Sambungan dari kisah semalam. Lepas je budak2 tu beratur dorang pun naiklah amik sijil. Kelakarlah tengok budak2 ni. Cute2 je. Tapi bila dah naik..muka sorang2 sama je. Sib baik sempat snap pic Mimi..eh..sebenarnya snap ni pun dari HP sy je..kamera boleh pulak tetiba abis bateri. Anak orang smpt sy snap..smpi kt anak sendiri bateri kedaung..huhuhu.
Sy rasa dalam mana2 majlis graduasi si cilik ni mmg paling susah nak control ibu bapa. Budak2 senang sket kot. Penuh ibu bapa kt depan tu, so sy malas nk gi snap gambar2 persembahan. Mcm2 ada..ada coral speaking dan juga pop dance.
Oh ye..Mimi naik pentas 2 kali. X sangka dia dipilih sebagai pelajar terbaik. Sy masa dpt tahu boleh gelak2 lagi. Ye ke ni? Tu dia naik lagi sekali, dptlah hadiah beg dgn buku dan alatulis Faber Castell. Masa amik sijil tu dpt beg sekolah. Oklah tu..compete sudah.
Majlis dah habis, so pentas tu mcm kitorang punya..hehehe. Serbu!!
Mama bangga dgn Mimi walau mcm x percaya. Keputusan dia xlah hebat sgt tapi dia yg terbaik antara mereka. Pelajar lelaki pulak kawan serumah dia...cucu Pengasuh, Qadri. Dua2 pun dpt award pelajar terbaik. Tahniah.
Penutup entri...silalah tengok wajah2 comel kami. Kawan2 rapat dia di Kindy. Sebelah kiri Inas, sebelah kanan Iffah. Tahun depan masing2 pergi ke sekolah yg berlainan. Ada yg ke Kemas, ada yg ke Tadika Perpaduan..tapi Mimi ke Pra, Bukit Pantai. Moga kalian lebih berusaha dan rajin2 belajar ye. Bye.
19 comments:
aunty pun proud of u...
clever gurl
seronoknyer...ntah bila ler nak merasa turn Batrice plak naik pentas ambil sijil..tahun depan kot...
comel sumerrr
aku suke tgk baju konvo dieorg...comey wei.....
belajar rajin2 yer...
Post a Comment