Friday, November 30, 2012

Kau Main Pintu Ye Mambang?


Gambar ini diambil jam 7.30 pagi selepas je saya checkout from the homestay.  Sawah padi ni betul2 depan homestay.  Kawan saya cakap, siap leh posing kau.  Tadi beriyer takut...hehehe.

Okeylah, ceritanya bermula begini.  Lepas je balik dari Gua Kelam, kami bersihkan diri.  Solat jamak.  Tapi masa saya solat dalam bilik master bedroom, saya terasa ada sesuatu kat belakang saya sebab bulu roma saya meremang.  Saya baca kuat2 masa solat tu utk menenangkan hati saya yang berdebar-debar.  Lepas tu saya kibas cadar.  Masa kibas tu saya cakaplah, saya ngan anak2 nak tumpang tidur ye.  Cakap pelan je.  Sebab homestay kan.  Kekerapan orang bermalam kat situ dah tentu tak mcm hotel.  

Oh ye..masa kitorang tiba petang tu, dah pasang pun surah Ar-Raq.  Lepas solat maghrib kitorang pasang surah Al-Baqarah pulak.  Tinggalkan surah berkumandang satu homestay dan terus gi dinner.  Balik dari dinner dah dekat pukul 10.30 malam.  Anak2 dah cuci kaki.  Siap2 nak tidur, saya cakap ngan kawan saya, mehlah tidur sebilik.   Sbb saya ada rasa tidak sedap hati.  Dia pun cakap oklah, memandangkan katil kat bilik dia tu basah kena tempias hujan petang tu.  So, dia tidur bawah, saya tidur atas katil ngan anak2.  

Kebiasaannya kitorang tidur dengan lampu tertutup sebab kawan saya tu kalau lampu terpasang dia tak boleh lelap.  Dia sorang je drive so, saya kenalah consider.  Sure dia letih punya.  Lampu bilik air je kami on kan dan pintu bilik air kami tak tutup rapat.  Saya dah lelap masa tu, tetiba anak2 saya kejutkan saya, ma..ma..bangunlah.  Pintu bilik air terbuka tu, kakak takut.  Terus saya kejut kawan saya suruh dia on kan lampu.  Saya cakap kita tutup lampu bila budak2 dah tidur.  Dalam pukul 11 lebih gitu, budak2 dah tidur.  So, lampu pun ditutup.

Homestay yang kami duduk tu merupakan sebuah apartment di tingkat paling atas tingkat 4.  Setingkat tu ada 4 buah apartment yang dijadikan rumah tetamu juga.  Masa siang tu kami je yang ada kat level tu.  Balik dari makan, apartment depan kami tu dah penuh dengan orang.  Masa ni saya dah lega..oklah, apa2 hal leh ketuk pintu org depan.  Apartment tu ada 4 bilik dan sangat besar.  Bilik2 pun besar2.  Selesa sangat.  Masa kami nak tidur tu, semua lampu kami on dan semua pintu bilik saya dah rapatkan..bertutup.



Tepat pukul 2.21 pagi (sempat tgk jam) tetiba pang! Bunyi pintu terhempas.  Sangat kuat.  Saya terkejut.  Ok lagi masa ni.  Lepas tu bersambut-sambut.  Seolah-olah lepas satu pintu, satu pintu lagi dihempas.  Saya boleh agak pintu yang berlainan sebab jarak bunyi.  Berbeza-beza.  Saya kejut kawan saya.  Dia cakap angin kot.  Malam tu mmg angin kuat.  

Saya cuba lelapkan mata dan tak mahu pikir.  Baru je nak belayar.  Bunyi lagi..kuat...bergilir2 mcm tadi.  Saya terpikir..eh tak mungkin angin.  Sebab pintu2 tu ada 'knob' (pemegang pintu).  Logiknya kalau pintu dah ditiup angin sure rapat tertutup.  Takkan boleh terbuka sendiri dan terhempas berkali2.  Arrghhh...sudah.  

Bercakap saya dalam hati, kau jangan kacau aku anak beranak.  Kau nak hempas pintu kat luar kau punya pasal.  Jangan masuk bilik ni.  Bunyi tu non stop sampai pukul 4 pagi.  Sesekali  berhenti bila ada bunyi kereta masuk parking..suara orang.  Rupanya ada tetamu sampai lagi lewat pagi.  Dorang duduk kat 2 apartment sebelah apartment  saya.  Bila sunyi je..bunyi pintu terhempas silih berganti.  Korang leh bayangkan tak?

Saya kat bawah selimut dah berpeluh sakan walhal malam tu sejuk sbb hujan.  Mujur anak2 tidur lena.  Tak terbangun langsung.  Kalau bangun menangis ke tengah malam tu mmg naya.  Kawan saya cakap, bila dia tidur mengadap saya, bulu roma dia berdiri.  Bila dia membelakangkan saya elok pulak.  Yang saya hairan, kawan saya tu kalau malam pertama di tempat orang, dia biasanya tak boleh lelap.   Tapi malam tu dia siap berdengkur.  Saya yang gelisah tak tentu hala.  Asal saya nak belayar je, bunyi pintu terhempas lagi.   Bunyi2 tu stop pukul 4 pagi.  Eh..ingatkan dia stop smpi situ je.

Tetiba pintu bilik air dalam bilik saya pulak terhempas.  Argghh..sudah.  Kau main pintu bilik pulak.  Kawan saya cakap, angin je tu.  Tapi sebenarnya pintu tu terbuka sedikit je.  Tapi bunyi terhempas tu sangat kuat.  Tak logik langsung..dah tu napa pintu bilik air tu je.  Kat luar dah senyap...huhu.  Saya berpeluh2..berdoa, cepatlah subuh.  Pukul 4.30 bunyi tu stop.  Tak lama lepas tu azan subuh berkumandang.  

Terus saya paksa kawan saya bangun solat subuh.  Lampu bilik dibuka.  Kitorang keluar tengok, elok je pintu2 bilik lain semua bertutup rapat.  Takde yang berubah.  Terus saya mandi dan solat subuh.  Masa tengah bersiap pukul 7 pagi tu pun bulu roma saya berdiri.  Rasa macam  ada yang merenung saya dari belakang.  Pukul 7.30 pagi terus checkout.  Tu yang check in kat The Sun Hotel mcm dalam gambar tu.  Hotel murah je.  Takpelah, janji bukan kat homestay tu.  Takuttt...

Malam pertama 'dia' main pintu, malam kedua takut 'dia' tunjuk rupa pulak.  Kawan Perlis cakap, no wonder dia terbangun pukul 2.20 pagi tu dan teringatkan saya.  Rupanya ada something happen.  Dia pun suruh saya checkout.  Kata dia sebenarnya apartment depan tu yang ada something.  Saya cakap, apartment depan tu ramai.  Benda tu sure rasa tak best kacau kan.  Baik kacau kami yg hanya 4 orang je ni..huhu.  Kawan saya yg sebilik tu cakap, dia nak je cakap, kau main pintu mambang?  Saya kata kalau betul dia cakap mcm tu malam tadi, mmg saya lepuk mulut dia..hehehe.

Oiii..panjangnya story..penat menaip.  Korang pun sure penat membaca.  Ada lagi kisah misteri dari Kuala Kangsar ke Ipoh.  Yang tu nanti saya cerita di sessi lain.  Oh ye, masa saya balik dari Gua Kelam, adalah saya ternampak beberapa pic pelik dalam kamera.  Kamera saya pun masa tu asyiklah buat hal.  Tertutup sendiri.  So, gambar yg pelik2 tu saya dh delete.  Yang tinggal je saya upload  kt FB.  Yang ni saya nak share.  Cousin saya yg spotted pic ni.  Saya pun tak perasan.  Sapa yang takut, leh terus click X.  Sapa nak tengok...cer scroll down.
*
*
*
*
*
*
*
Jeng..jeng..jeng


Korang nampak apa?  Saya nampak seorang perempuan sedang memangku macam yang saya lukis garis hitam tu.  Sebelah tu batu staliktit bentuk belalai gajah.  Tapi kat atas tu ada orang cakap nampak mata.  Saya pun nampak.  Korang nampak tak?  Wallahualam.  Maybe pandangan mata saya salah.  Biasalah bila takut, semua benda pun nampak mcm 'tu'.  

Btw, kawan sebilik saya tu kan..effect takut dia lambat sket.  Malam kedua masa nak antar kawan Perlis saya balik ke area apartment tu, baru dia berdebar2.  Sabar jelah.

Oh ye..pasti korang tertanya-tanya homestay mana.  Demi menjaga persahabatan sbb sy dapat dok homestay ni free je, sesen pun kawan saya tak minta, malah bayarkan lagi deposit hotel The Sun tu maka saya takkan bagitau nama homestay.  Yang pasti, korang sure tak duduk sini, sebab yg ada access je boleh masuk & it's not open for public. No worries ok :) 

Isnin nanti kita citer yang best2 je ye.  Oh ye...maybe pada korang benda ni takde apa2, tapi pada yang pernah merasa dan terkena je paham apa yang saya alami tempoh hari.  Alhamdulillah, sehingga sekarang kami anak beranak ok je.  Akhir kata, happy weekend ye uols.  Take care.

16 comments:

Habis pon baca. Saya klo cita2 seram ni memang suka baca ☺☺

Iyerlah kak, gambar tu saya ada nampak mata.
 
akak.. seram la baca.. gambar tu memang sesuatu..
 
Alamak... Komen kakcik tadi tak masuk ke?
 
Uik..seramnya sis. Dapat kt saya yg memang penakut ni mmg terkencing dalam selimut la jawabnya..hahaha
 
seram.. tu shu tgk pic kt gua tu ade bentuk mata hidung..

minggu depan nak gi perlis..rasa takot plak nak masuk gua kelam...huhu..
 
fuhhhhhh..mcm tu ceritanya..
betul la apa yg saya nampak haritu...tapi tu la memang tempat dia kan...mana lagi benda tu nak duduk kalau bukan dlm tu kan..oooo nasib baik la tak de apa2 memudaratkan berlaku...
 
menakutkan la....huiii...terus meremang tengkuk baca kat opis ni...
 
Yg nampak kat gua tu, boleh jadi pandangan mata kita sahaja..Tapi mmg saya pun nampak macam Dee nampak..hihihih
 
cop, apa nama apartment tu? kalau tak nak tulis kat sini, PM kat fesbuk pun boleh la..hihihihi..sebab saya plan nak jalan2 kedah perlis..kang ter check in pulak apartment ni!!
 
Takutnya harap tuan homestay tu buat la sesuatu...
 
uhmakaii..akak.......BEDIRI PEMBULUHJANTUNG dh ha...hhuhuhu

sabtu depan nak chekin apartment di feringgi...dan-dan debar...takottnyaa...sbb besa jugak ada pengalaman mcm ni di BUKIT TINGGI...hat tu siap ikut balik...

aduyaiii.... acaner nih..
 
Alamak, memang seram betul... Ma ni penakut. Pic tu, ma pandang gitu2 ajer... taknak cari2 sangat objek yang pelik tu. hihi...
 
meremang baca.... agak seramlah... huhuhu
 
baca kisah ni sorang2....errr...err...mula la rs lain mcm neh
 
oh..oh.. meremang2 baca.. lagi2 bila tgk gambo tu... apapun alhamdulilah dee n family tak apa2..
 
haiyooo..seram kak...huhuhuhuhu..meremang2 saya kat opis ni..huhuh