Jumpa geng Pelangi Sabtu, esoknya Ahad tu saya berjimba dengan geng Forever 29 pulak. 29 lah konon...hakikatnya semua pun dah 39. Tapi nak feeling muda masing2 terus namakan geng Forever 29..ngeee. Kenapa tak 21? Tu budak2..kehkehkeh. Yang ni wanita matang yang anggun bergaya..muahaha.
Lepak, makan2 dan sembang2 adalah aktiviti yang paling best bersama kawan2 sekolah. Ye..ni semua skulmate saya masa sekolah menengah. Dorang ni anak dah besar2. Saya je terlambat keretapi sikit. Lepak kat rumah my bestfren. 4 tingkat uols! Nak jelajah round rumah dia pun rasa penat. Tapi dia tak pakai maid. Semua sendiri. Kagum2. View..awesome dari Bukit Cheras. Terdelete pulak picture view dari balcony ngan dapur dia.
Makan nasi ayam, kek & fruit cocktail for lunch. Ada bubur kacang, kuih bingka utk minum petang. Bila geng2 Mak Jemah dah melepak, suami mmg dinasihatkan menyelamatkan diri.
Perjumpaan mcm ni adalah dlm 3 bulan sekali. Sekali sekala suami perlu lepaskan isteri2 bergembira bersama kawan2. Sama juga dengan isteri, sesekali lepaskan suami bergembira juga dengan kawan2 dia.
Insyaallah, masalah2 nak keluar jumpa kawan2 ni bukan masalah besar. Tapi kalau kita sendiri kuat cemburu dan semua pun nak control, jangan marah bila isteri/suami pun jadi kaki control. Yang penting kepercayaan sesama pasangan. Tapi kalau dah bagi freedom pun gatal nak cari lain....itu mmg cari pasal namanya. Kita bakor aje..hahaha. Oklah, adios amigos..bye2.
16 comments:
memang semuanya nampak 29... :)
Ayat yg last tu, mendalam maksudnya ☺☺
wowwww...
Boleh buat shopping complex rumah kawan Dee tu...hihihihih
yup, trust itu penting!
Post a Comment