Masa cuti sekolah baru ni saya bawa anak ke selatan tanahair. Macam ni lah saya..jalan2 dengan kawan2..tinggalkan anak. Pastu time for repay. So, saya bawaklah dorang ke Legoland. Yang tu kita citer esok.
Plan last minute ni main belasah jelah book hotel kan. Majoriti hotel kat pusat bandar dah penuh. Godek2 Asiarooms ada promotion utk Silka JB. Apalagi, grab jelah. Serendah RM105/malam tapi saya grab yang RM124/malam utk Deluxe Room including bfast for 2 and free wifi.
Ni area reception dia..kecik je hotel ni. Macam nak rak gaklah mencari. Hotel ni dekat dengan Tesco & Giant Plentong..di Jalan Masai Lama. Agak jauh dari JB town. Dah dekat Pasir Gudang. Kami ada transport, so apa ada hal.
Ni coffee house dia..Checkers Cafe. Kat sinilah kami breakfast. Malam2 ada live band gak kat D'bar sebelah tu.
Lupa nak bagitau, masa check in bilik saya diupgrade ke Business Suite. Tak taulah apa sebabnya. Terus rasa nak lompat bintang..hehehe. Katil queen biasa je bukanlah king. Cukuplah utk kami 3 beranak.
Cermin yang comel. Ada facilities utk tea & coffee. Cuma mug tu dua2 sumbing. Macam biasa, jangan malu2 minta housekeeping tukarkan. Cepat je dorang datang..good.
Sebab bilik ni business suite..bilik air ada 2...double best.
Hairdryer, iron semua ada dalam laci tu. Sukaaaa...
TV pun ada dua. Yeay!! Takyah rebut2.
Satu lagi TV kat depan sofa bed ni lah. Kawan saya tidur sini. Lebih selesa tak berhimpit2. Pintu belakang tu boleh tutup. Pintu keluar pun asing2. Haaaa...jangan speku. Kawan perempuan ok. Macam biasa, suami saya busy time2 cuti sekolah..tolong orang masak utk wedding..ngeeee.
Food kat Silka ni sedap. Me..no complaint. Just that, cepat nau habis. Tapi takpe, dorang rajin top up. Asal top up abis..top up lagi..abis lagi..hahaha.
Pool pulak besar..just that you have to walk from the hotel. Pool ni terletak dekat Resident Club yang berhadapan dengan hotel. Car park utk guest pun dekat situlah..not the same building dgn hotel. Kat tkt 2 & 3. Sila naik tangga eh..pasrah jelah. Tapi ada lagi yang tak bestnya.
Masa ni anak saya Fifi tgh mandi kat kids pool. Tup2 keluar dari pool nangis2. Tapak kaki berdarah. Then ada auntie ni cerita semalam pun ada budak kaki berdarah. Tak sure sama ada sebab broken tiles atau broken glasses. Sebab sebelah tu kan kedai makan. Kata auntie tu..tgh2 malam ada yg lepak minum2..mabuk2..baling botol dalam pool tu agaknya.
Apapun, pihak hotel should maintain selalu pool ni. Vacuum ke or whatsoeverlah demi keselamatan anak2. Lepas saya dah naik bilik pun ada lagi budak terluka tapak kaki. Spoil sikitlah mood Fifi nak berendam lama2 kat sini. Mujur masa saya mintak first aid kit dari hotel dorang layan baik. Datang bilik, sapukan ubat, plasterkan luka Fifi. Tapi saya still buat written complaint and buat review kat Asiarooms pasal ni. Moga dorang dapat pertingkatkan lagilah keselamatan pengunjung hotel masa mandi kat pool tu.
So, petang tu masa repeat mandi, saya suruh Fifi mandi kat bahagian atas pool ni. Sini kurang sikit bahaya terluka kaki. Cuma dalam sikit je dari kids pool tadi so, kena monitor closely. In conclusion, saya bagi 3.5/5* lah kat hotel ni..hehehe. Esok cerita kami having fun di Legoland menyusul...Insyaallah.
14 comments:
aku pun plan nak pi jalan2 laki akucuti sems nie....syok gak kalo pi hello kity land tu pastu stay hotel nie....
elok gak dee buat complaint ..takut ramai lg kanak2 yg tercedera
* wlupun sy duk jb sy sndiri x tau hotel nih kat mana.. x penah dengar pun.. ngeee.. ;)
tapi kesian fifi ye....
memang should complain lah pasal keselamatan dlm pool tu...
they should check every morning...
siap tunjuk good dua belah tangan
tandanya ....baik betul...he he
ade plak kejadian terkena kaca..
tapi baguslah kak dee wat complain
kesian Fifi, mcm mana boleh keluar pool kaki berdarah? serius aku tak puas hati...pastu tiap kali pulak tu kaki budak berdarah...dorang ni takde tindakan ke? patut ko carik Duty Manager dorang...complaint directly...grrrrr...
sian fifi...kaki berdarah..
Suami Dee mmg ada buat bisnes katering ya? Best tu....mahsyukkkkkk..:)
Amy Sweetdarling mmg tokey katering..hehehe..
Post a Comment