Sampai je di KL, my housemate terus ajak saya dan anak2 ronda2 KL. Eh..peluang baik ni sebab my housemate mmg jenis susah nak ajak berjalan. Dah lama tak pergi Chow Kit. Masa ni tgh tunggu bas untuk ke Sogo.
Mimi and Fifi enjoy habis dapat naik bas Metro. Kami turun kat depan Globe tu..dan jalan kaki smpi dataran merdeka. Sampai je dataran, marilah kita berposing..hehehe. Ye..ye..saya ronda2 KL hari sabtu lepas dengan baju kurung..percayalah.
First pose kat periuk kera. Saya bet lah..x ramai antara u oll pernah amik gambar kat sinikan..hahaha.
Lepas tu kat fountain ni. My housemate jadi cameraman je hari tu..layannnn.
Belakang tulah Panggung Bandaraya..smpi lentok2 dorang bergambar.
Dataran Merdeka dalam kenangan. Dulu masa bujang2 lah last lepak2 sini. Lepas tu nan ado.
Kelab DiRaja Selangor...Mimi happy betul berlari2 kat padang tu.
Fifi pun sama excited.
Diva Montel in action..hahaha.
First time saya tengok orang cuci kubah kat Bangunan Sultan Abdul Samad tu. Berkilat.
Pose terakhir sebelum masing2 dah merungut kehausan. Jalan kaki kan dari Globe..hehehe.
Sampai je Dayabumi, oh terus teringat kenangan di waktu sekolah. Furthermore, ni mmg tempat dating saya ngan housemate..hahaha.
Sampai 7 gelas air kitorang belasah kat restoran mamak di LG, Dayabumi..almaklum penat berjalan. Perggghhh..lega. Ronda2 KL tamat lepas tu. Kami anak beranak pulang ke rumah menaiki teksi. Kenapa tak drive je? My housemate kata nanti susah nak parking2 kereta. So, itulah aktiviti kami last Sunday, penat tapi fun sgt. Ok, hari ni Dee sibuk sket..later2 Dee BW ye. Meanwhile, selamat bekerja!