Wednesday, May 22, 2013

Pose In Hotel, Jogja



Sekarang kami dah berada di Yogyakarta atau lebih dikenali sebagai Jogja.  Dahulu kota ini pernah menjadi ibu negeri Indonesia sebelum dipindahkan semula ke Jakarta.  Nama Yogyakarta diambil dari dua perkataan iaitu Ayogya bererti kedamaian dan Karta bererti baik.


Sebenarnya kawan kami dah booked hotel lain.  Tapi kedudukannya tak berapa strategik.  So, Pose In Hotel ni adalah hotel last minute kami.  Walk in je..mujur ada kosong lagi.  Sebab hotel2 kat Malioboro tempat happening di Jogja semuanya dah penuh.


Okeylah hotel ni.  Not bad.  Sedang2 sahaja.  Rate 1 malam ialah RP350,000 = RM108.  Kalau nak tambah extra mattress RP100,000 tapi kitorang tak tambah.  Oh ye, RM108 tu including bfast for 2.


Katil kecik sikit dari katil kat Quest Hotel, Semarang tapi takpelah, tidur berhimpit bertiga pun ok.  Itupun ada gak kena gigitan cinta..hihihi.


Bilik air ok, not bad.  Cuma sistem saliran paip tak berapa lancar.  So, setiap kali mandi mesti air bertakung sket.  Tapi redah jelah kan.  Jangan sampai melimpah masuk bilik dahlah.


Sinki comel je.  Toiletries yang dia bagi pun kitorang tak pakai sangat.


Simple tapi dah memadai buat kitorang.  Cuma yang tak bestnya wifi dia xleh kongsi.  Kalau sorang online, yang lain takleh online.  Maka bergilir-gilirlah kami.


Pagi yang pertama tu, saya ngan Ina breakfast.  Ada tauhu goreng, ayam masak ala2 kicap.


Ada sayur dan juga Indomie.  Belasah jelah, alas perut.  Takdelah sedap mana sangat pun.


Roti pun ada.  As usual, roti dorang tak selembut Gardenia kita lah kan. Air ada cordial, tea & coffee.


Sebelah kanan saya yang ada blind tu lah jalan menuju bilik kitorang.  Hotel ni agak simple.  Dan yang paling penting bersih.  Okeylah sambung esok.  Mood blogging saya macam dah nak merudum je...oh no.  Ok2, up kan balik mood sebab hari ni hari $$.  Ok, see u tomorrow!

Tuesday, May 21, 2013

Makan di Ketep Pass & Waroeng Special Sambal "SS" Pedas Abis


Kitorang lunch di Ketep Pass.  Makan dengan view Gunung Merapi dan suasana dingin mmglah syokkan.


Masa kitorang sampai kedai ni dah takde orang.  So, double best, makan tanpa gangguan..hehehe.


Wahida order ni, pisang bakar coklat keju.  Harga RM6,000 = RM1.90.  Sedap jugaklah..manis.


Yang ni singkong = ubi kayu dimakan dengan sambal yang pedas awesome.  Ubi direbus dulu lepas tu baru digoreng.  Crispy di luar dan lembut di dalam.  Mmg sedap sangat.  Sambal cicah tu saya ulang2 makan dengan nasi.  Memang terbaiklah.


Si Ina dengan ayam mmg tak dapat dipisahkan.  Kawan sejati gitu.  RP12,000 = RM3.70...murahkan.


Ni supir punya, nasi dengan ikan nila.  Ikan nila ni kecik tapi isinya sedap.  Harga sama je dengan ayam tadi.


Ni saya punya.  Ikan bawal ni tapi dia punya banyak tulang, nak menangislah mengasingkannya.  Kalah ikan terubuk.  Tulang halus2.  Cuma saya kagum dengan Indonesia, ikan & ayamnya fresh2.  Kalau kat Malaysia?  Terutama KL lah kan..sendiri jawablah fresh ke tak fresh..hehehe.  

Air pulak teh o manis...yang tekak saya langsung tak boleh terima.  So, mintak air mineral kat supir jelah..kalau tak, ada pulak Malaysian yang mati tercekik tulang bawal kat Indon.


Supir tambah order sayur kangkung ni.  Cer korang tengok, tak fresh ke tu?  Total saya tak ingat.  Tapi murahlah.  Kami teruskan perjalanan ke Jogja.  Dan sebab kebulur kami singgah jelah makan kat kedai berdekatan dengan hotel iaitu Waroeng Special Sambal "SS" Pedas Abis.


Kedai ni ada 27 sambal, 22 lauk, 11 sayuran & 24 minuman.  Macam biasa sebab banyak food dah habis, kitorang orderlah ayam lagi.  Naik jemulah makan ayam.  Bawah plate tu ialah mangkuk basuh tangan.  Kat Jogja memang style makan dorang begitu.  Dia serve sekali mangkuk berisi air utk cuci tangan & towel kecik  utk lap tangan.


Sebelah kiri tu sambal trasi yang rasanya lebih kurang macam sambal belacan.  Yang sebelah kanan tu sambal bawang...ha yang tu memang sedap terangkat.


Makan dengan lalapan = ulam ni.  Sayur lain semua abis.  Masa kitorang sampai pun kena tunggu meja kosong.  Memang ramai sangat orang.


Tambahlah pulak dengan telur dadar ni.  Dorang suka bubuh daun bawang dalam telur tapi sedap pulak tu.  Total makan cuma RP41,500 = RM12.80.  Haa...itulah bestnya makan kat Indon.  Murah sangat kot..hehehe.  Patutlah semua pun abis..limited nak order apa pun, yelah murahkan.  Esok, bermula cerita holiday trip kami di Jogja pula.  Jenuh nak kejar Wahida ni..hehehe.    

Monday, May 20, 2013

Ketep Pass, Magelang


Kami teruskan perjalanan dari Semarang menuju ke Magelang.  Perjalanan mengambil masa dalam 2 jam gitulah.  Itupun sangkut2 dalam jem.  Mujur supir ni pandai jalan shortcut, jadi taklah sangkut lama sangatkan.


Kat sana pun banyak juga bendera.  Ada pemilihan Gabenor.  Ada sekali tu nampak poster calon Gabenor, siap posing tunjuk 'peace' yo.  Kau ado? Hahaha..


Indonesia ni kalau diteroka, memang cantik.  Sawah padi dengan gunung-ganang keliling.  Memang rugilah kalau lelap.


Akhirnya kami sampai ke destinasi yang seterusnya iaitu Ketep Pass.


Hai lah...cuaca memang selalu tak menyebelahi saya bila saya nak tengok gunung berapi yang cantik.  Masa kat Bali, Kintamani Volcano pun hujan.  Ni dah dekat Gunung Merapi pun mendung kelabu.


Kat sini ada deretan kedai macam kat Tangkuban Perahu tapi kat sini nan ado jual souvenir.  Kedai makan mmg banyak.


Ambik jugaklah gambar dah alang2 sampai dari jauh kan.  Capek banget.  Ketep Pass ni terletak di Bukit Sawangan di pertengahan antara Gunung Merapi dan Gunung Merbabu.  Terletak 1200 meter dari paras laut dan berkeluasan lebih kurang 8000 meter persegi.


Jom kita masuk Ketep Volcano Centre ni pulak.


Ha..itulah Gunung Merapi dan Gunung Merbabu.


Ha..ini pulak Puncak Garuda, Gunung Merapi.  Kalau tak silap kali terakhir Gunung Merapi ni meletup pada tahun 2010. Gunung berapi ni kalau meletup, lava nya mengikut aliran sungai.  Yang banyak mengorbankan orang adalah asap dan debu dari awan panas.  

Lava ni bila dah kering di sungai, jadi sumber rezeki buat penduduk sekitar.  Boleh dibuat simen.  Apatah lagi pada pertanian, tanah jadi subur.  Sebab tu walau pun risiko tinggi, masih ramai manusia yang suka tinggal di sekitar gunung berapi. Allah SWT itu Maha Adil.  Diberikan kesusahan selepas itu diberikan kenikmatan.


Jom, jalan2 lagi.  Alah..replika kan.  Bolehlah kau bersandar gitu posing.  Kalau betul2, kau lari dulu ke Malaysia kan? Kihkih..


Lepas acara makan tengahari sambil dihiburkan dengan tarian shuffling (nanti cerita kemudian), kami tunggu lagi sekali untuk bergambar dengan Gunung Merapi sebab masa ni langit dah cerah sikit.



Korang tengok orang belakang tu sabar menunggu tapi hampa :-(


Jadi, kalau korang ke Jawa Tengah, jangan lupa singgah di Ketep Pass ni ye.  Entrance fee cuma RP7000 = RM2.20.  Murah sangat.


Kat sini ada extreme sports jugak.  Tu orang buat flying fox.  Tinggi dan jauh tu.  Kalau punya banyak masa, kitorang pun nak buat tapi apakan daya..masa sangat mencemburui kami..cewah.


Bye2 Gunung Merapi, ku lambai dikau dari kejauhan sahaja..hahaha.


Kalaulah cuaca baik hari tu..insyaallah, ini pemandangan yang dapat kami lihat.  Subhanallah, cantikkan.