Thursday, December 8, 2011

Shopping 'Mari Ke Sekolah'


Semalam shopping baju sekolah Mimi di Kamdar & Jusco sahaja.

Habis RM200++.  Duit bantuan dapat lepas budak darjah 1 daftar. Syukur Alhamdulillah.

Belum masuk, beg sekolah Angry Bird, buku2 latihan, alatulis Angry Bird.

Belum masuk tupperware dan botol air Angry Bird (ada ke?)

Hmmm..baru anak sorang, yang anak ramai tu macamana ye?  Kasihan...

Buka sekolah apapun boleh Mimi, lepas semua barang Angry Bird kamu hilang, Mama borong cap Mydin sudah....sebab kalau asyik nak minta Angry Bird takut mama pulak jadi Angry Mama...hahaha.

Semua barang naik harga, makin terhimpit kehidupan sekarang, makin sempit poket rasanya, Mama telan nasi pun rasa nak tercekik.  

Sampai sekarang masih mencongak-congak, baru anak sorang..kalau sepuluh?  Baru darjah 1, kalau..aisshhh..xyahlah berkalau2..inilah kehidupankan.  Chow, chin, chow...

Wednesday, December 7, 2011

BBQ @ Zoo Negara


Helping a friend on this, check it out at Ayuthesun blog.  Korang pun dah berapa lama tak gi Zoo kan?  Jangan tipu..hehehe.  So, apalagi, setiap hari Sabtu bermula jam 8 malam sehingga 10 malam.  Ada banyak aktiviti2 menarik terutama untuk anak2.  Yang dewasa tu jom makan2 tanpa henti.  Ada banyak hidangan menarik.  Nak tahu lebih lanjut pastikan anda mengunjungi http://ayuthesun.blogspot.com/2011/12/bbq-dinner-zoo-negara.html.  Serius, iklan ini tidak berbayar..so, jangan suruh saya belanja korang eh..muahaha.

Tuesday, December 6, 2011

Badai Semalam..

Teater Badai Semalam dah lama berakhir, ni baru dee nak upload citernya..hahaha.  Oklah, lately tgk teater menjadi best sebab dapat kawan2 yg mempunyai minat yang sama.  So, calling2..set..beli tiket..terus on..hehehe.

Lakonan Erra Fazira, Aaron Aziz, Jasmin Hamid, Umie Aida, Fizz Fairuz, Amelia Rosnaida, Ziela Jalil memang menarik.  Tak sehebat Ombak Rindu tapi tetap tangkap leleh.  Kitorang tak, sebab ramai2 kan.  Sebelah kitorang ada sorang awek tgk sorang2.  Beriyer-iyer dia nangis..teresak-esak.  Aduhai..

Sampai bila2 pun kalau kitorang beli tiket paling murah.  Memang seat paling belakanglah pilihan hati.  Senang tak ganggu orang dan kami pun tak diganggu.  Sederet ni kami je.  Seat lepas saya tu je awek yang menangis tu duduk sorang2...hahaha..kesian dia.

Casting yang hebat.  Masa ni je boleh amik pic pun.   Cerita yang best, lagu pun best.  Cerita dari adaptasi novel Badai Semalam, novelis Khatijah Hashim.

Erra Fazira yang sangat cantik dan manis.

 Lesung pipit Fizz Fairuz sangat memikat hati.  Dia menari pun comel dalam teater ni.

Hero pujaan ramai yang hot2 ni pun sangat comel menari.  Rambut skema abislah Aaron ni..hahaha.

Sebelum balik, mari posing kat tangga dulu.  Lepas ni teater apa pulak yang best eh.  Leh lah kami terjah lagi ramai2..hehehe.  Sapa2 yang tak pernah tengok teater, give it a try.  Sure korang enjoy.  Oklah, gtg.  Bye.