Monday, July 9, 2012

Joseph @Kitchen



Cerita ni dah lama.  Alah..kisah makan2 masa lunch bersama opismate.   Joseph @Kitchen ni terletak di Menara UOA Bangsar, sebelah opis saya je.  Masa ni celebrate birthday one of my opismate.


Kitorang amik lunch set.  Harga dalam RM13.90++.  Kawan saya pilih salad as starter.


Saya amik mushroom soup.  Boleh tahan sedapnya.


Kawan saya amik chicken terrayaki.  Biasa2 gak rasanya.


Saya amik Lasagna.  Sedap gak tapi portionnya kecik.  X kenyang..hahaha.


We oll tambah dessert..strawberry cheese cake.  Sedap gak.  Sesekali bolehlah gi makan kat sini.  Selalu takleh..hahaha.  Kedai ni terletak di tingkat satu, Menara UOA Bangsar.  Setingkat dengan LRT Bangsar.  Sapa2 yang keje dekat2 Bangsar..jom ngedate kat sini.

Friday, July 6, 2012

The Celebration..


Eh..dah bulan 7...tak abis2 lg ke cerita birthday? Hahaha... tak kira nak share gak.  Yg ni celebrate kat opis.  Untuk yg lahir bulan 5 dan 6.  Actually every month ada celebration..tapi sebab bulan ni lambat sket..saya sekalikanlah dengan yang lahir bulan June.


Rainbow Cake with Cream Cheese Topping.  Order dari member.  Sedap sangat.  Boleh ADD kat FB Sweetfinger Cookies kalau nak order. 

Biasa celebrate tea time je.  Tapi sebab birthday saya, saya sendiri pulak yg organise..so, saya setkan celebrate lunch time.  Makan nasi dagang mmg terbaiklah kan.  Lauk sampingan termasuk acar.


Ni lauk utama dia..kari ikan tongkol....pergh..mmg menangkap perut pastu menangkap mata gaklah petang tu..hahaha.


Ada juga kuih kacang, karipap sardin dan kuih seri muka.  Air semua saya beli air twister & minute pulpy.  Ada sebotol coke je utk yg suka minum air gas.

Jejaka dan gadis2 yang lahir bulan May....gadis ke? Hahaha.  Yang lahir bulan 6 xde pulak..kebetulan cuti dan bz ngan meeting.  

Seronok kerja tempat baru ni...ramai kawan yg celebrate birthday sekali.  Acara makan2 ngan opismate mmg seronok..walau food dan tempat celebrate sempoi sekalipun.  Togetherness as family tu yg penting.  Oklah..have a great weekend ye everybody.

P/S:-  Semalam tak dpt gi ceramah agama sbb hujan lebat dan saya sangat mengantuk.  Setan ni mmg tau...hahaha. Sapa setan?  Sayalah setan tu...kehkehkeh.  Berlawan dengan setan dalam diri adalah cabaran/dugaan yg paling sukar berbanding berlawan dengan setan2 kat luar tu...huhu.

Thursday, July 5, 2012

Nisfu Syaaban


Salam Nisfu Syaaban buat semua.  Saya mengharapkan kemaafan dari semua di atas segala kesalahan saya selama kalian mengenali diri ini.  Maafkan saya.

Hari ni lepas kursus, saya akan terus pecut pulang semula ke ofis.  Tak sabar nak dengar ceramah agama yg akan diadakan mlm ni.


Bermula dengan tetamu jemputan Abby Abadi.  Berkongsi kisah2 penghijrahan beliau...tak sabar nak dengar.  Insyaallah, satu hari nanti saya juga ingin jadi seperti beliau...berhijrah ke arah yg lebih baik.


Lepas tu ada forum dengan Ustaz Bollywood..Ustaz Haslin...dengan Iwan Fals juga..kalau tak silap.  Tak sabar rasanya...doakan agar segala urusan saya lancar dan dipermudahkan.  Moga saya dapat menghadirkan diri ke majlis ini.  Amin...