Monday, April 8, 2013

Jalan-Jalan Ganu...


Minggu akhir cuti sekolah pukul 7 pagi saya dah bertolak ke Pantai Timur.


Aiseh...saya tak ingat nama jambatan ni.  Sapa tau?


Suka tengok api ni kalau travel malam2 di Paka, Terengganu.


Marang memang cantik.  Masa saya pergi ni cuaca mmg panas terik.


Tujuan utama, menghadiri kenduri kahwin sahabat lama Nonie.  Selamat Pengantin Baru dan moga berbahagia ke akhir nyawa.  Terima kasih layan walau kami adalah tetamu terakhir..pukul 6 petang..hehehe.


Malam tu, dinner pulak di rumah Ma Kamariah.  Oh, inilah Mama Amy Sweetdarling.  Myra pun ada jugak. Ni family bloggers..hahaha.  Sedap meehoon Singapore Ma.  Alhamdulillah, kenyang kami dibuatnya.  Layanan pun awesome.  Terima kasih yang tidak terhingga.

Oh ye, saya travel ni dengan keluarga adik kawan saya yang ada 5 orang anak berderet termasuk baby 4 bulan.  So, kami tak pergi pun Pasar Payang.  Makan dekat KT pun tidak.  Budak2..pool je yang menarik buat dorang.  Next time saya nak teroka Terengganu.  Insyaallah saya akan turun KT lagi.  Esok, saya kongsikan tempat penginapan kami.

Friday, April 5, 2013

Get Well Soon...


Semalam ziarah sahabat kita CT Elly.  Eh..ziarah husband dia.  Apapun, moga cepat sembuhlah ye Cik Mat.  Sian lak tengok haa.  Short entry je arini, semalam tak sempat nak buat auto publish..hihihi.  Have a nice weekend uols.

Thursday, April 4, 2013

Family Dinner @ Tony Roma's


Bila dapat rezeki, belanjalah keluarga...itu kata Ustaz kat opis saya.  So, jomlah kita makan2 sempena rezeki yang melimpah dikurniakan oleh Yang Esa utk saya last month.  First time, suami makan kat Tony Roma's.  Mimi macam biasa merungut, tak abis2 nak makan KFC...hehehe.


Sebab ada 2 orang kanak2, maka Kids Menu lah kita ye.  Sayur ni?  Takde sorang pun makan.  Cuma saya dan suami je rasa sikit.  Terasa macam rabbit pulak...hahaha.


Main meal utk kids cheezy pizza.  Sedap kata Mimi sebab xde apa2 kecuali cheese.  Dia mmg tak suka bawang & segala benda biasa dalam pizza tu.  Lagipun rotinya roti pita lagilah sedap, saya pun makan jugak sekeping..hehehe.


Crispy chicken ni Mimi punya.  Pun sedap.


Suami saya order Ribeye Steak tapi dia kata kureng.  Dia kan oldskul, so The Ship tetap di hati..hahaha.


Dessert, oreo sundae..mmg favouritelah anak2 lah kan.  Tapi saya mmg tak order apa2.  Tukang perabihkan food anak2.  Confirm dorang tak abis..hehehe.


Alhamdulillah, dapat kongsi rezeki bersama keluarga.  Fifi macam biasa, leka dengan games2 kat Kid's Menu tu.   Mewarna je kerja dia.  Moga dapat terus menggembirakan mereka...amin.