Showing posts with label saudara. Show all posts
Showing posts with label saudara. Show all posts

Tuesday, May 8, 2012

Birthday Maksu @ Nelayan Titiwangsa


Birthday Maksu saya bulan 4 yang lalu.  Yang baju pepel tulah.  Anak dia I-Shah belanja makan di Restoran Nelayan Titiwangsa.  Tiap2 tahun, semoga murah rezeki dia selalu..amin.  Abaikan adik dia yg baju pink tu..tengok bodylah..buruk lantak.


Kami booked 2 meja.  Meja pertama giant size.


Meja kedua cute2 size..saya dok meja kedua ni..muahaha.


Budak2 dah jumpa kawan mana nak makan.  Kesian Mimi kena babysit ramai cousins smpi berpeluh-peluh mengadu kepenatan.  Tu ada hati nak suruh Mama dia tambah adik..tak payahlah.


Ramai tak cousins Mimi?  Perghh...tu ada yang tak join..kalau tak haru.  Btw, kami mmg ramai perempuan in the family.


Our big happy family.  Makan2 mmglah bestkan..eh..gambar makan mana?  Dah berkumpul macam ni mana nak ingat snap pic food..hahaha.  Ok, chow dulu.  Bye....

Friday, March 16, 2012

Kenduri Kahwin @ Batang Kali


Ni kenduri anak buah saya, anak sulung kakak kandung saya.  Bear in mind, saya dibesarkan oleh arwah nenek.  Pelamin cantik, kerusi kurus macam pengantin..kehkehkeh.


Pengantin bersama Moksunya..comel dok Moksu pengantin tu? Kahkahkah...teringat saya masa muda2..kurus macam ni lah..hehehe.


Yang sebelah kanan depan tu kakak sulung saya, belakang dia tu kakak no 3 saya.  Sebelah kiri tudung kuning tulah mak kandung saya. Yang tengah makan2 tu keluarga arwah ayah saya dari Sungai Petani.


Cer korang tengok, kot2lah korang kenal.  Umur saya dah dekat 4 series baru dapat jumpa maklong saya, kakak sulung kepada arwah Ayah saya.  Dorang sekarang ada yang duduk di Pendang, ada yang di Sungai Petani.  Jangan2 kita bersaudara..hehehe.


Saya sibuk melayan saudara, tetiba nampak anak2 saya duduk relax baik punya layan makan bubur  kacang. Bagus, dorang dah independant.  Mama boleh concentrate buat keje lain..hehehe.

 
Mereka ini adik beradik.  Yang sulung tudung putih sebelah kanan, tengah tu makndak saya, yang tudung kuning tu lah mak kandung saya.  Yang pakai tudung hitam belakang tu Maksu saya.


Yang lelaki tinggal Pak Cak saya sorang.  Sebelah tu Mak Cak sayalah kan.


Kepada Amy dan suami, Selamat Pengantin Baru Moksu ucapkan.  Moga berbahagia hingga ke akhir nyawa hendaknya.


Balik tu singgah Bukit Beruntung.  Syok wooo dapat peluk budak seketul ni.  Baru 3 bulan lebih tapi body..wuhuu.  


Ciuman  utk budak bolat.  Comel tak?  Budak bolat tulah...saya memang tetap comel...wakaka.  Happy weekend u olls!!

Wednesday, September 7, 2011

Kembar Yana & Yani..

Lama betul tak tengok kembar ni.  Last tengok masa mereka masih dalam pantang.  Ini twins milik cousin sebelah suami.  Yana dan Yani.  Ada macam2 cerita kelakar tentang mereka berdua ni.  Sekarang dah berusia 8 bulan.  Yang kakak Yana mmg kaki merengek.  Dia masa kecik pun mmg 3 kali warded due tu paru2 berair dan berkahak.  Sekarang dah tak warded tapi still berbunyilah bila bernafas.  Kesian.  Si adik Yani mmg jenis yg independent.  Tak kisah pun...mak dia biar je dia.  Yelah, tumpuan lebih pada kakaknya.
Ni lah dorang masa kecik.  Yg besar tu lah kakak Yana.  Yang kecik tu adik Yani.  Mak dia tunjuk gambar dorang kat hp dan suruh saya teka mana satu kakak, mana satu adik.  Bila saya dah teka, saya tanya betul ke tak?  Lama maknya telek gambar tu..pastu dia gelak.  Dia cakap dia pun lupa mana satu adik, mana satu kakak...hahaha.  Tapi abang kepada twins ni ingat.  Kata maknya, nama sebenar dorang pun dia lupa.  Bila doktor tanya, dia cakap, doktor tengoklah kat kad tu..hahaha.  Tulah sapa suruh bubuh nama anak panjang2 sangat.  Kan dah lupa.  Nama dorang?  Nur Razlieyana Hamdatul (Yana) dan Nur Razlieyani Hamdatun.  Amik kau..hahaha.  So, korang kalau dapat kembar, nama pendek2 sudahlah ye.  Kisah kelahiran dorang boleh baca kat SINI.  Chow!

Tuesday, April 26, 2011

Selamat Bertunang..

Sunday, 17th of April, saya dan family ke Batang Kali.  Ke rumah mak saya..baca as rumah mak kandung saya.  Sebabnya..anak buah saya, Amy yakni anak sulung kepada kaklong saya bertunang.  Eleh..eksplen panjang lebar buat apa..bukan orang tanya pun..kihkihkih.  This is the other side of me.  Sweet tak anak buah saya?  Dia mekap sendiri, siap sendiri.  Berada dalam kelompok ini ada sedikit kejanggalan.  Namun saya bangga, anak2 buah sorang2 datang salam dan cium tangan 'Moksu' mereka ni.  Mesra?  Memang mesra..tapi alah..canggungnya.  Duduk sini tak kena..duduk sana tak kena.  Nak membantu tak tau nak buat apa..kalau tak bantu nanti orang mengata. Susah..tersepit.
Selesai majlis bergambar ini saya terus pulang.  Suami dalam diam tetiba bersuara.  Hmm...tak bestlah.  Tak tahu kenapa.  Adakah ini mainan perasaan?  Tapi sebelum pulang, saya salam, peluk dan cium semua kakak2 saya termasuk mak.  Gambar2 lain?  Maaf takde, saya segan dalam kelompok keluarga sendiri.  Abang2 saya mesra je..cuma..arggghhh..susahlah nak explain.  Baca je lah kat SINI dan SINI.  Apapun tahniah buat Amy dan alamak..nama tunang dia saya tak tahu...selamat bertunanglah ye.  Moga dapat menempuh alam pertunangan dengan penuh sabar.  Insyaallah..tahun depan akan melangsungkan perkahwinan..amin.


Monday, April 11, 2011

Popo Kahwin Lagi..

Popo ialah panggilan manja ibu saudaraku, Acik Shida.  Popo tu kan..nenek dalam bahasa cina.  Dia tak mau dipanggil nenek, maka kami semua panggil lah dia Popo.  Popo kahwin lagi setelah bercerai..hmm..agak lama jugalah..lupa pulak.  Kahwin dengan jejaka tampan yg mempunyai 4 orang anak.  Popo pun dah ada anak dara cun2 tau.  Alhamdulillah..mesra betul mereka anak-beranak.  Gambar banner pengantin pun complete dengan anak2 mereka..lupa pulak saya nak snap..sangat menarik.
Ha..inilah dua orang anak dara Popo.  Mau berkenalan?  Sorrylah..taken already.  Cousin saya 2 orang ni memang model.  Tu badan tinggi langsing.  Baju cantik kan..from Bandung.  Yg kiri tu Sharmaine..adik..muka macam Memey yg korang tak suka tu..yang kanan tu kakaknya..Aishah..masih study..dua2 buat modelling.  Yg tengah tu Mama Julie.
Eh..ada poco2lah..eh haram eh.  Hmm..susah jugakan..kalo korang perasan inilah team Poco2 Putra Ria yang appear dalam Konsert Hore2 Aznil hari tu.

Anak2 saya pun enjoy...kemain sakan dorang berlari satu dewan tu.  Oh ye..wedding dibuat di Pusat Komuniti Lembah Pantai.
Saya tukang pegang Baby Batrisya...so, oklah kan.  Eh..lama tak pakai kebaya?  Amacam?  Hahaha..still rasa gemuk..mmg kena dietlah camni.

Me and cousins..bersama Mama Julie.  Kepada Popo dan suami, moga berbahagia hingga ke anak cucu.  Selamat Pengantin Baru!!

Monday, March 28, 2011

Wow..6 Packs Tuh!

Korang yang malu2 tak payah ar tengok gambar2 ni..hihihi.  Ke malu tapi mahu?  Kehkehkeh.  Oklah, sepatutnya saya share picture ni tahun lepas lagi.  Tapi asyiklah terlupa.  Mau share sebab yang menang tu cousin saya, kalau takde kena mengena tak koser saya nak share..hehehe.
Kejohanan Bina Badan Kuala Lumpur ni diadakan bulan Jun, 2010.  Ko tengok sorang2..pergh..berkilat2 bodynya.  Kiranya ini untuk gelaran Mr KL 2010 lah.  Yang saya boh anak panah putih tulah cousin saya.  Tag no 44.
Ko tengok sapa yang menang.  Mestilah cousin saya tu.  Sy panggil dia abang Izal je.  Ini kategori Welter Weight.  Apa kategori2 lain tu..tidaklah saya tahu..hehehe.
 
Abang Izal ni..merupakan bapa kepada 3 orang hero.  Dia mmg dah lama main angkat besi ni.  Gym yang dia pergi pun gym kat flat saya je.  Bukan gym besar2..glamer2 tuh.  Apapun tahniahlah pada dia sbb berjaya merangkul gelaran MR KL 2010 last year.  So, yang lelaki2 tuh..mau 6 packs kalu..kenalah rajin training di gym dan jaga pemakanan.  Ada bran?  Hehehe...

Friday, March 25, 2011

Kenduri Tahlil

Alahai..ada yg takut eh cerita seram semalam..tu tak berapa seram.  Minggu depan khamis, saya bagi yg lagi seram..yang siap nampak2 punya..hehehe.  Oklah, last saturday, my family buat majlis kenduri tahlil dan doa selamat.  Ini semua anak buah saya I-Shah yang sponsor...sebab dia dah niatlah..kalau naik pangkat mau buat sedikit kenduri.  So, inilah hari yang dipilih.  Tu mysuami tengah masak ayam masak merah.  Orang kuatlah tu..hehehe.
Ini pulak my paksu yang datang rumah semata-mata untuk makan sahaja...sebab tu muka takleh tunjuk..kena cover2..paparazzi merata amik gambar..hahaha.

Anak dara + separuh mak dara buat kerja dalam rumah..potong2 kuih, cuci2 pinggan mangkuk, vacum2 carpet..sambil gossip2..hehehe.

Budak ni telah didera mummy dia mandi air paip..menjerit masa orang tengah baca doa.  Kesian Batrisya ye..mata bulat dan kepala botak.  Sib baik cute.  Actually family kitorang mmg biasa mandikan baby dgn air paip je...tapi agak2lah..masa tu hujan.  Mummynya pun..ish..ish..ish.  Lagipun Batrisya kecik lagi..tak sampai 2 bulan pun lagi.
Ini masa orang surau datang rumah dan bacakan doa.  Rumah kecik memang tak boleh sumbat ramai2.  So, kitorang decide utk buat buffet je..senang.

Antara lauk yang dihidang..ikan masin, sayur kobis dan sambal belacan serta ulam2.  Takyah amik semua gambar food kan..padahal terlupa...ngehngehngeh.

 Daging masak kurma dan ayam masak merah.  Marvellous!!

Buah pisang dan kuih2.  Ini semua orang lain yang bawakkan.  Terima kasih kepada yang bawakkan tu ye.  Ada juga tembikai sebijik tapi malangnya isinya dah tak elok.  Harapkan besar je..so, tong sampahlah jawabnya.

Last sekali, saja2 je tunjuk lagi sekali..ayam masak merah yang marvellous.  Terliur tak tengok?  Selamat menjamu mata ye..kehkehkeh.  Have a nice weekend!

Friday, January 14, 2011

Selamat Pengantin Baru Sham dan Seri...

Kepada yg wish semalam utk Fifi sy ucapkan terima kasih.  Hari ni dia beransur sembuh.  Moga2 kebah teruslah demamnya kali ni.  Arini nak cerita psl kenduri masa New Year.  Sepupu sebelah suami kahwin.  Cantik pelamin dia kan..simple je.

Gambar pengantin pun sy amik dari jauh je.  Yelah masa ni mmg sy dari pagi smpi ke maghrib di rumah makcik.  Tapi mood nak amik gambar tu kedaung sungguh.  Namun menu di hari kenduri sgt best..selain dari nasi minyak dan lauk-lauknya..laksa juga disediakan.  Ha..tu yg lain sket tu.  Tapai pulut tak tinggal, diimport khas dari Johol, N9.
Sy x tau pun tema dorang hitam putih.  Elok sgt sy pun pakai baju kurung warna tema yg sama.  Kebetulan.  Inilah pic ramai2 kitorang.  Pic ni pengantin lelaki yg amik.  So, dia tiada di dalam pic.  Sepupu suami yg lelaki lah..yg pengantin perempuan orang Selayang.  Dekat je kan.  Akhir sekali, SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK SHAM DAN SERI..MOGA BERBAHAGIA HINGGA KE ANAK CUCU..AMIN.

Friday, December 10, 2010

Happy Birthday Aqeef!

Lepas je breakfast kat Tanglin tu, we all sefamily straight pergi Bukit Beruntung.  Rumah my auntie.  Ada makan2 sempena menyambut harijadi yg ke 2 tahun budak bernama Aqeef.  Masa dorang potong kek ni sy masih di dalam rumah busy membuat kerja.  Tau2 dengar orang nyanyi Happy Birthday.  Sebelah Aqeef tu Umairah..kasi celebrate sekalilah..karang berebut lak potong kek.
 Birthday kek Aqeef.  Cantik kan?  Rasanya pun sedap.  Lupa nak tanya Mummy dia beli kat mana.
Antara hidangan hari tu, terlupa betul sy nak snap, ada cuppies, ada popia goreng, ada mee/meehon/nasi impit dimakan dgn sup daging/tulang, ada roti jala ngan kari ayam, sate, ada mcm2 jenis kek dan agar2.  Mmg penuhlah meja tu.  Kenyang beb..smpi mlm makan x abis..hehehe.
 Ini kek Umairah..girl wajiblah pinky2.  Happy Birthday Umairah..dah 3 tahun ye.
 Suka betul Aqeef dapat birthday present from his parents..kereta askar you.  Ada remote lah.

Korang kenal ni sapa?  Pelakon suam2 kuku..hahaha.  Si Boy Iman.  Mmg sengal mamat ni..brp kali snap suma gambar buat memek muka yg selenga.  Ni je yg elok sket.  Dulu my cousin keje ngan dia.  Tu jemput skali.
 3 dara pingitan..having fun sesama mereka. 

2 babies..yg sebelah kiri tu adik Umairah..Aiman.  Baru 3 ke 4 bulan gitulah.  Yg sebelah tu amoi Airizlah...hehehe.
Last but not least, thanx to Akhma (Mummy Aqeef) and my cousin, Julie Cazper..hahaha..for inviting us to their son birthday party.  Thx for the free food, for the layanan..everythinglah.  Eh..Mummy dia baca my blog..malu tau...hahaha.  Itu je..ok x ending?