Friday, June 21, 2013


Mahu berehat sebentar.  Sampai kita ketemu lagi di minggu hadapan.  


Kekasih ~ Usman Awang

Akan kupintal buih-buih
menjadi tali mengikatmu

Akan kuanyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan ranjang tidurmu

Akan kutenun awan-gemawan
menjadi selendang menudungi rambutmu

Akan kujahit bayu gunung
menjadi baju pakaian malammu

Akan kupetik bintang timur
menjadi kerongsang menyinari dadamu

Akan kujolok bulan gerhana
menjadi lampu menyuluhi rindu

Akan kurebahkan matari
menjadi laut malammu
menghirup sakar madumu

Kekasih,
hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi

9 comments:

sesuai lak pic tu buat gitu....
have a good rest....
take care :)
 
Dee ko pagi2 jiwang kan... Siapa yang mampu buat puisi yang begitu puitis tak lapuk ditelan zaman. Usman Awang tetap menjadi pujaan.
 
wa kemain berjiwang lagi hari ni yer dee..
 
have a good weekend!!
 
eh, ingat masuk blog iyra tadi....ekekek...


enjoy ur weekend kak!!
 
Bicara Seorang Insan Puitis...sgt indah...seindah sebuah nama yg terpahat dijiwa biarpun tiada dia lagi di dunia....
 
berehat bersama keluarga adalah satu nikmat yang tak terhingga.. ;)
 
amboiiii..posing..kena dgn gaya sajak..:)
 
Berehat kat mana kak ☺☺

Heva a great weekend sis dee.