Jumaat lepas, Sis Elly ajak saya gi tengok filem ni. Sebab FOC, Dee laju je ckp YES. Nak2 Friday night. Mulanya kat Galaxy Ampang je, sekali Sis Elly call cakap dah tukar venue..kat TGV The Mines pulak. So, berdesuplah ke sana. Sampai2 terus teman orang lapar makan kat OTWC. Alamak..dalam pic ni dagu Dee dah triple chin lah..huhu.
Ok, berbalik kepada filem keluaran KRU Studio ni, oklah..not bad. Ada part2 yg Dee gelak sakan gak. TizZ Zaqyah comel sangat. Heronya Aeril Zafrel pun cute. Nak2 kura2 nama NICO tu suara Zizan. Mmg kelakarlah kan. Awek dia suara Fara Fauzana kecek Kelate. Ada lagi sekor kura2 nama Atok, suara Usop Wilcha.
Kura2 dia pakai teknik CGI kan...yg kelakarnya kura2 dia jalan guna 2 kaki..kehkehkeh. Tapi bagi Dee bolehlah citer ni. Dee bagi 2.5 * je..out of 5...hehehe. Sinopsis citer? Korang tengok jelah kat bawah ni.
Cinta Kura-Kura mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani bersama binatang peliharaannya, Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi sekiranya dia mahu melakukannya… Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin. Jiran Nani, Adam telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani.
Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik. Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini julung-julung kali menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico, disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum.
18 comments:
MAJOKKKKKKKKKKK~
*motif guna caps lock*hehe
xsempat da nk tgk wayang la ni
btw, cita tu ok2 jer kan.. part last tu mcm x logik jer kan.. segala gajah rimau semua keluar..hehe..
rezki jgn ditolak :)
Post a Comment