Lepas makan kat Kintamani Volcano tu kami teruskan perjalanan ke Tirta Empul Temple, Tampak Siring. Pintu gerbang kat Bali ni mmg cantik2lah..rasa rugi kalau tak amik pic kat situ kan. Kat sini masuk kena bayar RP15,000 = RM4.80. Jom tengok apa ada balik pintu tu.
Ha..amik kau. Sana sini tayang body...hahaha.
Sebelah yang satu lagi ni xde orang mandi. Tengok muka CT Elly tu..masam kelatkan..hahaha. Tu frust tak bawak bikini nak mandi samalah tu..kikiki.
Kat sebelah yang lagi satu, berderetlah orang tengah mandi air yang dikatakan 'holy water'. Foreigner pun ramai je yang mandi kat sini konon utk menghapuskan dosa. Air ni keluar dari tanah mcm mata air semulajadilah.
Ada kisah di sebalik tembok kat belakang tu. Saya dpt tengok free show 'naked man', Cik Mat suami Elly dpt tengok 'naked woman'...hahaha. Taklah rasa suwei sgt..sebab jantan tu 6 packs tau...hahaha. Istigfar2..berdosa tau.
Keluar dari temple (pura) ni mmg banyak orang meniaga. Kat sini kitorang kena tarik tau masuk dlm kedai. Tapi saya ngan Elly & suami berjaya meloloskan diri tapi kawan baik saya tu..aduhai..kena tarik tak keluar2. Mujur Cik Mat ada & pergi menyelamatkan dia. Kalau tak, terus nginap kat situ kot..hahaha. Oh ye..kat semua pura ni kalau korang 'period' xleh masuk tau. So, pastikan pergi Bali masa tengah 'bersih'.
Balik dari Tampak Siring, kami terus ke tempat shopping iaitu Hawaii Bali.
Kat sini harga fixed tapi pilihan t-shirt lebih banyak & menarik. Saya beli FM banyak kat sini. Beli juga beberapa aksesori. Siap dapat token masa masuk. Jadi lepas bayar tu, dapatlah free keychain. Kat sini pilihan lebih banyaklah banding di Krisna. Yang tu nanti saya share.
Oklah, kitorang dah penat. Jom gi dinner. Esok ye..hehehe.
14 comments:
ala dee awat tak snap naked2 tu hahaahahaah...leh cuci mate kat blog ko hahahaah....
alamak dee, takutnye siap kene tarik2....mcm kene pakse kan...kene pandai elak2 laa gitu kan....
- pegi tak kat Joger?
Post a Comment