Kami tiba di Jakarta sudah hampir pukul 7.30 petang di Hotel Fave Wahid Hasyim, Jakarta. Hotel ni serba pink. Memang cantik. Tapi hotel ni buat saya menyinga hari tu. Kenapa? Sebab yang pertama, saya dah bayar habis harga bilik hotel ni masa buat tempahan melalui Agoda.com. Lepas tu, saya call pagi2 sebelum bertolak ke Jakarta. Saya siap tanya..confirm ye bilik2 yang saya dah tempah. Mereka jawab confirm. Takde sapa pun bagitau bilik2 yang kami tempah tu leaking dan kami terpaksa dipindahkan ke hotel lain.
Bila saya sampai, kami semua dah kepenatan. Saya masuk check in. Kawan2 dah turunkan barang. Sekali baru dia bagitau. Hanginlah kan. Dengan lapar dan penat, tambah anginlah saya. Masa tu orang cakap itu ini pun bikin hati saya panas je. Nasib baik Elly ada bersama, dia yang lebih tahu selok belok pasal hak customer kalau melibatkan perkhidmatan perhotelan.
Kami dipindahkan ke Amaris Hotel yang terletak di Thamrin City. Nasib baik orang hotelnya baik2. Staff Fave Wahid Hasyim pun iring kami sampai ke hotel Amaris dan bantu kami sehingga kami dapat masuk ke bilik. Ada hikmah di sebalik kejadian. Asalnya di Fave Hotel kami tak dapat breakfast. Tapi di Amaris, kami demand diberkan breakfast. Alhamdulillah, kami dapat. Blessing in disguise kata omputih.
Mujur hotel ni cantik, bilik dan perabut pun bau 'baru' semuanya.
Bilik air pun cantik dan bersih.
Simple tapi kemas.
Berehat setengah jam, kami teruskan meronda di Jakarta dengan pergi ke Plaza Indonesia. Yang tak tahannya Jakarta ni, nak masuk parking pun jem giler. Bersyukurlah rakyat Malaysia sebab jem kat Jakarta ni gila2..azab betul. Jem kat Malaysia tu takde apa sangatlah kalau nak dibandingkan dgn kat Jakarta ni.
Oh, nak masuk sini kena melalui security yang ketat. Beg kena cek satu2...lepas tu baru boleh masuk. Hari tu masa nak masuk complex Trans Studio siap kenderaan kami kena cek oleh pihak berkuasa takut2 ada bom..huhu. Eh..band ni main lagu best2 tau masa kat dlm shopping complex tu.
Inilah tujuan kami ke sini..serbu Rock Shop, Hard Rock Cafe. Tu...si Wahida tu kalau tak dapat pergi..putih mata dia..hahaha.
Saya tak beli apa pun, tak berapa minat. Tapi bila kita pergi sama2..apa je yang rakan kita minat, kita kenalah turut serta. Bertoleransi itu penting. Teamwork juga penting. Jangan pentingkan diri sendiri. Kena ingat, kita pergi berkumpulan. Ke mana2 pun biarlah bersama..nyek...kehkehkeh.
Lepas tu ronda2 cari makan. Nampak patung lembu..terus peluk. Kelakar betul Elly, dia cakap tengok patung lembu ni teringat kat suami dia. Ada ke dia samakan lembu ni ngan suami dia...hahaha. Takdelah..sebenarnya ada storylah di sebaliknya kan..tak perlulah nak explain kat sini..hehehe.
Lepas tu nampak patung A&W pun nak peluk gak. Wanita2 JABLAI mmglah begini..kahkahkah. Kami dinner dengan A&W je malam tu.
Lepas tu posing ramai2 kat sini. Tak tau kenapa, takde pulak gitar kapak besar HRC tu. Pelik..tak kisahlah..janji kawan2 yg suka collections HRC puashati. Lepas tu kami terus balik hotel dan tumbang...zzzzz.
16 comments:
Isshh... Rindunya kat Jakarta tp x suka dgn macet totalnya! hehehe
HRC tu memang der yang kalau tak pergi tak boleh... nak gak pergikan..
setiap kejadian tu ada hikmahNya...
and yes..macet jakarta sgtlahhhhh teruksssss.....
KC dulu duduk kat area Wahid Hasyim jalan kaki je ke Plaza Indo lepak2 sampai malam. Pastu balik singgah McD 24 hours kat Sarina. Kat situ ada wifi free .. siap sediakan PC free jugak tau.
lebih teruk dari kl jemnya?pengsannnn
Post a Comment