Pagi2 or petang2 kalo dpt makan karipap sedap kan? Hari Deepavali baru ni sy teringin betul nak mkn karipap. Tapi sy ni lagi suka karipap sardin. Yg lain2 tu kurenglah. So, sy buatlah sendiri. Kecik je tau karipap ni. Sy pakai acuan yg kecik tu. Comel2..skali ngap je masuk mulut. Senang. Dah mcm2 resepi karipap sy jumpa..tp yg ni yg terbaik. Kiranya confirmlah dia x keras..elok rangup je. Sy amik resepi dari sini. Kalo malas google, sy share kt sini jelah ye. Seperti biasa..ini resepi karipap daging..sy tukar dgn sardin..tp sy masak dulu tau sardin tu. Sbb kalo perah ngan limau je mmg sy xleh telan..hehehe. Campur ngan kentang dan bawang yg dipotong dadu, cili hidup yg dihiris kecik2 dan juga air asam jawa. Ini resepinya.
Bahan-bahan ( 50 biji )
- Bahan Inti :
- 500 g kentang - dipotong dadu
- 300 gm bawang besar - dipotong dadu
- 400 gm daging cincang @ daging lembu dipotong dadu kecil
- Tumbuk Lumat :
- ½ biji bawang besar
- 2 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- ½ inci halia
- ½ sd besar jintan manis
- 3 sudu besar (75 ml) serbuk kari
- 2 sudu besar minyak
- ½ batang besar kulit kayu manis
- 2 sd teh gula / secukup rasa
- 1 sd teh garam / secukup rasa
- 350 ml air
- Doh Karipap :
- 500 g tepung gandum - diayak
- ½ sd besar garam
- 94 g lepa susu (karipap jadi rangup) @ marjerin.
- 1 biji telur
- ½ cawan ais
- 250 ml air
- Minyak untuk menggoreng & Secukup tepung untuk mencanai
Cara-cara
- Inti :
- Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang. Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal.
- Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam. Kemudian, masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan gula dan kentang.
- Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.
- Doh :
- Masukkan tepung dalam mangkuk.
- Gaulkan air bersama garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti. Panaskan lepa susu / marjerin / campuran sepertinya atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi.
- Gaul lagi hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit sedikit air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Hentikan penambahan air bila dah jadi doh. Rehatkan 1 jam.
- Bahagikan doh 2 bahagian (setiap bahagian menghasilkan ±25 keping karipap) Ambil 1 bahagian dan canai nipis atas landasan bertepung. gulung ketat2 dan golek hingga jadi selinder .
- Potong gulungan silinder tadi hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis (2mm) setiap satu ketul dan isikan 1 sd besar (kalau suka inti banyak)/ 1 sd the penuh (inti sederhana) .Tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng.
- Ulangi proses mencanai nipis setiap ketul hingga habis.
- Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos atas kertas dapur dan hidangkan.
- * Boleh juga digunakan crisco, minyak sapi, mentega atau keduanya (nisbah 1/2:1/2). Kalau malas nak canai semua doh, boleh beku doh dibalut plastic dalam. Nak guna, keluarkan dan tunggu kembali asal. Karipap belum digoreng boleh disimpan lama dengan menyusunnya atas dulang terlebih dahulu dan letak dalam fridge hingga beku. (1-2 jam). Kemudian ambil setiap satu dan balut plastic agar tak melekat, baru boleh simpan dalam bekas plastic dan letak dalam fridge semula.
Silalah mamam..mama sy masak karipap sedap tau!!
26 comments:
nak jugak rasa karipap air tgn akk,
hihihihi:)
modal karipap tu kemain lagi....mate stim youuuuu!!~
dee,ell pun suke inti sardin yg masak..tp tkyah kentang pun tk per..lg ell suke kalo bawang bnyk...kalo guna sardin ni,nk kene letak kayu manis gak ke.
tgk buat doh dia mcm byk step jer..patutlah sedap dee...
bile la nak dtg keinginan wat kalipap nih...
wat inti serunding kan...sedap jugak...
tapi klu suruh buat sendiri tu .. emmm...
samalah dee.kty pun sardinnya harus kena masak cam biasa gak.kalo tak ..tak lalu..nak makan.
coz SH & Agate suka yg sardin
Emerald & Sapphire suka yg kentang
Aqua suka yang daging...
me tak kisah...so..malas nak buat lain2, beli je lah hehehehe
kak ati kekadang jadi kekadang tak jadi
minta izin ambik resepi ok
(tingat plak kripap RR tadi...hahah)
Post a Comment