Tuesday, September 17, 2013

Projek..


Ye..inilah projeknya. Buat banner atas kain cotton. Projek ini sepatutnya projek anak2 pra sekolah dengan kerjasama ibu bapa. Rasanya ini bukan kerjasama dah. Ni dah macam projek Mama. Memanglah Mama boleh je lepaskan anak2 buat. Tapi nanti buruk..anak2 nangis kat sekolah...sapa nak tolong?


Buruk jugak hasil yang Mama buat ni. Takpelah Mama pun bukan pro sangat. Kat sekolah menengah Mama tak masuk pun kelas lukisan. Bosan..hahaha.  So, ok tak kawan2?  Dah submit pun before Hari Kemerdekaan hari tu. Anak mama proud tau dengan hasil ni..kata dia..cantiklah Mama lukis. Ok, hidung terus kembang kempis..hhmmppph...hmmpphh. Kahkahkah..oklah, chow!

Friday, September 13, 2013

Bermesra dengan Forever 29..


Kali ni kami bermesra lewat sket dari bulan Syawal. Eh..mmg selalunya time ginilah kami berkumpul.  Bukan apa..masa ni lah baru semua free.  Kalau tak, semua pun busy dengan aktiviti open house.  Sekali lagi, buat kat rumah kawan saya di Cheras.  Rumah yang besar dengan view yang awesome.  Ni balcony kat dapur dia.


Eh..ada massage chair pulak kan.  Wajib pekena dulu sebelum makan.  Syok giler.


Kali ni kitorang buat potluck.  Ada spaghetti carbonara, fruit tart, sup petola & telur puyuh, tauhu & tempe, telur masin, ayam masak lemak cili api, sambal belacan, ikan masin, nasi himpit, kuah kacang, rendang daging, serawa durian.  Petang tu bancuh pulak nescafe then goreng samosa.  Mmg nikmat betul makan hari tu..hahaha sambil gosok2 perut.


Ambik gambar dulu sebelum makan2.


Tuan rumah yang tudung hitam sebelah kanan tu.  Semoga bertambah murah rezeki tuan rumah.  Sebab sudi sediakan 'port melepak' kami pada hari tersebut.


Rakan sebaya sama2 sekolah, sama2 dewasa, sekepala, sekentut..macam2 ragam.  Takde dorang ni hidup saya sepi. Tu belum lagi kalau whatsapps berjemaah.  

Inilah sahabat2 tempat kami meluah perasaan, berkongsi masalah, menyimpan rahsia.  Motto terbaru kami, 'kalau sentap, sila leave group'.  Mulut semua puaka2.  Hati kena kental baru boleh join.  

Doa saya, moga ikatan persahabatan dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah sehingga beranak pinak ni dapat diteruskan sehingga ke akhir hayat.  Amin...

Wednesday, September 11, 2013

WW ~ Kenangan Manis..


Sempena Mother's Day..for free kat office :)