Tuesday, December 4, 2012

Bukit Kayu Hitam - Thailand Border


Yeah, tenet kat umah dah ok.  Sambung story ye.  Lepas je bayar deposit hotel kat Pekan Kuala Perlis tu akibat dikacau Mambang Pintu sebelum tu, kitorang terus gi breakfast.  Lupa nak snap pic roti arab pakcik tu.  Sedap sangat.  Yang saya ingat gerai tu kat Jalan Sarawak, Kuala Perlis...hehehe.  Lepas tu kami teruskan perjalanan ke Bukit Kayu Hitam.  

Sebelum tu singgah buat insurans utk enter Siam. Nak buat white card skali pun boleh.  Kedai2 macam ni banyak kat tepi jalan dekat ngan border.  Kat Changlun pun banyak.  Kena bawak geran kereta original tau.  Owner kena ada sama, itu lebih senanglah.  Bayar insurans dalam RM17 utk seminggu.  Kat Agen pass salinan geran je.  Senang dorang settlekan semua.


Tips lagi satu, kalau nak masuk Siam Jumaat, korang ikutlah Padang Besar.  Orang Perlis kerja time tu, so tak ramai kat border.  Macam kitorang masuk Ahad, so we choose Bukit Kayu Hitam.  Kedah kan kerja hari Ahad tu.  So, kat border tak lama queue.  

Mula2 kat Imigresen Malaysia, kat sini korang x perlu turun.  Cuma maybe dia suruh turunkan tingkap je.  Pastu, dia cop passport.  Jangan kau selit duit lak.  Kang tak pasal2 kena tangkap sbb rasuah..hahaha.  Jumpa Imigresen Malaysia dulu tau, baru jumpa Imigresen Thailand.  Sampai kat bahagian Imigresen Thailand, semua kena turun.  Kitorang pass passport kat agen tepi tu je utk white card.  Bayar sketlah tak ingat berapa.  Dorang isikan semua form.  Lepas tu baru beratur cop passport.


Tunjuk muka depan2 pegawai kastam dorang.  Nanti kau tengok camera dia..atas bawah scan muka korang.  Jangan lupa selit RM1 atau 10 Thai Bhat kat setiap passport.  Tu kira duit kopi.  Terang-terangan ok.  Masa balik pun jangan lupa selit.  Nanti bila dorang abis shift, dorang kumpul2 duit tu semua..bahagi2lah sesama dorang yg sama shift.  Adil bukan? Hahaha..

Lepas tu jangan lupa register kemasukan kereta korang kat kaunter Kastam Thailand.  Owner kereta kena turun dengan dokumen2 termasuk geran original & insurans yang dh dibayar masa kat Bukit Kayu Hitam tadi.  Selitlah gak kalau nak senang urusan.  RM1 je pun..hehehe.  Dorang terima dua2 matawang. Tapikan kalau kau dapat pegawai kastam yang cerewet mcm  kitorang dpt aritu, pegawai perempuanlah...dia nak tgk depan2 mata kereta tu.  So, kenalah reverse2 smpi dia nampak dan puashati.  Sabar jelah.  Leceh ok, nak park kat situ bukan senang.  Sib baik masuk ngan orang yang dah biasa gi Siam, so no hal  lah.  Semua dia settlekan.  

Balik nanti make sure korang melapur atau serah surat insurans kat Kastam Siam. Kalau tak, korang nak masuk balik tak pasal2 kena tangkap sebab kes penyeludupan kereta...huhu atau kena denda bayar RM200.  Kalau tak, takleh masuk.  Kalau 2nd hand car pun problem gak kalau owner yang first dulu pernah masuk tapi tak buat clearance.  Naya je.  Yang selamat, owner kereta sendiri pergi.


Masuk2 je terus bandar Danok.  Kat sini ada KFC, hotel2 dan kedai2 makan.  Penunggang motosikal ramai.  Yang depan je pakai helmet.  Penumpang tak payah.  Tu rules doranglah.  HP line Maxis ngan Celcom yilek.   Digi macam I ada auto roaming..yeah2.  Tapi kitorang tak pakai pun.  Nak pakai line prepaid Thailand pun boleh tapi tak belilah sebab kami balik hari je.  Rugi lak kalau beli.


One of my friend tu lupa nak tukar duit, so kat border tu baru tukar duit.   Oklah rate dia.  Kitorang tukar tak banyak.  Duit Thai Bhat senang sket.  Kalau 100 tu maknanya 10 hengget kita.  Buang je satu 0...hehe.


Patutlah orang kata jalanraya kat Thailand best compare Malaysia.  Tapi seriously best.  Takde lubang2.  Takde tampal2.  Bumpy2 semua takde ok.  Jalan dia dua lorong pergi dan dua lorong balik.  Alhamdulillah xde jumpa satu accident pun masa kat sini.  Oh ye, before masuk border, make sure tank minyak korang penuh ye.  Sebab petrol kat Thai mahal ok.  Minyak mahal tapi highway takde tol, jalan cantik oklah kan.  Kat Malaysia?  Maleh den nak cakap..hahaha.


Patung kuil macam ni mmg meratalah.  Keranda dia pun tau...banyak.  Tapi kitorang selalu missed bila nak snap.  Pakcik yg bawak ni berdesup je.  Lampu merah pun langgar.  Adoi..sabar jelah.  Waktu kat sana lewat sejam dari Malaysia.  Kalau kita pukul 8 pagi, mereka baru pukul 7 pagi.


Signboard merata, so, jangan risau.  Ada tulisan rumi..insyaallah korang tak sesat.  Dari border, 1 jam nak ke Hatyai, 2 jam kalau nak ke Songkhla.  So, esok jelah kita sambung ye.  Panjang dah ni.  Summary tips untuk masuk Thailand dengan kereta, Dee share kat sini tau.


  1. Passport Malaysia / Border Pass bagi warga Perlis, Kedah, Kelantan.  Border Pass xleh lah gi smpi Bangkok tau..ada limit lah.  Cek je kat Border Pass tu, ada tulis rasanya.
  2. White Card atau Arrival Card Thailand (RM 2.00). Kad ini boleh dibeli semasa membuat insurans kereta.
  3. Insurans Thailand. Harga insurans kereta untuk 7- 9 hari adalah RM15 - RM25 depends ngan agen tu gak dan berapa lama korang nak stay kat Thai.
  4. Geran Kereta Asal / Salinan Geran ( Kalau boleh Fotostat 10 helai, sebabnya kalau ada roadblock dari Polis Thai atau JPJ Thai, Kastam Thai akan minta salinan fotostat, jadi bagi sahaja ).
  5. Isi minyak penuh satu tangki sebab harga minyak seliter di Thailand 2 kali ganda dari harga minyak di Malaysia. 
  6. Garmin GPS yang sudah ditagging tempat-tempat yang menarik di Hat Yai dan Songkhla. 
  7. Duit utk imigresen Thai RM 1 @ RM 2. Selitkan di dalam passport.


27 comments:

Mak aiihh manyak menda gak nak kena prepare kalau nak masuk Thailand ek? Huhuu malas gue! Jalan dalam Malaysia jelah jawabnya! Agaga...
My latest Entry :)
JJCM: Nasi Kukus Ayam Dara Berempah (Selera Utara)
 
Menarik sangat.. TQ Dee for the good tips..
 
Dee..thanks for the tips..psst...x nak plan pi lagi ke..boleh along ikut jugak...
 
kalau ptptn sangkut agak2 lepas tak imigresen? =p

more kak dee.. more.. nnti nik boleh la nak pi =p
 
best masuk siam. jln lurus seluas mata memandang.
 
best masuk siam. jln lurus seluas mata memandang.
 
best ni buat road trip...jln2 kenal tmpt org
 
Thanks for the tips kak.
 
Amboi ko Dee... Shopping sakan ke?
 
time outstation kedah ada msk dannok tp tk pki passport ada org dlm..duit pn tk tukar guna duit RM..sbb kejap je pn masuk bkn jauh pn
 
sis, kalo tak masukkan 'duit selit' tu apa jadi sis...
lagi susah & byk soal ke?....

tak sabar next entry ....
 
@FARAH deeb blla baca mmg mcm banyak, realitinya simple je procedurenya..
 
@Amanda Suria insyaallah pergi lagi..kali ni nak drive smpi krabi..
 
@Queen ptptn sangkut? sendiri mau ingatlah..hahaha..checklah nama dulu dah kena blacklist ke tak kat imigresen website..masukkan no ic ye..
 
@JunAina taklah sis..biasa2 je..dee lebih enjoy melihat tempat orang bukan shopping..
 
@mama tisya bahayanya masuk without passport or border pass ialah kalau jadi apa2 mcm mati kataklah..tu je pun bezanya..hehehe..
 
@Rasp tak masuk duit selit, terselitlah u kat situ selamanya..hahaha..takut dia caj u benda2 lain pulak..elok2 kena byr singgit, jadi beratus2 ringgit..hehehe..
 
wow!! bagus tips2 ni kak...kalau aku gi, mmg ko lah org first aku refer...

:)
 
bestnyerrrrr
 
memang besh pergi hatyai ni..
ntah bila nak sampai lagi .
 
Bagus tips2 ni..

Sebab saya teringin nak masuk Thai, tapi driving kereta sendiri...

Petrol kat sana mmg mahal kan...Tapi macam Dee tulis la, berbaloi la dgn fasiliti jalannya & takde tol..

Teruskan menulis..nak baca lagi..hihihih
 
kak, seram sejuk aku baca citer momok kau kak...







lagi seram bila aku tgh gambar tu. ok, diam!
 
Info yg menarik nanti dtg lh ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com
 
hehehe... nnt jgn lupa citer camne communicate ngan org thai.. :)
 
leceh la pulak nak masuk sana... adeh... thank for the tips...
 
Jalan kat thailand on d way ke pattaya sgat2 terok...aku bru balik dri pattaya drive sendiri...ya allah jalan die...tersangat2 terok..smpai kat pattaya korg tau..semua skru kete longgar akibat jalan yg berlubang sgat2 terok..amik mase dkat 24jam gak nak smpai pattaya...
 
Insurans kereta motosikal van ke Thailand

http://nurmas-homestay.blogspot.my/2015/12/perkhidmatan-insurans-ke-thailand.html?m=1