Tuesday, July 19, 2011

Karaoke Yang Sentiasa Happening..

Kami kawan sekolah plan nak buat karaoke masa 9 July tu tapi sebab ada Bersih 2.0 tu kami tundakan ke 10 July.  Venue tetap sama..Redbox, The Gardens.  Walau hanya 7 yg hadir..tp tetap seronok.
Posing jangan tak posing..saya telah berjaya menyorokkan kegemukan saya kat sini.  Jap lagi saya tunjuk kat u oll betapa gemuknya saya sebenarnya.
Ha..inilah namanya peha terkeluar.  Mimi suka cakap..peha mama terkeluarlah.  Ye saya sangat besar di bahagian pinggang ke bawah...pear shape.  Sgt buruk hokey..bila tgk pic ni pun..adoi..terserlah kegemukan saya...hahaha..gelak nak cover sedih..huhuhu.
Gemuk tu tolak tepi dulu..yg penting enjoy.  Ni dah panas ar ni..so, aktiviti panjat kerusi pun bermula.
Lepas dah panjat2..aktiviti makan pun bermula.  Tengok kawan saya yg tadi joget sakan tu...kemain lagi makan..lantak koranglah nak nyanyi..janji aku kenyang..hahaha.
Pastu baring kekenyangan..sejibik cam ular sawa haa....dah kenyang baring jap..pastu start engine balik.  Seronok giler hari tu.  Semua lagu ada..sampai lagu S.M. Salim pun ada..lagu nasyid sepohon kayu pun ada.  Kami belasah je nyanyi semua lagu.
Setiap kali karaoke..gambar bukti kena simpan.  Kawan yg sama pecahkan gelas kat Redbox Pavilion..kali ni jatuhkan nenas lak.  Aiseh..orangnya kurus je..tapi ada je benda yg dia jatuhkan..kehkehkeh.  Tom2 Bak..jangan marah ha.  Lepas ni ada reunion lagi..makan2 lak.  Itulah kerja kami..karaoke, makan, karoke, makan..yg penting semangat setiakawan tu masih utuh dari sekolah menengah smpilah skrg.  Luv u oll lah friends!!

Monday, July 18, 2011

Western Boleh..Eastern Pun Boleh..

Apa yang western?  Subwaylah.  Lama betul tak makan.  So, let's go subway!

 Saya amik menu hari Selasa.  Nama?  Lupalah.  Makan? Ingat...sentiasa ingat..hahaha.

 Cer tengok..cer tengok.  Sedapkan...nanti lunch gi makan kat Subway tau...hehehe.

Ini pulak makan eastern local dish...char kuey tiow kat kedai makan flat sebelah.  Fifi tengah busy makan dan minum.

Mimi lak kena paksa makan.  Kembang2 hidung ar posing..hahaha.

Tukang belanja berlatar belakangkan The Gardens and Midvalley.  Ha..kelas kau Maria..eh..I-Shah.  Kalo dok kat Kg Baru...bolehlah duduk makan di gerai berlatar belakangkan KLCC.  Apapun thanks to I-Shah belanja makan CKT.  Okeylah..mau siap kerja..kerana khamis ini saya akan fly2 to Meow2 City.  Chow!

Friday, July 15, 2011

Makan Sempoi2..

Minggu lepas pergi beli barang kat Carrefour, Mid Valley.  So, depan tu ada orang siam berniaga.  Lepas bayar..duduk kat situ bersantapan.  Ni meehoon tom yam.  Sedap..i like! 
Lepas tu pekena pulut mangga.  Siap 2 tone tu..satu putih suci bersih..satu lagi versi pandan...kaler ijau.  Pergghhh...sedap wa cakap lu!  U oll kena cuba semua ni dalam usaha untuk mengembangkan diri dan membesarkan tank perut..kehkehkeh.  Eh2..nak story sket.  Masa saya makan ni..ada sorang awek ni jalan ngan bf dia.  Awek ni pakai skirt pendek office wear paras lutut tu.  Top dia blazerlah.  Lepas je dia melintasi saya, alamak...malunya.  Saya nak tegur..tapi dia dah jauh sangat..sepanjang2 dia jalan tu orang gelak tengok dia.  Bf dia jalan sebelah mmglah tak perasan.  Saya berdoa je bf dia jalan belakang sket dari dia, sure nampak punya.  U oll nak tau apa?  

Kain skirt dia sebelah kanan terselak smpi nampak seluar dalam..tapi dilapisi oleh inner yg sangat jarang.  So, memang nampaklah.  Vontot belah kanan telah terdedah.  Maybe dia keluar toilet tak perasan terlupa tarik turun skirt smpi habis.  Nak pulak handbag sebelah kanan..lagilah..ternaik2.  Masa bf dia amik troli..dia masuk ke dalam carrefour.  Bf dia kat belakang dia..lepas tu saya dh x nampak.  Saya harap bf dia perasanlah.  Malu wei.  Tapi saya sambung je makan pulut mangga tu...aiseh..tengok pic ni pun rasa terliur balik..kehkehkeh.  Happy weekend u oll!!