Firstly, Selamat Menyambut Hari Nuzul Quran kepada semua umat Islam. Pada warga Selangor, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Terengganu diucapkan selamat bercuti. Lain kali kerajaan kena bagi semua state cuti sbb kata agama rasmi agama Islam..hehehe. Okeylah..hari ni nak tayang gambar food. Ini utk bagi idea kt koranglah nk masak apa. Sbb sy pun dh buntu x tau nk masak apa. Ramadhan ke 7 kami berbuka puasa dengan Tomyam Putih dan telur dadar. Sy rasa betul2 membuka selera. Dahlah senang..masak pun cepat siap. Tu gambar tomyam dlm periuk..sebab tu tengok cendawan je timbul. Sy bubuh seafood je..udang ngan sotong. Kt umah..ayam n daging x laku sangat.
Ramadhan ke 8 inilah lauk kami. Ye..mmg semata-mata ini je. Pari masak Asam Pedas. Fuh..pedas smpi berasap telinga. Buat pulak pekat2..mmg membuka seleralah.
Ramadhan ke 8..sambal ikan (request from Si Mimi) dengan labu masak lemak putih. Oh ye..sy xde masalah masak pedas hari2. Sebab anak2 sy mmg makan pedas. Kalo bole hari2 nak sambal. Sy je malas nk layan...hahaha. Suami sy walau org n9 tp x tahan pedas. So, setiap kali tulah..botol kicap akan menemani dia semasa makan. Tp kdg2 dia ok je.
Ramadhan ke 9..sy buat ikan cencaru sumbat. Fuh..ini pun buka selera gak. Berlumba2 mkn ngan suami. Dgn sayur kangkung tumis air je.
Ramadhan ke 10 jatuh pd hari Sabtu..so, sy masak rendang kerang, ikan masak singgang..oh sy suka blend semua utk singgang..kebanyakan org..potong2 je kan. Lepas tu sy buat popia sardin+kentang. Yg ni licin boliau.
Hari Ahad pulak sy masak ayam masak merah, sayur campur tu lebihan buat tomyam aritu. Lepas tu dessert bubur cha cha. Sy terlebih masukkan gula merah..tu kaler dia brown sgt. Tapi xlah manis sgt. Nasib baik. Anak sy punya selera makan bubur ni. Bermangkuk-mangkuk dia tambah. Smpi ckp nanti mama buat lagi tau. So, weekend ni..bubur cha cha lagilah jawabnya. Atau sy tukar je dengan pengat pisang or bubur jagung. Sedap jugakkan.
Hari isnin baru ni sy dh buntu. X tau nak masak apa. So, ikan gelama masak asam. Inilah lauk yg selalu sy makan masa dlm pantang. Tapi bila sesekali makan...fuh..mmg berselera. Buatnya pun bukan susah. Goreng pulak sayur apa tu..yg nama bunyi cina tu. Mcm sawi jepun tu. Sy x ingatlah nama. Biasa org buat masak sos tiram. Tp sy goreng gitu je. Mmg dh kehabisan idea masak dh....hehehe. Anak2 sy x suka sgt mkn nasi lain selain dari nasi putih. So, nak galakkan dorang mkn..sy xlehlah gatal2 pegi masak nasi hujan panas ke, nasi beriani ke, nasi tomato ke or nasi minyak. Sure dorang boikot. Hopefully dengan menu2 yg ada ni u oll taulah nk masak apa berbuka nanti ye. Bye!!