Lepas je keluar dari Sari Dewi Gold & Silver Collection tu kitorang teruskan perjalanan ke Ubud. Rasanya ambil masa dalam 2 jam perjalanan. Kami bergerak ke arah tengah2 Pulau Bali, di kawasan tanah tinggi. Kiri kanan jalan banyak kedai2 jual barang2 kraftangan yang cantik2. Tapi kitorang tak berhenti sehinggalah Sis CT Elly terpikat dengan scooter kat atas tu.
Kedai ni nampaknya tak ramai yang datang membeli..sebab area ni ada 2,3 kedai je Kitorang dah terlepas area2 yg banyak2 kedai tu. Tapi ada hikmahnya berhenti kat sini. Sebab dapat tawar dengan harga yang sangat murah.
Kat Ubud ni memang byk kedai2 kraftangan. Orang2 Indon ni mmg kreatif. Tu belum korang tengok sculpture yang terdapat di merata Bali ni..mmg kagum.
3 Malaysians kena tunggu kedai sbb tokey kedai pergi balik rumah amik skru sbb Sis CT Elly tu mintak extra skru nak sangkut scooter tu. Tokey kedai adalah seorang pregnant lady. Orang2 Bali mmg baik2 lah.
Sis CT Elly beli 4 scooter yg mcm depan dia tu dgn harga RP30,000 = RM9.60 satu. Kalau kat Malaysia silap2 satu tu RM30..huhu. Dee beli macam piring warna pink tu..tapi bentuk bulat dan berwarna merah dengan harga RP10,000 = RM3.20. Tapak dibuat dari tanah dan yang berwarna tu dibuat dari kaca. Murah dan cantik.
Kraftangan mcm kayu2 ni pun ada, tapi saya tak beli.
Kami teruskan perjalanan dan tiba di Ubud Tegalalang Rice Terrace. Kat sini kena bayar RP10,000 = RM3.20 entrance fee.
Bila nampak je sawah bertingkat yang cantik ni terus lupa kepanasan terik mentari.
Serius, sangat cantik. Ye..fyi, kami travel berempat sahaja. Couple tu sempena 12th years anniversary. My BFF tu sempena harijadi dia yang ke 45.
Hai...kalau tak kerana panas smpi meleleh-leleh peluh entah berapa banyaklah pic yang diambil. Jangan lupa datang sini tau kalau ke Bali. Melihat keunikan negara orang adalah pengalaman yang tidak ternilai.
14 comments:
:)
cantik aaa 'piring' kaler2 tu...
dah ler tu murah ek...
heavan shopping lah ek sis...
sedap beras bukit ni...
aku suka ubud sgt2 sbb jauh dari segala kesesakan mcm kat Kuta tu...Kuta punya jem dan havoc tak ubah mcm KL...huhu...
rice terrace ni aku anggap salah satu keajaiban Allah...sgt2 cantik...sekali pandang mmg mcm ladang teh kan kak...boleh pulak sawah pun bertingkat2 kan...rasa mcm miracle jer...heheh...
err, masuk rice terrace kena bayar ke? dorang dah start caj pulak dah ke? adoi la...
lepas tu jenuh nak mengangkut bawak balik malaysia...sbb berat nak mamp....hahaha...
Post a Comment