Lepas je keluar dari Tugu Monas, kami terus tuju ke Tanah Abang utk aktiviti shopping2. Tak banyak gambar amik kat sini. Tanah Abang tu besar giler. Ada beberapa perbezaan dengan Pasar Baru. Tanah Abang lebih uptodate dari segi fesyennya. Baju2 lagi cantik tapi agak susah nak tawar menawar banding Pasar Baru.
Tapi suasana lebih relax di Tanah Abang. Takde orang berjualan mengekori kita. Jadi boleh shopping dengan tenang. Tapi penjualnya agak sombong dan kasar banding dengan orang2 di Bandung yang terkenal dengan kelembutan berbicaranya. Lepas tu kami terus ke Mangga Dua, pun kami tak bergambar. Keletihan sebenarnya.
Keluar je dari Mangga Dua, kami terus ke Airport.
Bawak duit tak banyak, so, beg pun tak beranak banyak..hahaha.
Lepas tu baru kami makan tengahari. Nasi goreng berkopiahkan keropok je..hehehe.
Tak sangka you, kitorang leh jumpa the VIP kat sini. Betul2 depan kitorang masa nak check-in...eh..naik economy class je tau..hehehe.
Lepas tu melepak menunggu flight yang delay disebabkan salji lebat di Amsterdam. Tulah sapa suruh naik flight omputeh..amik kau..2 jam lebih delay..muahaha. Masa ni Sis Wahida masih bertutur dgn kitorang dialek Indon. Kelakar betul..gelak tak hengat.
Tapi berbaloi bila naik flight yg besar gini..seating 3-4-3. Selesa sgtlah kan..tgk 4 orang penumpang tu tersenyum manja.
Tapi hampeh gak...saya punya monitor ni leh 'hanged' pulok. So, saya baca buku jelah..huhu. Baru ingat nak layan movie.
Makan mee kicap dalam flight omputih. Kau pernah??? Hahaha..
Tiba di KLIA dah tengah malam. Mmg dah tak larat masing2. Nampak bantal je. Sampai sekarang Dee masih teringat anak2 Sis Wahida bertempiaran lari memeluk dia. Sebijik mcm drama u oll. Hubby dia je malu2 nak lari dan terus peluk...hahaha. 5 hari yang padat dengan aktiviti. Letih betul tapi seronok sangat. Kenangan yang terindah. Insyaallah, tahun depan kami akan terbang lagi bersama. Nantikan...
19 comments:
mule2 pergi excitedkan...tapi bile dah ujung2 nak balik mmg memuncak2 nak jumpe anak2 n laki....
padat 5hari tu ya dee..ni klu jmpa msti x abis cte lg nih
kak, mmg kenangan manis sgt tau kita bercuti mcm ni..lain sgt kalau kita karok ke, mkn2 ke kat kl ni...tapi bila dah berjauhan ngan family pas tu kita berada di negara org pulak tu, kita akan berasa lagi dekat each other...masing2 amek berat kawan masing2...
sayang korang semua...
tahun depan ho chi minh, mahu?
hehehe paling suke ngn cite last tuh...psl yg k wahida nyer anak2... ehheheh kt umah ntah camne agaknyer yek...
akak lak takde adegan drama2 ke?
kak, itu khir toyo kan? mmg licin erk kulit dia?
Post a Comment