Kitorang lunch di Ketep Pass. Makan dengan view Gunung Merapi dan suasana dingin mmglah syokkan.
Masa kitorang sampai kedai ni dah takde orang. So, double best, makan tanpa gangguan..hehehe.
Wahida order ni, pisang bakar coklat keju. Harga RM6,000 = RM1.90. Sedap jugaklah..manis.
Yang ni singkong = ubi kayu dimakan dengan sambal yang pedas awesome. Ubi direbus dulu lepas tu baru digoreng. Crispy di luar dan lembut di dalam. Mmg sedap sangat. Sambal cicah tu saya ulang2 makan dengan nasi. Memang terbaiklah.
Si Ina dengan ayam mmg tak dapat dipisahkan. Kawan sejati gitu. RP12,000 = RM3.70...murahkan.
Ni supir punya, nasi dengan ikan nila. Ikan nila ni kecik tapi isinya sedap. Harga sama je dengan ayam tadi.
Ni saya punya. Ikan bawal ni tapi dia punya banyak tulang, nak menangislah mengasingkannya. Kalah ikan terubuk. Tulang halus2. Cuma saya kagum dengan Indonesia, ikan & ayamnya fresh2. Kalau kat Malaysia? Terutama KL lah kan..sendiri jawablah fresh ke tak fresh..hehehe.
Air pulak teh o manis...yang tekak saya langsung tak boleh terima. So, mintak air mineral kat supir jelah..kalau tak, ada pulak Malaysian yang mati tercekik tulang bawal kat Indon.
Supir tambah order sayur kangkung ni. Cer korang tengok, tak fresh ke tu? Total saya tak ingat. Tapi murahlah. Kami teruskan perjalanan ke Jogja. Dan sebab kebulur kami singgah jelah makan kat kedai berdekatan dengan hotel iaitu Waroeng Special Sambal "SS" Pedas Abis.
Kedai ni ada 27 sambal, 22 lauk, 11 sayuran & 24 minuman. Macam biasa sebab banyak food dah habis, kitorang orderlah ayam lagi. Naik jemulah makan ayam. Bawah plate tu ialah mangkuk basuh tangan. Kat Jogja memang style makan dorang begitu. Dia serve sekali mangkuk berisi air utk cuci tangan & towel kecik utk lap tangan.
Sebelah kiri tu sambal trasi yang rasanya lebih kurang macam sambal belacan. Yang sebelah kanan tu sambal bawang...ha yang tu memang sedap terangkat.
Makan dengan lalapan = ulam ni. Sayur lain semua abis. Masa kitorang sampai pun kena tunggu meja kosong. Memang ramai sangat orang.
Tambahlah pulak dengan telur dadar ni. Dorang suka bubuh daun bawang dalam telur tapi sedap pulak tu. Total makan cuma RP41,500 = RM12.80. Haa...itulah bestnya makan kat Indon. Murah sangat kot..hehehe. Patutlah semua pun abis..limited nak order apa pun, yelah murahkan. Esok, bermula cerita holiday trip kami di Jogja pula. Jenuh nak kejar Wahida ni..hehehe.
16 comments:
betul tu dee kat sane dah le murah lepas tu sedapkan ...dieorg masak dgn ikhlas kot kan sebab semua berase....telan ailiyo aku tgk pic ko semua...aku puase ni weiiiii
ambik kau!!
hahahahaaaaaa
dah lah tu sedap, murah lak...
makan dgn geng2 yg sekepala...
pergghhhh memang terbaekkk lah :)
nampak shedapp sanngggatt..
Rindu masakan Indonesia sbb dah lama tak ke sana.
kagum2...
melelh air liur tgk huhu
Post a Comment