum hantar ke kindy, WAJIB main dulu.  Sbb playground pun dekat je ngan kindy.  Yang kelakarnya fifi ni bila saya tanya belajar apa..dia jawab, karipap.  Esok tanya koko crunch, esok lagi tanya..nasi lemak.  Aikk..mama tya belajar apa..menu sarapan lak yang dibagitau.  Hari pertama ada kawan nangis tak?  Ada..2 ekor.  Sekor lelaki sekor perempuan.  Masyaallah, suka2 hati dia je panggil anak orang ekor.  Tapi sekarang as of Thursday, tanya dia..belajar apa?  Adik belajar ABC...ha..baru lega hati mama.  Time mama dulu2 tadika kemas mmg sekolah makan je. Darjah 1 baru nak kenal ABC..kehkehkeh.  Oklah, minggu ni abis dah citer2 psl sekolah.  Minggu depan cerita psl jalan2 di cuti awal tahun hari tu eh.  Chow..have a nice weekend!