Showing posts with label Alfatihah. Show all posts
Showing posts with label Alfatihah. Show all posts

Friday, December 13, 2013

Al-Fatihah Buat Mak & Happy Birthday Fifi..


131213...genap 11 tahun pemergian arwah mak saya. Moga rohnya dicucuri rahmat dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...amin. Rindunya dengan arwah. Sapa yang masih mempunyai orang tua, jagalah mereka dengan baik ye. Sebab bila dah kehilangan, perasaan tu susah nak describe.


141213...esok pula anak dara bongsu saya si Fifi (baju kuning) genap 6 tahun. Masa nak melahirkan Fifi dulu memilih tarikh adalah dilema buat saya. Kalau pilih tarikh 13 dec..sama ngan pemergian arwah mak..jadi saya pilih tarikh 14 dec. Sebab c-zer bolehlah pilih2 tarikh..hehehe. 

Tahun depan dah darjah 1. Belajar rajin2 ye. Jadi anak yang solehah. Jangan suka berdrama sangat. Ingat pesan Mama, muka cantik tapi kuat kentut orang tak suka..hahaha. Have a nice weekend everyone! 

Monday, May 21, 2012

Al-Fatihah Untuk Pak Cak..


Sabtu baru ni dalam jam 6.30 petang, kakak telefon ajak saya ke hospital.  Saya fikir kakak ajak ke IJN sbb Tok Ngah saya dari Kedah ada di sana sebab sakit jantung.  Masuk sahaja kereta kakak saya bagitau yang Pak Cak saya juga ditahan di wad tapi di GH.  Bila sampai je di wad, dia sedang dikerumuni oleh doktor dan nurse2.  Mereka sedang melakukan CPR.  Jadi saya beredar ke luar wad sbb bawa anak2 kecil bersama.

Sejurus lepas tu, keadaan Pak Cak stabil.  Masa ni kami masuk semula dengan anak2.  Saya sempat snap pic dia.  Tapi saya tak share kat FB atau blog sbb tujuan pic diambil utk ditunjuk kepada anak buah saya I-Shah kerana I-Shah bekerja ketika itu.  Ketika sedang berbual dengan Mak Cak di depan katil Pak Cak, tiba2 doktor dan nurse2 berlari-lari dan menarik tirai katil.  Saya terpinga-pinga.  Rupanya blood pressure dan denyutan jantung dia drop.  Setengah jam doktor cuba melakukan CPR tapi sudah tiba ajalnya.  Apapun saya redha dan bersyukur arwah Pak Cak pergi dengan tenang dan saya berada di sisi.  Masuk wad pagi, jam 7.15 malam dia pergi menemui Tuhannya.  Sekejap sangat.  Semua orang pun terkejut.  


Mak Cak saya sangat tabah orangnya.  Tidak menangis langsung ketika itu.  Tapi bila dia mula membaca yassin di sisi jenazah, air mata mula mengalir.  Alhamdulillah, jenazah telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara.  Kepada semua yang mengucapkan takziah, yang menziarah, yang bersedekah wang dan Al-Fatihah, ribuan terima kasih diucapkan.  Ini gambar terakhir yang saya ambil bulan  Mac yang lalu.  

Pemergian Pak Cak mengingatkan saya pada pemergian arwah datuk saya yang saya panggil abah (bapa kepada Pak Cak) dan arwah Pak Lang saya yang dipanggil abang (adik kepada Pak Cak).  Ketiga2 mereka meninggal dunia di GH dan pada waktu malam.  Kebetulan sahaja.  Akhir sekali, Al-Fatihah utk arwah Pak Cak, moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.  Amin...

Wednesday, May 4, 2011

Pergilah Dengan Tenang Sayang...


Al-Fatihah untuk adik Aqma.  Dia telah pergi menjenguk Penciptanya malam tadi di GH.  Hari ini urusan membawa pulang jenazah ke Miri akan dilakukan.  Moga selamat sampai ke bumi Sarawak dengan selamatnya.  Berpisah jua dengan adik beradiknya yang lain seramai 5 orang dan ibu dan bapa yang dikasihi serta nenda tercinta.  

Arwah adik aqma telah menjalani rawatan cuci darah dan ditahan di PHDW selama lebih kurang 2 minggu.  Terlantar lebih dari 3 bulan di hospital sangat2 menyeksakan. Kemudian arwah mula tidak stabil dari segi pernafasan dan akhirnya lung arwah collapse.  Jantung semakin lemah dan ditempatkan di ICU.  Doktor telahpun berputus asa dan hanya berserah kepada Yang Esa.  Malam tadi adik Aqma menghembuskan nafas yang terakhir di sisi ibu tercinta.

Jauh di sudut hati seorang ibu walau sedih kerana kehilangan, saya pasti beliau redha di atas pemergiannya.  Dari melihat kamu menderita wahai anak, biarlah kamu pergi menghadap Illahi.  Semoga keluarganya tabah di atas kehilangan ini.  Moga kamu tenang dan damai di sana sayangku Aqma. Al-Fatihah...

Sharing with you friends the email I got from Aqma's Cousin:-

salam,

i thot u might wanna know n write about it.. she arrived on 6 april, according to doc in miri, kena g gh cuci darah sbb miri takde facility tu. so, when found +ve, after blood test, she went thru 6x cuci darah. 2 minggu kat HDW. bila doc rasa dah ok, dia di pindah ke wad biasa, kat bwh, tp bilik asing sbb takut kena jangkitan. but then, unable to swallow or buang kahak, her lung kena jangkitan. mulanya sket, bila x-ray nmpk paru2 dia sebahgian atas putih. then, merebak. spO2 (u can google, i did) makin kurang. tu yg masuk icu.

bila kat icu, x-ray lg, doc try machine lain2 to supply O2, then try tiarap kan dia. for once doc was happy sbb spO2 naik smpi 99%. 1/2 hr later turun smpi 80. doc pun tak tau camne, antibiotik yg paling kuat dah bg.

2 days after that (today), left lung dah putih. doc cuma kata they r trying their best, just prepare for the worst. tonite, bila spO2 mula turun, doc (a chinese) ckp kat maz, baca yasin la... tak bole dah.

maz baru baca separuh, dia terus pegi cam tu je... takde sesak nafas, or gerak2 dah. pegi dgn tenang. innalillah....

maz kata, masa kat wad biasa, walaupun mata tutup, dia bergerak2 seolah2 nak bgun. lalu maz angkat, letak tdo kat sebelah... dia tdo lena 3 jam. tak penah2 dia tdo lena. selalu ubat tdo pun tak jln.

td, lps maghrib, mat kol, sje nak ckp dgn dia, maz letak hp kat terlinga dia.. nmpk air mata dia meleleh je. pastu yg doc suh baca yasin.
 
sy sebak bila baca yasin td... noni sambung, n baca skali. she looks as if sleeping... deep sleep. tenang sangat. tak smpi ati nak tgk for the last time (nurse panggil) b4 antar rumah mayat.
 
hopefully i can b strong mcm maz.

Kisah adik Aqma boleh dibaca di SINI dan di SINI.  Terima kasih bagi pihak keluarga Aqma di atas doa dan ucapan takziah dari kalian semua.

Tuesday, March 1, 2011

Al-Fatihah..


Semalam pagi saya tergesa-gesa pulang ke Johol, N9.  Pulang kerana Paklong kepada suami telahpun pulang ke hadrat Illahi.  Pulangnya kepada Allah SWT sangat-sangat memberi kesan kepada kami sekeluarga.  Arwah tidak sakit.  Sebab itulah pemergiannya sangat mengejutkan.  Arwah pergi ketika sedang mengadap Illahi pada solat subuh ketika berada dalam keadaan sujud..menyembah tuhannya.  Ya Allah, Maha Suci Besar..kami redha dengan pemergiannya. 


Dititipkan di sini gambar arwah, mungkin ada yang mengenalinya.  Arwah pergi meninggalkan isteri, anak-anak, cucu-cucu dan juga cicit.  Arwah lebih dikenali sebagai Selaman Janggut.  Jenazah selamat dikebumikan selepas solat zuhur di Kg Dingkir, Inas, Johol, N9.  Moga rohnya dicucuri rahmat dan arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..amin.  Al-Fatihah...

P/S: -  GA telah ditutup semalam.  Saya akan update list penyertaan secepat mungkin.  Terima kasih di atas kesudian menyertai GA saya. 

Wednesday, September 22, 2010

Menziarahi Pusara..

 Google Image...thx
 
Lama betul sy x menjejakkan kaki ke pusara arwah mak & abah sy.  Seingat saya sejak Mimi dilahirkan.  Bukannya sy lupa..ada sy pergi tp sy tunggu dlm kereta sahaja.  Masa tu Mimi masih bayi dan masih kecil.  Ye..sy ni kolot sikit pemikiran.  Lagipun yg menanggung sy..sebab tu sy x berani bwk bayi kecil ke kubur.  Mimi masa kecil suka nangis dari pukul 8 malam smpi pukul 12 tengah malam..kiranya lepas tu baru dia diam sebab dh keletihan menangis.  Sebab tu sy ambik berat sikit pantang larang org tua.  Tak bawa bayi jalan malam dan juga tidak membawa bayi ke kubur.

Tapi bila budak2 tu dh besar, tahun ni baru sy berkesempatan menziarahi pusara arwah abah, mak, abang & paklong sy.  Mujur berdekatan.  Pusara terletak di Pantai Hillpark.  Anak2 sy pun dh besar..insyaallah xde apa2.  First timelah Mimi & Fifi jejak tanah perkuburan.  Fifi biasa2 je..Mimi punyalah byk tanya.  Kenapa kena siram air, kenapa kena tabur bunga, kenapa baca doa.  Jawab jugalah.  Nasib baik dia x nampak airmata sy yg bergenang ketika membaca doa di kubur2 arwah.  Kalo x, mesti dia tanya kenapa mesti nangis dekat kubur.  Adoi..letih.

Syukur..anak buah sy si I-Shah tu rupanya rajin ke kubur arwah.  2 minggu sekali dia datang bawak berus, baldi.  Dicabut rumput, diberus tiles yg mengelilingi tanah kubur.  Sampai pakcik penjaga kubur tu pun kenal dia.  Cuma sedih tengok kubur arwah paklong yg dikepung dgn kayu je.  Dah runtuh.  Kubur pun dh hampir rata sebab hujan.  Kakak sy cadang nak cari batu sungai utk diletak sekeliling kubur arwah.  Maklong sy org yg tidak berkemampuan.  Jadi ala kadar sahaja pusara arwah paklong.

Al-Fatihah kepada mereka, moga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman.  Amin...

Friday, April 23, 2010

Bila Bawa Pengangkutan Awam, Kenalah Lebih Peka....


Sy masih merasa terkejut dan juga sedih bila mendapat tahu berita kematian seorang pelajar tingkatan 4 semalam akibat digilis bas.  Mula2 sy dapat tahu dari suami sy.  Versi ceritanya lain.  Bila sy pergi rumah kakak sy semalam..versinya sama dengan yang ada dlm suratkhabar hari ini.  Arwah juga junior sy.  Walau sy dh meninggalkan zaman persekolahan hampir 19 tahun.  Masa tahun 80 an..jalan tu mmg dh byk ambil nyawa org..tp agak lama juga tiada kemalangan maut di situ.  Jadi kejadian semalam amat2 memeranjatkan.  Kalau sy jadi kawan arwah yg berada di tempat kejadian..mau sy trauma seumur hidup.

Sy juga pernah melihat kejadian yg hampir sama depan mata di tempat yang sama.  Ceritanya ada di sini.  Cuma bernasib baik kerana bas itu bergerak agak perlahan dan penumpang2 yg turut berada dalam bas menyedarinya dengan cepat.  Sy berharap pemandu2 semua terutama pemandu  bas tebih peka..bila ada penumpang nak turun.  Janganlah kejadian yg sama menimpa Arwah Nurul Huda Rosalan terjadi lagi.  Takziah buat keluarga beliau dan Al-Fatihah utk arwah..moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman.  Amin.

Kisah sebenar ada di sini.

Friday, February 12, 2010

Al-Fatihah...


 

Sunyi je kan ofis arini.  Yelah..ramai yg cuti sempena Tahun Baru Cina.  Esok, 13 Februari..genap pemergian arwah abah sy 7 tahun.  Pejam celik pejam celik..dh 7 tahun.  Fuh..lama dh.  Tapi masih teringat-ingatkan arwah.  Arwah abah mmg x byk cakap.  Dia diam je.  Tapi sy takut n hormat kt dia.  Cubit sy pun x pernah.  Tapi pernahlah baling meja kecik (side table) kt sy..sbb balik rumah lewat malam.  Sib baik x kena sbb sy berjaya lompat masuk bilik.  Bila dikenang-kenang..hmmm..nakal gak sy dulu.

  

Masa arwah mak pergi 13 December 2002..sy rasa hidup abah sudah tidak bermakna.  Sesiapa saja yg ada hadir pada hari arwah mak disemadikan pasti teringat-ingat.  Airmata xkan tahan melihat arwah abah duduk di penjuru surau dengan mengalirkan airmata tanpa henti.  Bukan separuh..malah seluruh hidupnya telah tiada.  Hari-hari yg dilalui selepas itu mmg sgt2 sukar.  Nak2 sy masih bekerja.  Abah tiada teman di rumah.  Semasa hayat keduanya masih ada..mereka sentiasa bersama...ke kedai membeli ikan bersama, sidai baju bersama..semuanya bersama.  Bayangkan bila arwah mak pergi lebih dahulu..x sanggup sy kenangkan.

Tiap2 pagi..sy bancuh air kopi dlm termos..dan bawa arwah abah ke rumah kakak.  Masa tu cuti sekolah..adalah cucu2 dia yg boleh tengok-tengokkan.  Masa bukan cuti sekolah..sy terpaksa biarkan abah keseorangan di rumah.  Minta jasabaik jiran tetangga untuk jenguk abah sekali-sekala.  Malam2 abah dh x boleh tidur.  Semputnya kerap melanda.  Dia selalu kejut sy.  Dia suruh sy teman dia tidur di ruang tamu.  Lepas tu abah mula menunjukkan simptom2 nyanyuk.  Dah mandi kata belum mandi.  Kencing merata-rata.  Masa tu sy muda..mmg kdg2 hilang sabar.  Tp sy buat jugaklah.  Malam2 abah akan ke dapur bercakap-cakap.  Bila sy tanya..abah ckp ngan sapa.  Dia bagitau cakap dgn mak sy.  Fuh..berdiri gak bulu roma sy.  Tp sy tau abah dh nyanyuk.  Nak2 pulak abah terlalu rindukan arwah mak.  Sy biarkan aje.

Lepas tu sy tengok kaki abah dh bengkak.  Sy dan kakak bwk abah pegi hospital pd malam hari raya haji.  Sy mmg dh syak yg penyakit jantung abah melanda semula.  Hari Raya Haji esoknya..kami ziarah abah di hospital.  Dia tidur sahaja.  Xde apa2 yg ganjil.  Keesokkannya jam 1 pagi sy terima panggilan telefon dr pihak hospital.  Katanya abah tgh nazak.  Sy telefon kakak...kami terus ke hospital.  Dalam perjalanan kakak dh bgtau..kau kena bersedia..percayalah ckp aku..abah sebenarnya dh takde.  Org hospital xnak bgtau takut kita kelam-kabut drive ke hospital.  Mmg..sampai2 je sy tgk katil abah dh dikepung.  Airmata mengalir laju..abah pergi tanpa sapa2 di sisi.  Abah pergi genap 2 bulan selepas permegian arwah mak.  Tarikh pun sama..13 haribulan. 


Xde apa yg sy nk cakap.  Al-Fatihah utk arwah abah dan juga arwah mak.  Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.  Amin.

P/S:  Arwah mak dan abah sebenarnya adalah nenek dan datuk sy.  Merekalah yg membesarkan sy...xkan sy lupa jasa2 mereka...sangat besar..tidak ternilai.  Sy sayang mereka sangat..sangat..sangat..sangat..sangat........


Tuesday, November 10, 2009

Al-Fatihah..



Pagi tadi sy telah mendapat berita yg sedih.  Rakan sy..ex-opismate..saudara Azrin..telah pulang ke Rahmatullah.  Beliau pergi dalam usia yg muda..38 tahun.  Meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak yg masih kecil dan masih bersekolah.  Beliau mengalami sakit kanser hati..dan sempat menunaikan umrah.  Jenazah akan dikebumikan di Klang lepas solat Zuhur.  Nampaknya sy x berkesempatan menziarah.  Sy masih ingat lagi..arwah seorang yg baik.  Selalu menumpangkan sy balik hingga ke Bangsar dgn Proton Tiara.  Dulu2 dia selalu singgah ke UM untuk jemput isterinya pulang.  Setiap kali naik bukit..mesti dia matikan air-cond..sbb nti Tiara dia x boleh panjat bukit.  Dia berhenti kerja lebih dahulu dari saya..lepas tu terus lost contact.  Baru2 ni sy dpt perkhabaran dari teman lama, Sazly, yg dia menghidapi kanser hati.  Sekurang2nya dia tahu masanya telah dekat...kita ni entah bila.  Marilah sedekahkan Al-Fatihah kepadanya..moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.  Takziah juga utk keluarga arwah.  Moga tabah menghadapinya.

Monday, September 28, 2009

Al-Fatihah..


Salam Aidilfitri..buat semua. Sy dan keluarga ingin mengucapkan takziah kepada ibu saudara sy, Mak Ngah dan Pak Ngah sekeluarga di atas pemergian anakanda beliau, Mohd. Zairi / Eput, 30 tahun pada malam Sabtu baru2 ini. Di saat semua insan sedang bergembira, berita sedih ini diterima. Arwah baru sahaja bernikah pada bulan 5 dan kenduri dirancang pada bulan 12 nanti. Manusia hanya merancang..Allah SWT yang menentukannya. Sepupu sy ini meninggal tanpa ada sakit...menurut cerita kakaknya..dia pergi ke kedai dgn adik iparnya di Rembau..rumah ibu mertuanya. Tiba di kedai..arwah menyatakan beliau sakit kepala..dan dia jatuh pengsan seperti org kena sawan. Ambulan dipanggil..dan terus disahkan kematiannya.

Subhanallah..bila2 saja kematian dtg menjemput..tidak kira masa. Takziah juga buat isteri beliau...harap dia tabah menghadapi dugaan hebat ini. Yelah..baru 4 bulan bernikah kan. Pasti sedih. Mak Ngah sy dh kehilangan semua anak lelakinya. Arwah adalah anak lelaki bongsu..yg sulung meninggal dunia akibat kemalangan motosikal di depan Angkasapuri. Yg tinggal hanya 3 org anak perempuan.

Al-Fatihah untuk arwah..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman...Amin..