Monday, May 20, 2013

Ketep Pass, Magelang


Kami teruskan perjalanan dari Semarang menuju ke Magelang.  Perjalanan mengambil masa dalam 2 jam gitulah.  Itupun sangkut2 dalam jem.  Mujur supir ni pandai jalan shortcut, jadi taklah sangkut lama sangatkan.


Kat sana pun banyak juga bendera.  Ada pemilihan Gabenor.  Ada sekali tu nampak poster calon Gabenor, siap posing tunjuk 'peace' yo.  Kau ado? Hahaha..


Indonesia ni kalau diteroka, memang cantik.  Sawah padi dengan gunung-ganang keliling.  Memang rugilah kalau lelap.


Akhirnya kami sampai ke destinasi yang seterusnya iaitu Ketep Pass.


Hai lah...cuaca memang selalu tak menyebelahi saya bila saya nak tengok gunung berapi yang cantik.  Masa kat Bali, Kintamani Volcano pun hujan.  Ni dah dekat Gunung Merapi pun mendung kelabu.


Kat sini ada deretan kedai macam kat Tangkuban Perahu tapi kat sini nan ado jual souvenir.  Kedai makan mmg banyak.


Ambik jugaklah gambar dah alang2 sampai dari jauh kan.  Capek banget.  Ketep Pass ni terletak di Bukit Sawangan di pertengahan antara Gunung Merapi dan Gunung Merbabu.  Terletak 1200 meter dari paras laut dan berkeluasan lebih kurang 8000 meter persegi.


Jom kita masuk Ketep Volcano Centre ni pulak.


Ha..itulah Gunung Merapi dan Gunung Merbabu.


Ha..ini pulak Puncak Garuda, Gunung Merapi.  Kalau tak silap kali terakhir Gunung Merapi ni meletup pada tahun 2010. Gunung berapi ni kalau meletup, lava nya mengikut aliran sungai.  Yang banyak mengorbankan orang adalah asap dan debu dari awan panas.  

Lava ni bila dah kering di sungai, jadi sumber rezeki buat penduduk sekitar.  Boleh dibuat simen.  Apatah lagi pada pertanian, tanah jadi subur.  Sebab tu walau pun risiko tinggi, masih ramai manusia yang suka tinggal di sekitar gunung berapi. Allah SWT itu Maha Adil.  Diberikan kesusahan selepas itu diberikan kenikmatan.


Jom, jalan2 lagi.  Alah..replika kan.  Bolehlah kau bersandar gitu posing.  Kalau betul2, kau lari dulu ke Malaysia kan? Kihkih..


Lepas acara makan tengahari sambil dihiburkan dengan tarian shuffling (nanti cerita kemudian), kami tunggu lagi sekali untuk bergambar dengan Gunung Merapi sebab masa ni langit dah cerah sikit.



Korang tengok orang belakang tu sabar menunggu tapi hampa :-(


Jadi, kalau korang ke Jawa Tengah, jangan lupa singgah di Ketep Pass ni ye.  Entrance fee cuma RP7000 = RM2.20.  Murah sangat.


Kat sini ada extreme sports jugak.  Tu orang buat flying fox.  Tinggi dan jauh tu.  Kalau punya banyak masa, kitorang pun nak buat tapi apakan daya..masa sangat mencemburui kami..cewah.


Bye2 Gunung Merapi, ku lambai dikau dari kejauhan sahaja..hahaha.


Kalaulah cuaca baik hari tu..insyaallah, ini pemandangan yang dapat kami lihat.  Subhanallah, cantikkan.

13 comments:

Subhanallah!!! Cantik view nye dee...mmg xde kat malysia kan...ni untung berjln negara org dpt tgk tempat baru n tempat org kan....
 
salam dee,

subhanallah..memang cantik ciptaan Allah!

tak boleh pergi lagi dekat ke dee?
 
saya nengok dari puncak Borobudur je..
pagi pagi..
cantik!
 
subhanALLAH...cantik!
 
bertabah je la tgk gambar sendiri terpotong...
hahaha...
 
Cantik kawasan pergunungan ni Dee. Merapi punya fasalallh dulu tu flight kami ke Bandung delay. Banayngkan semua dah bersemangat packing barang flight besok pagi tau2 delay tp yg bestnya boleh pilih tarikh lain yg boleh ambik time weekend jugak.
 
CAntik2 permandangan.
 
aku suker deretan kedai tu kak...
 
kesian tgk wahida menunggu kat blakang tu hehehehehe...

flying fox...mak aihhh...
kat lereng2 bukit ek...
eee scary gak tu.....

tak de rezki tu sis...
kalo dak memang ohsem view dia...
 
cantik sgt pemandangan..kty belum pernah lagi tgk live gunung berapi..
 
Subhanallah....mmg cantik...
Betul, indon ni mmg kaya dgn sawah padi, gunung ganang...dan gunung berapi...tu yg cantik view nya
 
memang cantik pemandangan kat sana...teringin nak pegi...
 
Cantiknya pemandangan ;)

Sejuk dan mendamaikan