Dalam awal bulan Mac aritu, saya ada gathering lagi dengan kawan2 sekolah menengah dulu. Rindu betul..rasa lama dah tak jumpa and sembang2 dengan dorang. Nak2 lagi opis saya blocked FB, lagilah rindu nak komen mengarut ngan dorang2 ni. Kitorang dating2 dan makan2 di Wong Solo, Bangi.
Lauk penuh meja dan kitorang makan sampai kenyang. Thanks pada Nasya sebab belanja makan ni. Terbaeeekkkk!!
Lepas tu kitorang lepak kat park bersebelahan PKNS tu. Tak taulah apa nama taman tu. Gambar ni macam tak kena kan? Patutnya senget sebelah kanan..sebab sebelah kanan tu lagi berat..ini tidak, sebelah saya yang berat..kehkehkeh. Kawan2 saya ni pasal mengenakan orang no 1 lah...tapi seronok....hehehe.
Sib baik MPV tu boleh muatkan kami semua termasuk Fifi. Terpaksalah bawak Fifi sebab suami saya ada kerja masak2. Mimi pulak sekolah ganti sabtu tu. Orang Bangi sure pelik..apalah mak2 orang ni buat kat taman tu tengahari buta.
Eh..macam tak kenyang2. Singgah pulak McD kat sebelah tu...hehehe. See the bodylah kan.
Tak kira kat mana, aktiviti bergambar wajib ada. Ini aksi2 ala2 KilaFairy kononnya..muahaha. Tak sabar nak jumpa lagi sekali, aktiviti tetap makan2. Tapi saya rasa lamanya tak gi karaoke. Ada kawan2 nak ikut? Moh..kita plan.
Btw, kenapa nama Kelab Forever 29? Entahlah, kawan saya Shibam Jelita tu yang kasi. Tapi saya suka..walau usia dah dekat..tut..tut..tapi sentiasa feeling-feeling 29..hahaha. Esok, ketemu lagi.
12 comments:
eh, aku suke name kelab tu....kelassss gituuu!
hehehe.. fifi pon gitu jugak la yek? muncung itik|~
bagus la feeling2 muda ...takde la dimkn usia..hehe
Dah lama saya tak jumpa kawan sekolah
huh!
Post a Comment