Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Tuesday, July 30, 2013

Iftar ~ Ben's BSC


Ni adalah first Iftar saya kat luar.  Tu pun dekat je ngan office..kat Ben's BSC.  Semua ni colleagues from different department.  Demi menyambut kepulangan seseorang dari London.  Eh..ada sorang bukan colleague..tu yang sebelah saya..tu best friend saya....hehehe.


Ha...awek yang tengah tulah.  Dulu same dept ngan saya. Pastu further studies kat London.  Buat Master.  Ni membalas kerinduan setelah setahun tak berjumpa. Ehem2..single lagi tau..kehkehkeh.


Sebab food belum sampai..kami dihidangkan dengan kurma & sirap selasih.  Pergghh..hilang dahaga.


Saya punya ni..soft shell crab spaghetti kot nama dia..lebih kuranglah.  Tapi saya tak berapa nak masyuk sebab saya mmg tak berapa suka spaghetti yang ada cream2 ni.  Yang penting itu soft shell crab belasah abis..hahaha.


Ada lagi order lain..onion ring, calamari ring & fries.


Orang London order Beef Pie.


Ni chicken apa ntah..tak ingat nama dia.  Actually ada banyak lagi food tapi tak sempat nak snap.  Lapor..hahaha.
 

Dessert..nyum2.



Bread Pudding..sedap jugak.


Latte with Love..



Bergambar sebelum balik.  Bestlah Ben's kat BSC ni..suka concept dia.


Bergambar selepas pulang.  Entah bila dapat ketemu. Maybe di London?  Muahaha.  Harga?  Not badlah..xlah mahal sangat.  Standard Secret Recipe je.  Yang pasti, surau kat BSC best.  Senang uol nak solat Maghrib.  Oklah, chow dulu.

Tuesday, July 9, 2013

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak


Esok, insyaallah kita akan berpuasa.  Ramadhan yang dinantikan..dimana padanya dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka.  Jomlah kita buat banyak2 amal ibadat.  Tahun ni nak cuba berterawih di surau bersama dengan anak2.  Malam ni kan..tak sabar pulak rasanya.  Tahun lepas buat sendiri je di rumah.


Jangan terkorek hidung pulak..kihkihkih.  Jangan puasa yang yang yok..pagi2 buka periuk.  Malu sketlah ngan anak2 kita yang kecik2 tu.  Dorang lagi semangat nak berpuasa kan.


Akhir kata, saya ingin memohon beribu kemaafan kepada semua terutama mereka yang hatinya disakiti oleh saya sengaja atau tidak sengaja.  Halalkan segala makan dan minum.  Kalau ada hutang yang belum langsai bagitau saya ye.  Yang tu saya akan cuba bayar...insyaallah.  Kalau saya dah mati, carilah waris saya ye utk selesaikan hutang piutang tu.  Manalah tau kan..kita ni kadang2 pelupa.  Selamat bersahur & selamat berpuasa semua.

P/S:- Credit to Google Image for all the lovely pictures.

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan


Salam Ramadhan saya ucapkan pada semua sahabat2 yg mengenali diri ini.  Maaf dipohon atas segala kesilapan saya sepanjang perkenalan kita.  Saya pasti saya ada dosa dengan semua orang.  Dengan seikhlas hati dan rasa rendah diri, harap semua orang dapat mengampunkan dosa saya ye.  Harap dapat dihalalkan segala makan dan minum.  Moga Ramadhan kali ini penuh barakah dan moga Ramadhan kali ini juga bukan yang terakhir..amin :)  Tak lupa juga selamat berpuasa!

Friday, August 26, 2011

Rindunya Kuih Raya Tradisional..

Teringat masa arwah mak masih ada.  Saya tukang tolong pukul telur utk buat kuih baulu.  Lenguh tangan kanan tukar tangan kiri, lenguh tangan kiri, tukar pulak tangan kanan.  Lenguh lagi..passing baton kat mak..hehehe.  Serius, buat kuih dulu2 mmg leceh..tapi keseronokan dia lain.  Betul tak kawan2?
Lepas tu mak saya masak baulu tu macam ni lah.  Tak mainlah oven2 ni.  Dia punya panas tuhan saja yang tahu.  Smpi petanglah buat kuih ni.  Kalau dapat time 'cuti' puasa..syoklah..terus bancuh kopi panas dan cicah..heavan je rasa..hahaha.  
Arwah mak biasanya suka pakai acuan ikan ni.  Arwah mak punya mmg tembaga pun.  Ada lagi kat rumah. 
Tapi ramai jugak yang pakai acuan mcm ni.  Comel2 je kuih dia kan.
Kenal tak kuih apa ni?  Ni kuih putu kacang.  Ni masa duduk setinggan kat Bangsar tu masihlah buat kuih ni. Bila dah pindah flat, arwah mak dah tak buat dah.  Ingat lagi, kalau makan ni takleh nak bercakap.  Nanti tersembur..hahaha.
Tekan2 tepung dalam acuan kayu ni..pastu ketuk.  Fun gila.  Lepas tu jemur.  Alahai..terkenang2 pulak rasanya. 
Kuih Bangkit ni pun sedap.  Kalau hangit2 sket tu lagi sedap.  Sekarang nak dapat kuih bangkit yang betul2 sedap susah kan. 
Acuan kuih bangkit.  Dulu ada kat rumah, tak taulah dah pergi mana.  Kena cari balik dalam almari ni...hehehe.  Lepas tu arwah mak mesti buat wajik dan kacau dodol ramai2.  Sekawah kami buat kalau dodol ni.  Mula2 ramailah tolong...lepas dah pekat, tinggal kaum2 ibu je...kaum bapa dah lari.  Hampeh..hahaha.  Dah masak, baru nampak muka masing2.  Lepas tu tolong arwah mak buat kuih telinga keling or peneram.  Nasib baik kuih ni tak tunggu musim raya je..kalau saya teringin, saya sure pergi pasar malam di Pantai Dalam, sure ada.  Sedap sangat, teringat kat arwah mak.  Dalam banyak2 kuih ni, satu pun saya tak tahu macam mana nak buat.  Tapi ketupat palas memang saya terror.  Itupun berkat ajaran arwah mak dulu. Al-Fatihah untuk arwah mak, moga rohnya dicucuri rahmat selalu...amin.   

Wednesday, August 24, 2011

Projek Kuih Raya..

Minggu lepas weekend, projek kuih raya pun bermula.  Dimulakan dengan kuih cornflakes ni.  Masa ni, kitorang buat bertiga je.  Kakak saya dah boleh letak jawatan baking2 ni sebab anak perempuan sulung dia dah amik alih sejak tahun lepas ngan tahun ni. 
Bila dah siap masak, bau dia menusuk hidungkan..hehehe.  Malam tu kami sambung dengan chocolate chip tapi tak amik pic pun.  Mata masing2 dah nak pejam..hahaha.  Minggu ni ada lagi few cookies yang nak dibakar.  Last sekali, baru buat biskut kegemaran ramai..koko berjalur.  Yang tu tak boleh buat awal2.  Nanti ada yang buat makan untuk sahur dan buka puasa.  Tak dan nak raya kuih dah habis..hahaha.  Saya tolong anak buah je dan juga share modal.  So, mmg tak belilah kuih raya tunjuk2 tu.  Cuma beli kerepek2 dan juga tart nenas.  Yang lain semua bikin sendiri.  Hopefully by next year, saya dah boleh bikin sendiri tanpa share2 dengan orang lain..hahaha.  Okeylah, projek cat rumah akan bermula sabtu ini..yahoo!!

Tuesday, August 23, 2011

Sampul Duit Raya..

Ada orang tak dapat sampul duit raya ni sampai kena beli kan.  Nasib saya baik..tiap2 tahun ada orang bagi.  Ni dapat kat Jakel masa beli tikar RM19.90 tu.  Jadilah..dapat sepaket je, kawan saya dengan muka tak malunya mintak lagi sepaket..hehehe. 
Lepas tu dapat pulak dari Bonia.  Saya tak shopping apa2.  Tapi anak buah kerja kat Metrojaya Midvalley, kawan dia yang bagi ni.  Cantik sangat2.  Ni untuk duit note yang besar2 je..yang singgit2 xleh masuk sini..hehehe.
Kalau dah kerja kat Metrojaya tu..dah tentulah dapat Metrojaya punya.  Berlambak2.  Eh..yang ni dpt sikit je..yang last year punya berlambak2.  Tapi dah habis orang mintak.  Orang mintak 2 paket, kitorang bagi 10 paket sebab nak habiskan.  Lupa lah nak promo kat blog awal2..kalau tak sapa yang tak dapat lagi tu, leh ar saya bagi sampul duit raya ni.  Lepas tu janganlah lupa kirim balik yang 'berisi' kat saya ye..hahaha.

P/S:-  Amalan memberi duit raya patut dihentikan...itu kata manager saya.  Zaman dia kecik2 mmg takde orang bagi duit2 raya ni.  Zaman saya dah dapat..orang lain dapat 20 sen saya dapat 50 sen.  Sebab saya 'special'.  Sapa setuju dengan manager saya tu sila angkat keyboard!!

Thursday, August 18, 2011

Menang Contest Suka2....

Di suatu malam lepas buka puasa, saya pun buka FB.  Eh..tetiba si Eya buat contest suka2lah.  Dia dapat hamper..dia suruh teka.  So, kami ni berduyun2lah meneka.  Takde syarat, tekalah seberapa banyak pun smpi pukul 10 malam kot rasanya close.  Sebab berat 9kg, tinggi paras pinggang maka ramailah teka barang2 elektronik termasuklah saya.  Ada yang teka mesin basuh, air cooler, tv lcd dan macam2 lagi.
Saya pun tekalah, hampers2 ni biasanya pinggan mangkuk je.  Sebab takde yang jawab tepat, maka sayalah yang menang.  Yahuu!!  Jawapan yang tepat setengah dozen cawan dan setengah dozen gelas ala2 gelas arab.  Hadiah?  Dah dapat dah. 
Nilah dia, kad raya digital.  Eh ada lagi, dapat duit gak..RM10.  Jadilah kan, suka2 je pun.  Duit RM10 tu pun dah abis buat topup handphone..hehehe.  Si Eya ni jugaklah yang reka template and header blog saya.  Dia memang kreatif.  So, kalau nak dptkan service dia sila LIKE FB EYBIZZONLINE atau terjah blog dia MY BIZZ : EYBIZZONLINE.  Bye...

P/S: - Thanks juga pada Neena Anuar sebab saya pun menang contest kat blog dia tempoh hari.  Hadiahnya cermin muka yang gorjes dari Melbourne, Australia.

Wednesday, August 17, 2011

Shopping Di Jalan TAR

Sorrylah semalam tak sempat nak BW, ingatkan boleh BW  kat umah, sekali tu lepas buka puasa dengan nasi lemak yg dimasak sendiri saya terus pengsan..hahaha.  Okeylah, jom baca kisah kami shopping di jalan TAR last friday.  Masa ni azan Maghrib berkumandang, so, kami pun buka puasa kat tengah jalan je dgn air tin/mineral dan roti je.  Ada satu kedai ni tulis.."membeli belah di tempat kami, buka puasa percuma"..sekali kitorang gi tengok..nan hado..abis dah dikaup oleh staff dia..kahkahkah.  Lebih baik takyah buatlah promo tu.

Shopping masa ni mmg heaven lah.  Tak ramai orang, parking senang.  Masa ni tgh membeli butang baju melayu untuk suami..nak jadi cerita hujan lak masa ni..hehehe.  Siap ada brother tu hulur ular sawa kat saya.  Tak sempatlah nak amik gambar..saya dah lari mencicit..hahaha.

Korang sure shopping baju ngan tudung sakan2 kan kat Jakel..kitorang shopping tikar harga RM19.90 je..hahaha.  Dan dibawa dengan gagahnya oleh anak buah saya I-Shah sepanjang jalan tar tanpa segan silu..hehehe.

Disebabkan buka puasa simple2..lepas penat shopping kitorang makan di Secret Recipe Sogo.  Pekena air kopi and cappucino jelah.  Sebab sejuk hujan. 

 Kawan saya makan new menu..Aglio Olio..sedaplah.  Next time saya nak order yg ni lah.

 Saya pulak settled down dengan Tom Yam Kung.  Sedap wa cakap lu!

Anak buah saya makan Vietnamese Meatball ni..sedap jugak kata dia.  Lepas kitorang makan ni, SR pun tutup kedai..hehehe.  Jalan  TAR  sekarang ni awal2 dah lelong. Tak payahlah tunggu smpi malam raya baru nak shopping.  Tapi biasa orang KL suka turun mlm raya sbb kemeriahannya tu.  Maybe akan turun lagi malam rayalah..hehehe.  Bye!

Friday, August 12, 2011

Petola Vs Labu Air..

Google Image - Labu Air

Wah..dah macam rancangan mari mengenal sayur.  Takpe2..kita belajar sama2.  Ini kes suami sayalah ni.  Saya ni bosan tau balik2 sayur yang sama.  Saya pun cakap kat dia, nanti kalau saya masak labu air, takut dia tak makan.  Kalau tak silap saya mula2 kahwin dulu pernah masak labu air.  Tapi dia tak sentuh pun.  Dia beriyer2 cakap yang dia makan.  Jadi semalam saya pun beriyer2lah beli labu air ni untuk dijadikan juadah berbuka puasa.


 Google Image ~ Petola

Bila suami tengok je sayur dalam mangkuk, terus dia tanya.  Ni sayur apa?  Labu air lah.  Kata makan.  Eh, yang saya cakap tu petola lah.   Ah..sudah.  Saya bertegas cakap yang saya masih ingat apa yang dia cakap.  Dia makan labu air  Saya pun tanya berulang-ulang kali hari tu sebab takut salah dengar, nanti dia tak makan.  Sekali hamek, mmg dia tak makan pun.  Bengang pun iyer jugak..tapi saya terus buka google image dan cakap kat dia.  Ini labu air, ini petola.  Suami saya jenis yang tidak mahu kalah, jadi dia cakap yang dia mention sayur yang kedut2 aritu.  Argghh..sudahlah takmoh dengar alasan.  Dah salah tu salahlah, denial betul.  Saya tak mau masak petola, sebab saya tak makan petola...hahaha.  Saja balas dendam..kehkehkeh.  Hari ni..makan meehoon goreng sudah..jangan sawi dia cakap kailan sudahlah..hahaha.  Yang pelik, dia tiap2 minggu masak catering orang kahwin...hahaha.  Oklah, bye!