Showing posts with label kenduri. Show all posts
Showing posts with label kenduri. Show all posts

Wednesday, January 15, 2014

Selamat Pengantin Baru Yuyu..


Ahad lepas, kami berkumpul lagi sekali dekat Masjid Al-Iklasiah, Pantai Dalam. Sambil tunggu ketibaan pengantin, bergurau dulu dengan anak2 terutama Si Ecah anak Bonda Pepel. Keletah betul dia..geram.


Sis Rasp pun first time dapat jumpa Ammara. Tu yang dok tenung semacam. Apalagi sis, bagilah Sapphire adik..hihihi. Tak lama lepas tu pengantin pun sampai.


Tu dia pengantin dalam busana hijau. Cantik berseri-seri.


Alhamdulillah..dengan dua kali lafaz, Ayu dan Wan sah bergelar sebagai suami isteri.


Masa baca lafaz taklik ni, suara Wan dah sebak. Aiseh, saya lari dululah..hahaha. Sebak sebab gembira dapat isteri takpe..hihihi.


Ciuman kasih seorang suami.


Lepas tu majlis makan doa selamat. Majlis besar bulan tiga. Yang penting food sedap sangat. Dah kahwin adik bongsu kitorang ni. Welcome to the club Ayu.


Doa kami agar kalian berdua berbahagia hingga ke Jannah. Terima kasih jemput kami ke majlis pernikahan kalian. Selamat menempuh kehidupan berumahtangga. Harap sabar menghadapi sebarang dugaan dan cabaran. Moga kasih sayang kalian terus mekar abadi. Jumpa lagi esok. Insyaallah.

Friday, December 20, 2013

Tahniah..


First, tahniah buat officemate saya yang sudah pun jadi isteri orang. Majlis kat Wisma LJT, Melawati. First time saya sampai sini.


Pengantin manis di tengah2. Moga berbahagia hingga ke jannah.


Lepas tu saya ke Hulu Langat menjenguk officemate jugak yang baru je bersalin anak pertama. Alya Soffiya kot nama baby. Comel dan geram tengok. Selamat berpantang buat Mira. Tahniah di atas kelahiran cahayamata pertama. 

Ha..lepas ni sapa pulak kahwin? Dept saya ramai muda2. Makan nasi minyak jelah nanti..hehehe. Happy weekend ye buat semua.

P/S:-  By the way, entry WW ~ Sama Ke? tu mmg saya tak puashati. Lain benor. Officemate pun cakap tak kenal sapa tu. Mujur $10 je..hehehe.

Tuesday, May 15, 2012

Kenduri JMR & Bujal


Lepas pada celebrate Birthday Amy tu..esoknya kami terjah pulak majlis kenduri makan2.  Pergghh..nasi kat kenduri ni mmg mantap..sedap sangat sampai mimi bertambah-tambah.  Apa dia?  Semeja ngan sapa?


Semeja ngan blogger2 hot lah..hahaha.  Cer tengok bz memasing.  Sis Riben Merah, Sis Mummysyafie dan Sis CT Elly yang comel.


Korang tengok, bahagia tak pengantin?  Riang ria kat atas pelaminan.  Tak kenal pengantin?  Inilah JMR dan Nunu.  Pasangan merpati dua sejoli.  Sama cantik sama padan.


Wajiblah posing kat pelamin before balik.  Gambar ni biasa2 jelah kan.  Gambar yang ditag kat FB lagi cun.  Thanks Jamar & Nunu atas jemputan majlis kenduri di Klang ni.


Lepas makan2 kenduri, kita serbu majlis Aqiqah lak.  Bujal ni saya baru jugak kenal.  Seangkatan masa saya kenal Uncle Gedek dan Daddyziyyad.  Rumah dia kat Port Klang. Tak jauh dari rumah JMR tadi.  Alang2 mehlah singgah kan.


Tengok tangan domok sapa yang mencuit Aisyah sampai bangun.  Comel Aisyah.  Thanks pada Bujal dan Mamaainul yang mesra melayan kami.  Makanan sedap2.  Merasa air teh panas hasil bancuhan Bujal.  Mmg masyuklah.

Perjalanan saya hari tu tak terhenti sampai situ je..lepas tu pergi jumpa kawan lama saya yang lebih 10 tahun tak jumpa.  Punya sembang sampai lupa amik gambar.  Malam tu kami singgah gi makan Yong Tau Foo lak kat Kg Pandan.  Pastu Sis Iyra dan Sis CT Elly pun balik.  Eh..kul 11 malam tu saya sambung lagi ronda2 di  Downtown Cheras.  Esok saya pengsan...muahaha.  Oklah, bye.

Friday, March 16, 2012

Kenduri Kahwin @ Batang Kali


Ni kenduri anak buah saya, anak sulung kakak kandung saya.  Bear in mind, saya dibesarkan oleh arwah nenek.  Pelamin cantik, kerusi kurus macam pengantin..kehkehkeh.


Pengantin bersama Moksunya..comel dok Moksu pengantin tu? Kahkahkah...teringat saya masa muda2..kurus macam ni lah..hehehe.


Yang sebelah kanan depan tu kakak sulung saya, belakang dia tu kakak no 3 saya.  Sebelah kiri tudung kuning tulah mak kandung saya. Yang tengah makan2 tu keluarga arwah ayah saya dari Sungai Petani.


Cer korang tengok, kot2lah korang kenal.  Umur saya dah dekat 4 series baru dapat jumpa maklong saya, kakak sulung kepada arwah Ayah saya.  Dorang sekarang ada yang duduk di Pendang, ada yang di Sungai Petani.  Jangan2 kita bersaudara..hehehe.


Saya sibuk melayan saudara, tetiba nampak anak2 saya duduk relax baik punya layan makan bubur  kacang. Bagus, dorang dah independant.  Mama boleh concentrate buat keje lain..hehehe.

 
Mereka ini adik beradik.  Yang sulung tudung putih sebelah kanan, tengah tu makndak saya, yang tudung kuning tu lah mak kandung saya.  Yang pakai tudung hitam belakang tu Maksu saya.


Yang lelaki tinggal Pak Cak saya sorang.  Sebelah tu Mak Cak sayalah kan.


Kepada Amy dan suami, Selamat Pengantin Baru Moksu ucapkan.  Moga berbahagia hingga ke akhir nyawa hendaknya.


Balik tu singgah Bukit Beruntung.  Syok wooo dapat peluk budak seketul ni.  Baru 3 bulan lebih tapi body..wuhuu.  


Ciuman  utk budak bolat.  Comel tak?  Budak bolat tulah...saya memang tetap comel...wakaka.  Happy weekend u olls!!

Tuesday, October 25, 2011

Wedding @ Hutan Melintang

Last Saturday, suami ajak gi Hutan Melintang sebab opismate dia kahwin.  Tapi pergi naik bas company.  Ok, on je...hehehe.
Cubaan mama mengambil gambar tanpa kelihatan gemuk.  Mimi yg nampak montel takpe..hehehe.
Fifi duduk ngan ayah jangan notty2 tau.
Pemandangan sawah luas terbentang di sepanjang jalan Kuala Selangor.
Pelamin yang cantik dan grand.
Pengantin lelaki tulah opismate suami.  Cantik berseri-seri pasangan pengantin.  Tahniah dan selamat pengantin baru diucapkan.
Budak2 lelaki yang telah meng'havoc'kan bas pada hari tu. Suara dorang je.  Luckily bas tak penuh.  Sampai KL pukul 5 petang dan terus kami sekeluarga ronda2 KL dengan baju kurung.  Story?  Esok eh.  Tunggguuuuuuu....

Monday, April 11, 2011

Popo Kahwin Lagi..

Popo ialah panggilan manja ibu saudaraku, Acik Shida.  Popo tu kan..nenek dalam bahasa cina.  Dia tak mau dipanggil nenek, maka kami semua panggil lah dia Popo.  Popo kahwin lagi setelah bercerai..hmm..agak lama jugalah..lupa pulak.  Kahwin dengan jejaka tampan yg mempunyai 4 orang anak.  Popo pun dah ada anak dara cun2 tau.  Alhamdulillah..mesra betul mereka anak-beranak.  Gambar banner pengantin pun complete dengan anak2 mereka..lupa pulak saya nak snap..sangat menarik.
Ha..inilah dua orang anak dara Popo.  Mau berkenalan?  Sorrylah..taken already.  Cousin saya 2 orang ni memang model.  Tu badan tinggi langsing.  Baju cantik kan..from Bandung.  Yg kiri tu Sharmaine..adik..muka macam Memey yg korang tak suka tu..yang kanan tu kakaknya..Aishah..masih study..dua2 buat modelling.  Yg tengah tu Mama Julie.
Eh..ada poco2lah..eh haram eh.  Hmm..susah jugakan..kalo korang perasan inilah team Poco2 Putra Ria yang appear dalam Konsert Hore2 Aznil hari tu.

Anak2 saya pun enjoy...kemain sakan dorang berlari satu dewan tu.  Oh ye..wedding dibuat di Pusat Komuniti Lembah Pantai.
Saya tukang pegang Baby Batrisya...so, oklah kan.  Eh..lama tak pakai kebaya?  Amacam?  Hahaha..still rasa gemuk..mmg kena dietlah camni.

Me and cousins..bersama Mama Julie.  Kepada Popo dan suami, moga berbahagia hingga ke anak cucu.  Selamat Pengantin Baru!!

Friday, March 25, 2011

Kenduri Tahlil

Alahai..ada yg takut eh cerita seram semalam..tu tak berapa seram.  Minggu depan khamis, saya bagi yg lagi seram..yang siap nampak2 punya..hehehe.  Oklah, last saturday, my family buat majlis kenduri tahlil dan doa selamat.  Ini semua anak buah saya I-Shah yang sponsor...sebab dia dah niatlah..kalau naik pangkat mau buat sedikit kenduri.  So, inilah hari yang dipilih.  Tu mysuami tengah masak ayam masak merah.  Orang kuatlah tu..hehehe.
Ini pulak my paksu yang datang rumah semata-mata untuk makan sahaja...sebab tu muka takleh tunjuk..kena cover2..paparazzi merata amik gambar..hahaha.

Anak dara + separuh mak dara buat kerja dalam rumah..potong2 kuih, cuci2 pinggan mangkuk, vacum2 carpet..sambil gossip2..hehehe.

Budak ni telah didera mummy dia mandi air paip..menjerit masa orang tengah baca doa.  Kesian Batrisya ye..mata bulat dan kepala botak.  Sib baik cute.  Actually family kitorang mmg biasa mandikan baby dgn air paip je...tapi agak2lah..masa tu hujan.  Mummynya pun..ish..ish..ish.  Lagipun Batrisya kecik lagi..tak sampai 2 bulan pun lagi.
Ini masa orang surau datang rumah dan bacakan doa.  Rumah kecik memang tak boleh sumbat ramai2.  So, kitorang decide utk buat buffet je..senang.

Antara lauk yang dihidang..ikan masin, sayur kobis dan sambal belacan serta ulam2.  Takyah amik semua gambar food kan..padahal terlupa...ngehngehngeh.

 Daging masak kurma dan ayam masak merah.  Marvellous!!

Buah pisang dan kuih2.  Ini semua orang lain yang bawakkan.  Terima kasih kepada yang bawakkan tu ye.  Ada juga tembikai sebijik tapi malangnya isinya dah tak elok.  Harapkan besar je..so, tong sampahlah jawabnya.

Last sekali, saja2 je tunjuk lagi sekali..ayam masak merah yang marvellous.  Terliur tak tengok?  Selamat menjamu mata ye..kehkehkeh.  Have a nice weekend!