Tajuk tu bukanlah utk tidak menggalakkan orang dari mengunjungi MAHA 2010. Tp itulah realiti. Seronok mmg seronok tp kesabaran kena tinggi melangit, mental dan fizikal pun kena kuat. Kalo x, pengsan di jalanan. Hari Ahad tu sy kuar rumah dlm pukul 10.30 pagi. Keluar je exit tol UPM ni..pergh..dah jem x gerak2. Sib baik masih boleh lari ikut Highway yg ke Lebuh Silikon tu. X ingat pulak nama highway...SKVE ke apa ntah. Elok smpi je kt Pintu 1 MAEPS..sy gatal ckp ngan kwn sy..kita ikut Pintu 2. Sekali..amik ko..Pintu 2 lagi teruk..kitorang terpaksa pusing 1 Putrajaya utk U-turn balik ke Pintu 1. Hazab2..
Ini dah smpi ke Pintu 1..dah dlm perjalanan mencari parking. Korang tengok kenderaan yg ada..nak masuk parking je dkt 2 jam beb. Kira dari kitorang keluar rumahlah. Kt situ adalah sejam sementara nk masuk parking.
Dah dapat parking..jalan menapak ke kawasan Tram yg menggunakan traktor ni. Beratur beb..panjang giler.
Masa ni ok lagi..posing2 lagi..hehehe. Syok tau naik ni..angin menderu-deru je. Bila tgk orang2 tua yg jalan kaki dari parking ke kawasan exhibition..wui..kesian. Dahlah jalan berbukit-bukit..dgn jauhnya..kesian betullah. Ibu2 mengandung pun..xyah ar pegi..letih je nanti.
Dah sampai tu..kena lak naik bukit ni pulak. Kena pulak time ni si Fifi penat x mau jalan..seksa betul rasanya. Ni belum smpi tau tmpt exhibition tu. Yg bumbung biru tu..ha..tu Hall A. Dinasihatkan bawaklah payung..dgn panasnya..dgn tiba2 hujan turun. Yg ada anak kecik tu..bwklah stroller..lenguh kalo kena dukung anak2 kecik tu nanti. Kenapa sy x bwk? Fifi dah lama xmoh naik stroller. Sbb tu x bwk. Stroller pun entah kt mana..hahaha.
Saja snap gambar kek lapis sarawak ni..sbb ada nama Fifi. Menarik mmg menarik..macam2 ada..larat x larat jalan jelah.
Kitorang mkn ice cream Ice Room je..sorang semangkuk. Besar gak..perisa strawberi ngan durian. Sedap. Ko tengok..makan pun kt tepi hall je. Lantaklah..bukan kitorang je kt situ..ramai. Ada yg mkn burger..Ramly Burger ada jual mcm2..apa ajelah..asal boleh isi perut. Ada tempat makan yg proper..tp dah x kuasa..sbb penat sgt. Lepas tu terus turun bwh. Anak2 dh kepenatan. Beratur balik nak naik Tram Traktor tu pun dkt 1 jam. Penat menggendong Fifi yg tidur. Smpi je bwh..menapak pulak ke kereta. Masuk je kereta..hujan pun turun. Syukur..kalo x sy yg nangis dlm hujan tu..hahaha (bwk payung 1 je). Ingat nak pegi tengok kt ladang ternakan pulak. Tp sbb hujan lebat, hajat x kesampaian. Kesian anak2 sy nk tengok segala jenis haiwan yg ada tu. Lgpun nak keluar dr situ je pun amik masa dkt 2 jam. Bayangkan..manalah x MAHA LETIH DAN MAHA HAZAB..hahaha.
Xpelah..lenkali kita pegi malam jelah. FYI, MAHA 2010 berlangsung selama 10 hari dari 26 Nov 2010 smpi 5 Dec 2010. Dibuka dari 10 pagi smpi 10 malam di MAEPS, Serdang. Leh tgk kt sini info www.mahaexpo2010.com. Ada jugak horse riding dan byklah aktiviti menarik. Pegilah kalo x mau melepaskan peluang ini. MAHA ni 2 tahun sekali kalo x silap. Sy? Serik dah..kalo nk pegi pun malamlah..lepas balik keje..weekdays je. Chow!