Monday, December 31, 2012

Happy New Year 2013


Kejap je kan dah nak masuk tahun 2013.  2012 has been good to me, so I pray and hope that 2013 will be nice to me too :)  

Ok, now...apa azam korang?  Dee takdelah nak berazam2 sangat.  Cuma ingatkan next year nak start control makan.  Pagi bfast ringan2 je kat opis.  Takmoh dah bfast berat2.  Seminggu sekali makan nasi lemak oklah.  Lepas tu takmoh makan kat luar kerap sgt macam dulu.  Ingat nak bawak bekal.  Sebab nak savings byk sket.  Tahun depan banyak sangat planning jalan2 nya..hehehe.  Atau saya ikut opismate gi gym je tiap kali lunch.  Ha..lagi cun kan?   Dah2..tu impian je tu..lum tentu lagi terlaksana..hehehe.  

Apapun, moga tahun depan akan lebih masyuk dan awesome buat korang tau.  Moga kita semua dan keluarga saya panjang umur, murah rezeki, sihat selalu dan juga terus diberkati Allah SWT.

Friday, December 28, 2012

Ke Mana Kita Minggu Ni?


Hari ni ada pendaftaran prasekolah Fifi.  Semalam taklimat je.  Hujung minggu plan nak bawak anak2 ke sini.  Hopefully plan menjadi dan cuaca mengizinkan.  Next month, Mama dia pulak nak berhoye-hoye tanpa anak2..hahaha.  Oklah, have a nice weekend ye :)

Thursday, December 27, 2012

Ready for School..


Hari ni ada taklimat utk prasekolah.  Si bongsu, Fifi tahun depan akan ke prasekolah.  Semua pun dah ready.  Balik dari taklimat nanti saya nak beli buku2 sekolah kakak dia pulak, si Mimi Montel tu..hahaha.  Lepas tu bolehlah daftar sekolah agama untuk Mimi jugak.  Teruja sebenarnya..tak sabar nak tgk Fifi masuk sekolah.  Esok, pendaftaran dan orientasi.  Korang camana?  Dah settle persiapan sekolah?

Wednesday, December 26, 2012

WW ~ Apa Plan Hari Ni?


Cakap banyak tak guna.  Harap2 tak hujan hari ni sebab suara kami yg macam katak..hihihi.

Monday, December 24, 2012

Takde Mood


Takde mood nak blogging je..hahaha.  Sebab saya sedang bercuti sampai tahun depan.  Malasnya nak up entry.  Korang keje ke? Selamat bekerjalah ye kawan2.  Pada yang bercuti tu..Happy HoHoliday!!

Friday, December 21, 2012

Menara Condong, Teluk Intan


Seminggu balik dari Utara, kami ke Utara lagi..hahaha.  Kali ni sebab ada kenduri kahwin kat Sungkai.  Tapi orang mcm saya mana reti nak balik hari.  Mesti nak jalan2 gak.

Nak pegi Hot Spring Sg Klah, dah pernah pegi.  So, jomlah kita ke Teluk Intan je.  Main attraction Teluk Intan cam biasa ialah Menara Condong ni lah kan.   Bentuk pagoda kan?  Cantik.  


Bergambar tengah panas terik sampai tutup2 muka si Fifi tu..hehehe.  Kat belakang tu latarbelakang Menara Condong Teluk Intan.  


So, apalagi?  Jom lah masuk..jemput2.  Sila tengok waktu lawatan eh.  Jangan datang Isnin.  Kang gigit jari kang..hehehe.


Tangga dia tinggi gak..boleh tahanlah.  Cuma org tua kesian sketlah kan..nak kena daki.  Meh saya citer sket pasal sejarah tempat ni.  Menara ni mempunyai ketinggian 25 meter dengan 110 anak tangga berbanding dengan Menara Condong Pisa yg mempunyai ketinggian 55 meter.  Aisshh...entah bila dpt pegi Italy tu kan.  Teluk Intan pun jadilah.


Level atas, ada tangki air.  Asalnya menara ini menempatkan sebuah tangki air utk dibekalkan ke bandar Teluk Intan sekiranya berlaku kebakaran atau kemarau.  Dibina pada tahun 1885 oleh kontraktor Leong Choon Chong.  Pernah juga menjadi penanda waktu dan penunjuk arah laluan kapal ke Pelabuhan Teluk Anson suatu ketika dulu.


View kat level 2 kot.  Sebab nak ke level yang paling atas x dapat.  Dorang lock.  Security reasons.  Baru nak tengok view Teluk Intan atau Teluk Anson yang awesome.  Dari luar nampak macam 8 tingkat tapi hakikatnya 3 tingkat je menara ni.


Siap ada pagar..agaknya dulu2 ada kes org terjun kot kat sini...hehehe.  Menara ni dibuat dari kayu dan batu.  Lapisan kat bawah tu berukuran garis pusat 13 meter dan semakin menguncup ke atas berukuran 8.2 meter.


Ni gambar yang saya google.  Dulu2 beginilah Teluk Intan.  Wah..saya tengok gambar ni pun teruja tau..hehehe.


Si gendut yang tak mau kalah posing ayu..kat pintu pun kat pintulah.  Kalau korang tengok dekat2 adalah nampak jam kat menara condong ni tau.  Jam tu dipasang pada tahun 1894 dibeli dari London buatan firma J.W Benson/-Ludgathill. Ha..best tak belajar sejarah macam ni?


Malam tu kami datang lagi..hehehe.  Cantik menara ni malam2, bertukar-tukar lampu.  Nak2 ada pasar malam.  So, orang melepak penuh kat sini.  Seronok.  Macam kat Dataran Merdeka pulak.  Meriah.  Nampak tak 2 budak kenit yg menggelongsor kat tangga tu?  Hai..sabar jelah..hahaha.


Before balik, saya repeat lagi visit kat sini.  I love Teluk Intan.  A small town and..camana eh nak cakap.  Bestlah..hehehe.  Repeat?  Nope...sebab ada byk lagi town2 kat Malaysia ni yang saya nak pergi.  

Ginilah gaya orang yg tak mampu nak gi oversea, jalan2 kat tanahair sendiri pun dah beri kepuasan pada saya.  Ok, nanti saya share food yg best kat Teluk Intan ye.  Isnin jelah, tu pun kalau saya ada mood nak buat entry, almaklum hari ni last keje.  Saya dah start cuti minggu depan dari 24 Dec sehingga 2 Jan 2013.  Yahuuuu!!

Thursday, December 20, 2012

Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh


Lepas pekena Nasi Ganja tu, kitorang nak singgah sini dulu before off to KL.  Tempat ni dekat je ngan exit nak ke Plus Highway dan terletak di bahagian utara pusat bandaraya Ipoh.  Belakang Shell kalau tak silap.  Senang je nak cari.


Sampai2 je tengok view..wow..teruja.  Luas tasik ni seluas 14.16 hektar. Taman ni pulak seluas 30.35 hektar.


Cantik sangat...serius, u oll kena pegi baru tahu betapa cantiknya tempat ni.


Kat sebelah kanan, bukit batu kapur Gunung Lang dan Gunung Bilika yang tak kurang cantik landskapnya.


Anak2 teruja betul sebab dapat bagi ikan makan.  Makanan ikan dijual di kaunter tiket bot..kalau tak silap RM1 sepaket.


Tadi nampak bot kan?  Jom kita naik.  Harga tiket dewasa cuma RM3, kanak2 umur 3-12 tahun dan warga tua cuma RM1.50.  Boat beroperasi hari Isnin - Khamis pukul 8 pagi smpi pukul 7 malam.  Jumaat je tutup awal pukul 4 petang.  Weekend & public holiday tutup pukul 6.30 petang.


Bot agak besar dan selesa.  Yang kelakarnya masa ni Deepavali tapi driver bot kemain lagi main lagu raya aidilfitri..hahaha.


Budak gendut ni mmg berkepit je ngan saya.


Perjalanan bot tu sekejap je.  Tak sampai 5 minit pun.  Ni pintu masuk ke pulau tu.  Pulau lah sangat.  Takde apa pun kat sini.  Cuma mcm taman bungalah.  Tempat beristirehat, ada juga playground.  Ada air terjun buatan manusia, laluan pejalan kaki melalui kawasan paya sepanjang 2km, menara pandang dan tapak perkhemahan.


Ada juga rumah kampung yang cantik.  So, kerja kitorang posing2 jelah apa lagi..hahaha.  So, kalau ke Ipoh, jangan lupa singgah sini ye.  Alhamdulillah, habis juga cerita saya ke Utara.  Tapi lepas ni nak cerita trip ke Teluk Intan pulak.  Sabar jelah ye...hahaha.  See u tomorrow :)

Wednesday, December 19, 2012

WW ~ Mari Belajar Arab


Cara my friend ajar anak2 dia Bahasa Arab.  Letak tag pada semua perkakas rumah.  Contoh, periuk nasi.


Ni pulak peti ais.  Banyak lagi sebenarnya.  Tapi rumah nmpk mcm taska lah kan.  Yang bagusnya anak2 dia mahir Bahasa Arab :-)

Tuesday, December 18, 2012

Nasi Ganja, Ipoh


Amboi, dengar nasi ganja semua pakat tak sabar nak tau.  Oklah, i share info ok.  Siang tu sebelum balik KL, kitorang singgah makan Nasi Ganja for lunch.  Kedai ni terletak dalam Rumah Tumpangan dan Kedai Kopi Yong Suan, Jalan Yong Kalsom, Ipoh.  Jangan terkejut lak..hahaha.  Opposite balai polis.  Dekat simpang empat.


Sampai2 je, silalah beratur ye.  Mujur kitorang awal gak sebab after that Q panjang.


Seriously saya rasa kedai ni betul2 menepati slogan 1 Malaysia.  Tokey kedai ni Cina.  Yang jual nasi ganja ni India Muslim. Pelanggan?  Semua bangsa ada...majoriti Melayu & Cina.


Kitorang dapat seat terbaik...depan2 kedai.


Ha..inilah Nasi Ganja atau dikenali juga sebagai Nasi Wonggey / Vangge.  Ada telur masin, ayam merah yang dimasak dengan sambal kelapa dan bendi.  Dah lama gerai ni dibuka sejak tahun 1960 lagi.  

Pendapat saya? Marah lagilah orang karang kalau saya cakap rasanya biasa2 aje.  Gini lah, korang gi rasa sendiri ok?  Sedap di tekak orang tak semestinya sedap di tekak kita.  Peace no war!  Hahaha...

Monday, December 17, 2012

Ipoh Hainan Chicken Rice


Malam tu plan asal nak makan Nasi Ganja tapi kedai tu dah tutup.  Pusing2 punya pusing sbb Ipoh byk jalan sehala, akhirnya kitorang decide makan kat sini, Ipoh Hainan Chicken Rice.


Kedatangan disambut model cilik ni..hahaha.


Ada banyak tabung ayam dalam ni..cantik menarik.


Semua pun order nasi ayam.  Jom tanya Fifi sedap ke tak nasi ayam ni.


Mestilah sedap Mama..hahaha.  Uol bolehlah ke sini kalau tak tau nak makan kat mana di Ipoh tu.  Esok, kita pi makan Nasi Ganja pulak ye.  Ni alamat restoran ye:-

107, Jalan Raja Musa Aziz
30300 Ipoh, Perak
Tel:-05-2545591

Friday, December 14, 2012

Happy 5th Birthday Fifi..


2007 the year she was born.  C-zer..weight 3.4kg.  Putih melepak.

Sangat senang menjaga dia ketika pantang.


Seorang yang tidak banyak cakap dan rajin.

Arghhh..rindunya mama dengan kamu masa kecil.

Sekarang dah pandai posing.

Selagi hayat dikandung badan, Mama akan sentiasa melindungi kamu sayang.  Kasih dan sayang Mama tidak berbelah bahagi buat kamu.



Happy 5th Birthday Fifi @ Rausyana Saffiya.  Esok, kita bake cake sama2 ye.  Mama, Ayah & Kakak Mimi love you always dear.  Jangan notty2 and please stop kicking.  Esok dah besar Mama hantar kelas silat, pi kick orang jahat.  Don't kick ur own sister..hehehe.  Next year dah  masuk prasekolah.  Oh..sekejap je masa berlalu.  Membesarlah menjadi anak yang solehah.  Amin...