Showing posts with label emosi. Show all posts
Showing posts with label emosi. Show all posts

Thursday, December 12, 2013

2 Tahun..


121213..cewah..macam cantik je tarikh kan..hihihi. Alhamdulillah..2 tahun dah saya bekerja kat sini (rimau group).  Pengalaman bekerja kat tempat lain yang macam2 hal - takde benefits, gaji tak naik, bonus takde, esok nak raya hari ni baru gaji, ada ke tak gaji bulan ni?, EPF tak bayar setahun, tiap2 tahun pindah opis, boss berhenti tak bagitau, boss cari pengganti kita sedangkan kita masih bercuti sakit, kena beli ikan untuk bini boss, cari orang repair washing machine boss, layan tetamu boss malam2 masa open house rumah dia, belikan lunch utk boss hari2, tukang beli dan simpan rokok boss sekarton dgn lighter, dan macam2 hal lagi.  

Semua tu mengajar kita jadi lebih matang, lebih kuat dan tabah menghadapi segala ujian sepanjang bekerja. 18 tahun yang mengandungi berbagai pengalaman pahit dan manis..dan bersyukur sangat. 2 tahun darinya adalah sangat indah..iaitu di sini..di tempat mencari rezeki yang terkini. Nikmat Allah yang manakah yang ingin ku dustai? Hanya ucapan Alhamdulillah..syukur kepadamu Ya Allah.

Monday, September 30, 2013

Penatnya...


Saya perlukan massage.  Baru balik dari Teambuilding semalam.  New entry?  Esok jelah ye..huhu.

Thursday, September 19, 2013

You Make My Day :)


Datang kerja pagi2..mood tak berapa nak ada..tup2 dapat email macam ni. Terus rasa happy. Buat kita rasa tergelak..ada gak orang perasan gini kan..hahaha. Okey, dia baca blog ni..nasiblah jadi bahan entry..hahaha. Ok.  Chow!

P/S:- 'L' tu merujuk kepada size t-shirt :)

Tuesday, September 10, 2013

Jiwa Kacau..


Kacaulah sangat..ni semua sebab takde entry nak up..tak abis lagi edit picture..hahaha.  Layannnn..


Monday, September 9, 2013

Be Strong Dear Friends..


Hidup ini tak selalunya indah.  Ceria di wajah tak menggambarkan luka di hati.  Apapun yang kalian lalui sahabat..adalah dugaan dalam hidup.  Tabahkan hati, kuatkan iman.  Kembali kepada Tuhan Yang Esa.  Jangan sesekali kau melupakanNYA.


Saya sayang kamu dan saya tahu kamu juga sayang saya :)

Friday, June 21, 2013


Mahu berehat sebentar.  Sampai kita ketemu lagi di minggu hadapan.  


Kekasih ~ Usman Awang

Akan kupintal buih-buih
menjadi tali mengikatmu

Akan kuanyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan ranjang tidurmu

Akan kutenun awan-gemawan
menjadi selendang menudungi rambutmu

Akan kujahit bayu gunung
menjadi baju pakaian malammu

Akan kupetik bintang timur
menjadi kerongsang menyinari dadamu

Akan kujolok bulan gerhana
menjadi lampu menyuluhi rindu

Akan kurebahkan matari
menjadi laut malammu
menghirup sakar madumu

Kekasih,
hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi

Thursday, September 27, 2012

How I Wish...

How I wish I mcm dulu2.  Tak pernah risau pasal weight..coz dulu my weight is only 38kg.  Ye..percayalah.

How I wish I lebih organised mcm dulu2...24 jam 7 hari tu cukup utk I.

How I wish I boleh baring2 baca novel..sekarang ada 10 novel di rumah yang masih belum disentuh...huhu.

How I wish entry citer raya lagi 2 tu boleh diposting sendiri tanpa I perlu type apa2.

Arrrrrggggghhhhhhhhhhh.....

Okey...I wish I boleh relax2 je weekend ni.

Dear friends, I hope you're having a relaxing day today :)

Friday, August 10, 2012

Tepuk Dahi Dibuatnya...


Kadang2 bila kita terlalu fokus, kita tak sedar apa yang kita buat.  Semalam sebab saya dah target nak balik on time, saya tak sedar yang saya dah balik terlalu awal dari waktu yang sepatutnya.  Actually waktu office hour tamat jam 5.15 pm bagi Muslim di sepanjang bulan Ramadhan ni.  Hari jumaat kami balik pukul 4.45 tak kiralah bulan Ramadhan atau tidak.  Tapi semalam bila saya tengok jam di PC pukul 5 petang, saya terus melompat.  Eh..lewat dah ni.  Kelam kabut tutup PC, terus nak chow.  Almaklum dah 2 minggu asyik balik lewat je.

Jinjing handbag satu opis sebelum saya balik.  Bercakap dengan staff baru apa yang perlu dibuat.  Sembang dengan boss. Saya ada 4 boss lagi.  Yang berhenti aritu direct reporting.  Opismate cakap oh, mentang2 balik lambat 2, 3 hari ni, hari ni balik awal ye.  Saya pun sengih2 cakap, bye2.  Takde sapa pun tegur, kak belum pukul 5.15 lah..awalnya balik.  Bila keluar opis, lif pun kosong.  Sampai depan lobby, ramai para suami, para boyfriend tunggu isteri dan girlfriend balik kerja.  Terdetik gak kat hati, napa ramai lagi orang menunggu eh.  Dah dalam bas, baru teringat.  Lailahailallah..saya balik awal rupanya.  Bila saya sms opismate, semua bantai gelak.  Mentang2 boss besar takde, awal kau chow ye kak.  Adeh...segannya ngan bos2 lain.  Mujur hari ni Iftar di luar.  Walau hari ni opis hour abis kul 4.45, pukul 6.30 petanglah baru keluar..hihihi.  Selamat berhujung minggu semua!

Thursday, August 9, 2012

Phew!!


Minggu ni adalah sangat memenatkan.  Dengan appraisalnya, budgetnya, 6 orang staff baru pulak masuk.  Dengan nak apply new pc, new ID..haish..kalut.  Dateline pulak tu semuanya sebelum raya.  

Utk orang yang first time buat, mmg agak terkedek2lah.  Kesian kat Budget Controller, asyik2 saya cari dorang mtk guidance.  Kesian jugak kat HR..kejap2 saya call tanya camana nak completekan mid year review.  Tapi tugas hakiki lah kan.  Kena redah jugak.  Semalam saya dah submit Dept Budget...phew lega.  

Dalam byk2 perkara, Budget nilah yang saya risau..boleh ke saya buat.  Dengan bos saya tetiba resign.  Macam anak ayam hilang ibu kejap saya.  Dahlah dateline smlm pukul 5 petang, system automatic locked.  Lepas dah locked tulah, ada je amendment.  Mujur Budget Controller masih ada di pejabat jam 6 petang.  Masih boleh dibantu saya yang terhegeh2 ni.  

Syukur juga, 2-3 hari ni walau saya sampai rumah pukul 7 malam, sempat jugak saya masak juadah berbuka.  Tapi simple2 jelah.  Masih berjaya tidak membeli lauk pauk di PARAM..hehehe.


Hari ni, bolehlah blogwalking dengan senang hati.  Semua kerja yg ada dateline, dah selesai.  Sekarang buat kerja2 rutin je.  Boleh singgah umah u oll nanti.  Esok tengahari boleh merayap sampai Jalan TAR..hahaha.  Semalam opismate ajak merayap ke KL Sentral pun takleh nak follow.  Budget..budget..dateline..dateline.  Tapi Alhamdulillah, berjaya saya tempuh semuanya.  Ok, get ready, saya mau datang ni.  Takyah saji2 air tau..saya puasa..kehkehkeh.

Thursday, July 12, 2012

Malunya...


Sapa yang malu? Sayalah..hahaha.  Alkisah semalam ada meeting.  Dijadualkan di bilik A.  Saya pun laju je..tengok2 dlm bilik A orang dah ramai.  Ingat meeting dah start.  Ada dlm 20 orang kot dalam bilik tu.  Saya terus masuk.  Dengan confidentnya.  Tetiba saya dengar orang panggil nama saya.  Rupa2nya salah seorang manager saya.  Dia tanya..eh..u buat apa kat sini?  Meeting apa? Saya cakap meeting ABC.  Eh..ni meeting XYZ lah.  Dengan muka yang cool tapi dalam hati malu giler..saya cakap, takpelah saya tanya receptionist kat depan je.  

Sekali kau..mmg tu meeting lain.  Malunya..hahaha.  Dorang ni pun satu hal..next time bagitaulah bilik meeting dah tukar.  Malu tau..sib baik saya tak fofular..so, orang tak cam sangat..kehkehkeh.

P/S:-  Entri pendek sebab bz dengan outing, dinner, sports dan mcm2 lagi..nanti free saya BW eh.


Monday, April 30, 2012

Happy Labour Day


Salam friends, sorry tak sambung lagi kisah 'palace'.  Saya kursus 3 hari berderet utk 2 minggu ni.  So, paham2 jelah.  Memang penat sangat.  Mentally exhausted.  Blog terabai 3 hari..huhu.  Sabtu aritu lak gi Melaka ngan blogger popular.  Sampai KL pukul 2 pagi.  Penat sesangat tapi enjoy.  Rabu saya story eh.   Insyaallah.


Apapun, harap cuti Labour Day nanti saya boleh rest.  U oll pun rest tau.  Happy Labour Day!

Tuesday, April 24, 2012

Uols Ada Problem Ni Tak?


Sudahlah diri ini penuh dengan problem, blogger.com ni lak menambahkan masalah saya.  Beberapa hari kebelakangan ni saya ada masalah ngan auto publish.  Dah banyak hari saya perasan, entry tak keluar seperti yang dijadualkan.  Saya akan type entry malam dan setkan auto publish pada jam 9 pagi keesokan harinya.  Tapi tak keluar.  Geram betul.  Selalunya saya perasan bila dah jam 10-11 pagi.  Nak2 sekarang tengah busy tahap gaban.  Korang punya ok ke?  Ke saya sorang je ada problem ni.  Hmmm...

Friday, April 20, 2012

Yesterday and...

Thursday, January 12, 2012

Penat...

Thursday, December 15, 2011

Exhausted..


Seriously, I need a break, I need a rest.  Sorry tak BW lately, cuma pergi blog orang2 yang komen di blog saya.  Malam tadi balik terus pengsan.  Birthday Fifi pun saya tak celebrate.  Minggu pertama kerja, saya cuba menyesuaikan diri dengan masa.  Alamatnya, saya kena buat auto publish entries utk seminggu..baru saya betul2 boleh rest kot.  Sayang saya nak tinggalkan dunia blogging.  Eh..opis saya tu semuanya dorang blocked.  So, nak tanya u oll lah, skrg broadband mana yang paling murah?  Maxis, Celcom, P1 Wimax, U Mobile or any others?  Sbb kat rumah skrg pakai UNIFI.  Bagitaulah eh..saya mau beli..rindu kat u oll..huhu.   Xde masa nak survey harga.  Hopefully saya tak macam dlm gambar tu nanti at the end of the day..hehehe..take care semua.

Tuesday, December 13, 2011

Fuuuhhhhh!


Fuuuuhhhhh..hari pertama berlalu dengan jayanya.  Walau ada beberapa password yang saya masih belum dapat  termasuk access card, xpelah..sebab benda2 lain kira awal juga saya dapat.  Itupun senior2  surprised saya dapat semua benda pada hari pertama kerja.

First time kerja company besar mmg sesuatu yang challenging buat saya.  Untuk membiasakan diri, akan ambil masa.  Tapi bila dengar benefits2 nya..saya senyum lebar mcm smiley di atas.  Eh..for the first time in my life..gaji saya dpt pada 22hb...huhu!  Office pun ada gym.  Nak dengan taknak jelah kan.  Trip oversea bulan 2 nanti pun xde masalah.  Alhamdulillah, semua colleague sangat membantu.  Bos pun baik.  Ex-PA yang pegang jawatan tu dulu..pun sangat2 membantu.  Hari Rabu ni tetiba ada time out kau...hahaha.  Giler..sepanjang saya bekerja hampir 15 tahun, tak pernah saya pergi training atau time-out.  So, saya sangat2 excited.  Moga saya dapat kekal di sini..insyaallah.

Monday, December 12, 2011

Nervous Beb...


Seperti ramai yang sedia maklum, ye hari ni hari pertama saya bertugas di tempat baru.  Serius nervous giler.  Berapa kali dah saya ulang-alik toilet..hahaha.  Ingat malam tadi nak buat entry tapi takleh pikirlah.  So, esok lusalah baru saya kembali blogging mcm biasa.  Kena banyak adjust time.  Tak sure tempat baru ni blocked blog ke tak..tapi mengikut kata kawan2..confirm dorang blocked FB.  Tapi bos2 yang interview saya hari tu semuanya tahu saya seorang blogger..huhu.

So, kawan2, saya akan menjadi sepi sedikit.  Aktiviti blogwalking yang terganggu sejak kebelakangan ini sebab bz akan terus slow sikit kot.  Saya cuba catch up balik bila di rumah ye.  Harap2 anak2 tak berebut netbook nak tengok Youtube Upin Ipin dorang..huhu. Meanwhile, saya berharap saya dapat menyesuaikan diri dengan cepat di tempat kerja baru ni.  Balik kerja nak jalan kaki jelah..kot2 boleh slim sikit..hehehe.  Pagi2 takleh, takut berpeluh..hilang keserian wajah..ahakss!!  U oll semua take care ye..doakan yang baik2 aje buat saya dan saya juga akan mendoakan yang baik2 aje untuk anda semua.

Friday, December 9, 2011

It's Time to Say Good Bye ;(


To my ex-boss, ex-officemate, yang tau blog saya ni, saya nak ucapkan 'Good Bye and All The Best' buat all of you.  Moga terus sukses dalam kerjaya dan business masing2.  Hope kita tak lost contact.  Yesterday, is my last day with them.  Monday, saya start kerja di tempat baru.  Dekat sangat dengan rumah.  Boleh jalan kaki kalau nak slim down.  Kalau malas, naik bas kat bus stop ni, turun bus stop depan..hehehe.

Harap dapat boss dan officemate baru yang best2 mcm di tempat lama.  Yang sangat flexible,sangat understanding.  Tapi demi masa depan, saya perlu mencari yang lebih baik buat saya.  Ha..lps ni, barulah dorang2 semua ni boleh ada dalam friendslist FB saya..hehehe.  Before2 this mmg xde sorang pun opismate ada dlm frenslist FB..hehehe.  Keep in touch friends and ex-bosses.  Adios!

Monday, December 5, 2011

Jom Gi Spa..


Keletihan..agak lama tidak bercuti  dari kerja.  Cuti2 Malaysia, selalu..hahaha.  So, hari ini saya mahu pergi spa.  Merehat-rehatkan diri.  Saya ada lagi 3 hari saja lagi dengan syarikat sekarang sebelum memulakan tugas di tempat baru pada 12.12.11.  Alhamdulillah, berkat doa kawan2 dan keluarga juga.  Doakan agar kesihatan saya juga tip top ye.  Nanti saya blogwalk.  Bye..take care.

Friday, October 14, 2011

Meaningful Quotes...

Banyak quotes yang best2 saya jumpa kat FB. Maybe salah satu quotes ni kena dengan u oll dan boleh dijadikan panduan hidup.  Bacalah satu2 ye.  Enjoy your weekend.

1)

2)

3)

4)


5)