Wednesday, October 31, 2012

WW ~ Tenang


Melarikan diri dari kesibukan kota..rindu dengan bunyi deruan air sungai.  Nantikan kisah selanjutnya esok.

Tuesday, October 30, 2012

Restoran Chef Riz - Flavours, Bangsar


Last week gi makan2 kat Flavours Bangsar.  Restoran ni milik Chef Riz anak Chef Wan.  Lokasi depan Bangsar Village, sederet dgn Baskin Robbins.


Interior sempoi..kerusi2 besi tu sgt klasik dan old skul..menarik.


Most of us order Red Lime (sirap limau) & saya honey lemon cold.  Sedap.


Lai Chee Kang kawan2 saya sedap gak..kacang banyak..I like. 


Ni burger kawan saya.  Tak ingat nama.  Boleh tahan.  Yang kat atas tu cheese.


Spaghetti carbonara.  Kawan cakap sedap tp muaklah.  Serving dia besar tau.


Kawan lagi sorang amik set lunch.  Rega sekali air RM16++.  Masak lemak tu sedap..saya suka.


Lagi sorang kawan makan chicken salad.  Tapi dia kata sayur tak fresh sgt.  Tak crunchy.


Ni Mee Bandung Malaya.  Superb sedap.  Rega dalam RM20.  Tapi pedas sket.  Kawan2 yang tak suka rasa udang kering dlm mee bandung pasti menyukainya.


First time cuba pavlova.  Sedapnya...not so sweet.


Nampak tak sapa tu?  Yang baju biru tu.  Dialah yg busy masak dan plating semua order2 kitorang.  Siap pakai cekak mcm biasa yg kita nampak tu.  Tapi susah ok nak amik pic.  Last2 masa dia kuar dari kitchen saya lambai2 ckp...chef meh sini amik pic sama2.  Dia ckp ok, tunggu dia tukar uniform.


Ha..dah tukar uniform.  All in all food dia sedap.  Rega agak2 mcm Secret Recipe lah dalam range 15-40 kot.  Standardlah kat Bangsar kan...hahaha.  Tapi ada yang komen kat FB saya ckp tak sedap.  Wallahualam.  Maybe saya bernasib baik dia yang masak sendiri.  Suka dengan Chef Riz ni sbb tak sombong.  Okey, kawan2 bolehlah cuba ye kalau tak tau nak makan kat mana.  Adios!

Monday, October 29, 2012

Raya Haji Kami..


Kita citer pasal raya haji dululah..kalau tak basi...hehehe.  Dan mcm biasa..ginilah pic raya kami.  Tapi raya kali ni takde tema..caca marba je...hehehe.  Lepas solat raya, terus gi umah my sis.


Kat sini berkumpul ramai sket sedara mara.  Tiga2 cousin ni semua dah roboh pagarnya.  Semua roboh kat tempat yang sama...hahaha.


Macam biasa gak, ada ketupat daun palas, ketupat nasi, ayam masak merah, ayam pencen masak rendang, rendang daging, masak lodeh kering.  Dan yang paling best..ada...


Ni haa...laksa.  Yeay.  Sukanya..favourite saya ni.


Memang takde pegi mana2..cuma pegi Pulau Meranti, Sepang ziarah sahabat lama arwah abang.  Saja tunjuk pic ni.  Jubah ni pemberian my best friend punya mak.  Dah lama dia bagi.  All the way from Sarawak.  Liplap2 sbb tu x pernah pakai.  Pestime pakai..cun gak kan..hehehe.  Oklah, nak BW jenguk2 cerita raya korang pulak.  Selamat Bekerja.

Thursday, October 25, 2012

Salam AidilAdha..


Salam hari Khamis pada semua.  For sure ada yang dah cuti.  So, pada kengkawan yang dah nak balik kampung tu, hati2 di jalanraya ye.  Moga selamat perjalanan pergi dan balik.  

Selamat Hari Raya AidilAdha untuk semua sahabat2.  Harap AidilAdha kali ini memberi makna yang mendalam tentang pengorbanan kepada kita sebagai hambaNya.  Tak lupa juga, selamat melapah dan makan daging moo..moo :-)  Jaga kesihatan ok.

Wednesday, October 24, 2012

WW ~ Berkain Batik..


Anak dara saya yang suka berkain batik :-)

Tuesday, October 23, 2012

Let Me Show You..


Yup, saya dalam proses mengenalkan Islam kepada seseorang.  Setakat ni, Alhamdulillah..banyak perkembangan positif.  Sahabat saya tu dah mula attend kelas di PERKIM, breakfast talk with Ustaz dan terbaru dah mula attending Iqra'  class.  Alhamdulillah, moga dipermudahkan segala urusan.  Berkat pertolongan sahabat2 lain juga.  

Doakan agar insan ini tidak berpatah hati dan cekal serta tabah dalam menghadapi liku2 dalam perjalanannya.  Doakan juga saya berjaya membuat dia yakin inilah jalan yang betul yang dia patut pilih utk kebahagiaan dunia dan akhirat.  Moga usaha saya ini tidak sia2..amin.

Monday, October 22, 2012

Sports Day Fifi..


Last Saturday, pagi2 pukul 7 dah tunggu bas.  Fifi ada sukan kat Taman Metropolitan/Taman Layang2, Kepong.


Kakak dia ni Mimi mmg terlebih over.  Saya lebih susah nak handle dia dari Fifi masa kat sini.  Menguji kesabaran betul.


Fifi ngan kawan baik dia Iman.  Kesian budak2 ni..xleh nak duduk sangat, padang lecak, letak tikar pun basah.  So, duduk hujung2 je.


Setelah lama menunggu..dekat pukul 10 dah masa ni..barulah nak mula acara perbarisan.  Budak kain kuning tu nama dia Wanie.  Rambut ori tu uoll.  Rambut dia mmg lebat dan kerinting..hehehe.


Fifi dah excited nak berarak. 


Ada 3 zon kalau tak silap.  Zon Gombak, Zon Bangsar & Zon Cheras.  Dalam setiap zon ada 6 buah tadika kot.  Ni tadika kancil di bawah DBKL..khas utk kanak2 umur 4 & 5 tahun je.  Masa ni panas betul.  Terik..kesian budak2.  Mujur orang yg rasmikan tak ckp lama sangat.


Terpaksa beli menatang ni sbb si Fifi dah menangis2..berpeluh2 kepanasan.  Yelah, start lambat kan.  Itupun ada jugak sekolah yang baru sampai masa ni.


Menunggu lagi, acara tadika dorang ialah acara yang ke 5.  So, inilah acaranya.  Junjung pundi kacang.  Fifi kat depan sekali.  Sampai senget2 nak balancekan pundi kacang tu..hahaha.  Tapi sayang saya tak dpt snap pic dia tgh berlumba.  Siap pegang, main tak ikut rules..hahaha.  Tapi masa ni ada budak2 yg dh takde mood nak main, so ada yg terpaksa main 2 kali.


Lepas tu game kepit bola pulak.  Fifi jugak yang mula di hadapan.  Game ni dia terpaksa main 2 kali sbb ada kwn2 yg tetiba moody xnak main.  Maybe panas sangat or dh penat tunggu lama.


Yeah..kepit bola sambil terbang di awangan.  Dapat jugak saya snap pic sweet moment mcm ni.  I like.  Btw, dua2 game dorang kalah..tapi tetap dapat hadiah saguhati.


Bergambar dengan papan tanda nama TSK Apt Abdullah Hukum sebelum balik.


Inilah hadiahnya.  Tapi Fifi dapat dua sbb masuk 2 acara.  Yang lagi satu, tupperware air warna pepel, tupperware makan warna biru.  Bolehlah guna next year...hehehe.  Oklah, panjang dah entry ni.  Happy working peeps!


Friday, October 19, 2012

Terima Kasih Daun Keladi..


Dulu 'dia' bagi ni.  I like sangat sebab hasil jahitan 'dia' sendiri.


Lepas tu, 'dia' bagi ni pulak, pun hasil jahitan 'dia' sendiri.    'Dia' suprisekan saya.  Oh..terharu sangat.  Kenal melalui blog dan tanpa disangka rupanya suaminya juga mengenali suamiku.  Terima kasih sahabat.  Terima kasih daun keladi, ada rezeki aku balas nanti..hehehe.  Happy weekend uols!

Thursday, October 18, 2012

New Menu...


Yup..saya dah cuba Samurai Burger.  Before this tanya orang apa rasa samurai ni..majoriti jawab manis.  Dah set dlm kepala tak mau cubalah. Food manis2 ni saya kureng suka.  Tapi bila tgk sana sini orang canang kesedapan samurai burger..saya cuba jugaklah.  Air Sakura McFizz campuran ribena+sprite mmg menyamankan.  


Rasa burger Samurai?  Sedapppp...tambah lagi saya bubuh blackpepper ngan chili sauce..perghh..nikmat sungguh.


Semalam saya cuba pulak KFC Zinger Double Down.  Kalau orang kuat makan maybe akan kata x cukup punyalah.  Tapi semalam saya makan rasa kenyang betul.


Pergh..kepingan ayam berlapis mcm tu..kat tgh2 pulak ada cheese.  Mmg awesome lah.  Kalau belum cuba, sila cuba ye.  Insyaallah, tak menyesal.

Wednesday, October 17, 2012

WW ~ Sama Tak?


Kalau nak lebih bergaya bolehlah pinjam tudung Shila Hamzah..hihihi..baru sedondon!