Hari terakhir kami di Jakarta, terus check out dari Hotel Amaris.
Sambil menikmati breakfast free..hehehe.
Tak banyak choice..tapi nasi goreng kuning tu mmg sedap sgt2..
Dalam perjalanan kelihatan ramai orang menunggang basikal dan berjogging di jalan2 utama Jakarta. Oh, rupanya kerajaan Indonesia akan menutup jalan2 utama pada hari ahad minggu pertama bagi aktiviti riadah di samping itu dapat membersihkan ruang udara Jakarta. Eh, baguskan?
Hanya selorong jalan je dibuka di sebelah kiri dan lorong bas di sebelah kanan. Hmm..kerajaan Malaysia boleh ikut langkah ni kan. Masa ni kenderaan yang mempunyai hanya seorang pemandu pun tak boleh masuk town. Boleh kena saman. Hanya kenderaan yang mempunyai penumpang yang ramai sahaja dibenarkan. Menarik.
Sampai je kat Tugu Monas, tu dia ratusan motorsikal..banyak betul..mcm lautan.
Punyalah panas tapi menarik jugak sebab banyak jualan. Rupanya ada sambutan Maulidur Rasul.
Wrapping cotton candy pun guna gambar Upin Ipin. Kat Malaysia pun takde. Kat Indonesia ada you..sayang betul dorang ngan karakter Upin Ipin tu.
Wah..anak2 Indonesia pun best2, tak segan2 nak amik pic ngan saya. Comel2.
Tu dia...Tugu Monas kat belakang. Ada Muzium kat bawah Tugu tu, pastu ada juga menara tinjau kat atas tu. Tapi kami tak pergi sebab orang ramai sangat. Lagipun kepanasan, tak tahan dibuatnya.
Konon nak cuba amik pic mcm orang2 lain tulah..tapi tak berapa menjadi..hehehe.
Kecik je nampak Tugu Monas tapi kami bersyukur..sekurang-kurangnya kami dah sampai. Maybe next time baru pergi tengok dengan lebih dekat lagi.
Lautan Umat Islam baru keluar dari perarakan sambutan Maulidur Rasul. Meriah betul sambutan kat Indonesia.
Keluar2 dari situ, sementara nak tunggu Pak Ceppy sampai, bergambar dengan kuda yang malu2 dan kdg2 berbunyi kuat smpi kitorang semua lari..takut..manalah tau kot2 kuda tu menendang..hahaha.
Teringin nak naik kenderaan ala2 TutTut ni..tapi next time sajalah..tak sempat..hehehe.
Kami tinggalkan Tugu Monas utk aktiviti shopping2 di Tanah Abang dan Mangga Dua. Esok jelah cerita ye. Cer tgk betul2 gambar tu..nampak tak mamat yang menunggang basikal tinggi tu. Berani betulkan?
10 comments:
yelah x dpt jejaki dpt smpai dekat2 situ pn ok dee
ai br terhegeh2 nk update entry neh...
Post a Comment