Wednesday, June 5, 2013

Istana Air Tamansari, Jogja



Hari terakhir kami di Jogja, pagi2 lagi kami dah terjah sini, Istana Air Tamansari.  Ini adalah sebahagian daripada Kraton.  Dalam bahasa Inggeris, taman ini dikenali sebagai 'Perfume Garden' or 'Fragrant Garden' kerana banyak bunga berbau harum yang ditanam di sini.  Dari Hotel Pose In, tempat ni sangat dekat.


Entrance Fee adalah sebanyak RP7,000 = RM2.20.  Camera kena charge RP1,000 = 30 sen.  Oklah..baru RM2.50.  Murah je tu.  Taman Sari Yogyakarta ini dibina pada tahun 1758 oleh Pangeran Mangkubumi (Hamengku Buwono 1) dan Raden Ronggo Prawirosentiko (Bupati Madiun) sebagai arkitek. 


Tempat ni merupakan taman rekreasi bagi keluarga diraja pada suatu masa dahulu.  Kawasan ini juga merupakan 'camouflage area' bagi musuh2 dan merupakan benteng pertahanan pada ketika itu, tempat Raja bermeditasi, tempat membuat batik bagi putri2 Raja dan tempat berlatih bagi militari DiRaja.  Dah..jom ikut saya masuk.


Ha..nampak tak kolam yang hijau ni.  Di sinilah dayang2 istana mandi manda sambil menari2.  Ha..dekat menara yang tinggi tu pulak..tempat Sultan mengintai dayang2 mandi.  Pastu dia pilihlah..sapa yang bertuah untuk mandi bersama Sultan.


Ni di bahagian hadapan menara tinjau tadi.  Tempat dayang2 berkumpul rasanya.


Di bahagian dalam.


Sila patuhi larangan yang ada ye.  Nanti jadi apa2 tak tau eh.


Ha..korang boleh tengok struktur kat belakang tu..cantikkan.  Taman Sari ni byk pengaruh dari Hindu dan Buddha, Jawa & Islam, Cina, Portugis, Eropah..eh..banyaklah.




Eh..sambung.  Lepas Sultan dah pilih saya sapa yang berkenan di hati, Sultan bawa dayang intan terpilih tu mandi berdua je ngan Sultan kat sini.  Kiranya private pool Sultanlah ni kan.  Jom kita panjat menara tu..leh tengok camanalah agaknya Sultan mengendap kan.



Ha..ginilah kot Sultan skodeng.  Bayangkan ada perempuan2 cantik mandi sambil menari2 dlm kolam tu..hahaha.  Yang lelaki mmglah sukakan.



Nak naik kat atas ni kenalah panjat tangga yang curam ni...serius kitorang berpeluh sakan kat sini.  Panas kot cuaca time ni.  Kitorang jalan lagi.


Kat bahagian belakang jumpa kawasan kampung.  Rasanya kat sini tempat orang jual batik/souvenir.  Tapi masa kami lalu tutup pulak.


Ini adalah peta Kampung Cyber.  Tu pun kitorang sesat ke mana2 entah.  Gara2 supir lah ni.hahaha.


Ada laluan bawah tanah.  Jom masuk.


Turun tangga..tapi terowongnya teranglah.  Taklah takut sangat.  Takde apa bawah tu..macam laluan bawah tanah je.


Dahlah..jom balik.  Tengok muka Wahida..itu muka Dayang yang tak terpilih..kahkahkah.  Jumpa lagi esok!

Tuesday, June 4, 2013

Kawah Sikidang, Dieng Plateau & Warung Djadoel


Eh..sebelum terlupa..terima kasih di atas semua ucapan 'Happy Birthday' tempohari tak kiralah di blog ini, di FB, SMS, WeChat, Insta..ceh..byknya...mcm artis pulak..kehkehkeh.  Even opismate pun bagi birthday card...terharu gitu.  Doa kalian amat bermakna buat saya.  Terima kasih banyak2.  

By the way, selepas keluar dari Telaga Warna, kami cepat2 pergi ke Kawah Sikidang ni.  Dah nak beransur gelap masa tu.  Sampai2 nampak asap2 keluar nun di hujung sana.  Moh cepat2 jalan.


Bau belerang menyucuk-nyucuk hidung.  Kuat betul.  Takut pulak kena asma macam kami ke Kawah Putih, Bandung dulu.  3 bulan pulak tu saya suffer batuk2..huhu.    Tapi bila dah sampai dekat kurang sikit pulak baunya.


Ha..nampak tak tu.  Cuba celur kaki..nanti tinggal tulang je uols..huhu.  Giler seram.  Berbuih2 macam air panas menggelegak.  Ada orang kata suhunya mencapai 98 degrees celcius.  

Sikidang = Kijang.  Kijang kan melompat2.  Samalah dengan kawah ni.  Kang tetiba tempat lain pulak tersembur gas2 ni.  Melompat-lompat dari satu tempat ke satu tempat.  Tapi yang ini kawah utama lah.


Eh..macam Charlie Angels pulak..ada gaya tak?


Ini view di hadapan kawah.  Cantikkan.


Kat belakang saya tu pun ada kawah2 kecil yang mula terbentuk.  Ketika saya melangkah pun adakalanya terasa panas sebab kasut saya agak nipis.  Adakalanya terpijak 'hot muddy water' yang mengalir di sekitarnya.  Melompat-lompat saya seperti kijang..hahaha.


Ini adalah volcano yang masih aktif ye.  So, memang kena hati2.  Jadi, pastikan tidak terlalu menghampiri kawah.  Hari semakin gelap, mohlah kita pulang.  Kami tak sempat tengok orang2 yg berniaga di sekitar sini.  Penjaga kawah ni pun tunggu kami je.  Lepas je kami bergerak pulang, dia pun sama balik ke rumahnya.  Tak lama lepas tu azan Maghrib berkumandang.


Dalam kepenatan kami singgah dinner kat sini..Warung Djadoel.


Supir order ni..bebek bakar.  RM5.30.  Bebek = itik.


Kawan saya Ina order ayam mentega.  Entah celah mana rasa menteganya tak taulah..RM5.30.


Ini pulak nasi goreng seafood saya & Wahida..RM5.60.


Up pulak dengan telur dadar & tempe goreng.  Yang ni sedap.


Wahida order Cappucino Float RM4.70.  Saya order Coke Float sama harga.  Total makan kami malam tu RM45.  Murahkan?  Jumpa lagi esok ye...insyaallah.


Monday, June 3, 2013

Legoland? Best!


Cer tengok gambar.  X best ke tuh? Kahkahkah.  Ok..yang belakang tu orang kuat David Teoh..jangan main2..hahaha.

Cerita Legoland menyusul selepas entry trip Jogja selesai.  Yeah..entry utk 2 bulan dah ada..hahaha.