Thursday, January 30, 2014

Padang-Bukittinggi Trip: Lembah Harau & Tabek Patah


Esoknya, breakfast kat hotel siap2. Food boleh tahan sedap. Ada dessert. Kuih-muih ada pelbagai gaklah.


Ada juga nasi dan juga mee goreng. Macam biasa masakan minang, agak pedas gitu.


Dah siap.  Posing sedas lagi depan hotel dan jom kita gi jalan2.


Kami menuju ke Lembah Harau. Seriously, kalau saya tahu, mmg saya skip this from my itinerary. Agak jauh tempat ni tapi takde apa sangat yang nak ditengok pun. Ni view ke Lembah Harau.


Ada air yang mengalir di dinding2 batu ni jelah. Ambillah gambar sekeping dua. Terdengar juga bunyi teriakan siamang. Bising bersahut-sahutan.


Masa kitorang sampai mmg takde pengunjung lain pun.


Bahagian atas bukit ni rasanya boleh jalan2 tapi kami taknak buang masa kat sini.


Makcik2 ni beli orkid jelah. Nak dibawa balik ke Miri.


Dalam perjalanan pulang nampak kereta kuda ni depan rumah penduduk kat situ. Ambil kesempatan bergambar makcik2 ni. Ada sambutan Maulidur Rasul. Cantik dan comel2 anak2 kecil ni.


Cuaca masih ekstrem. Sejuk betul. Menggigil-gigil dibuatnya. 


Berjalan dengan warga emas ni mmg kena banyak sabarlah. Nampak bunga tepi jalan nak dikutipnya. Depan rumah orang pun berhenti mintak izin. Ambil benih untuk ditanam di Miri dengan harapan berkembang mekar cantik macam kat Bukittinggi.


Lepas tu kami singgah di Tabek Patah atau Kopi Kiniko.


View cantik betul. Mendamaikan.


Kopi diberi percuma. Self service ye.


Tempat sejuk minum kopi panas ngan pisang goreng panas2 mmg enak sekali buk.


Lepas tu posing2 lagi.


Pokok bunga pun banyak dekat sini.


Saya cuba kopi kulit kayu manis. Ok, saya tak boleh telan..hahaha.


Kat sini jugak ada jual macam2 snek. Macam pisang salai ni.


Sagun bakar pun ada. Sedap..rugi pulak rasanya tak beli.


Kata pusat kopi, sure lah kopi pun banyak. Tapi kami tak membeli. Okey, setakat ini dulu. Nanti kita sambung lagi. Pada rakan2 yang menyambut Tahun Baru Cina, saya ucapkan Gong Xi Fa Cai. Pada yang nak berjalan tu, hati2 di jalan raya ye.  Moga semuanya selamat.
   

Wednesday, January 29, 2014

Padang-Bukittinggi Trip: Rumah Soto Padang & Grand Kartini Hotel


Malam tu kami dinner kat Rumah Soto Padang. Sebabnya tak mau lah makan nasi lagi malam2. Restoran ni betul2 depan Kharisma Hotel. Kharisma Hotel agak jauh dari Pasar Atas. Kena ada transport. Kalau tak naik angkutan jelah.


Saya makan Soto Daging. Sekali datang ngan nasi gak daaa. Soto daging dia ada suun tapi without nasi himpit ye. Sedaplah makan panas2 kat tempat sejuk.


Begedil jagung. Sedap jugak.


Pisang cheese chocolate. Yummy.


Ada Auntie Woh ni order aiskrim. Layan jelah kan.


Tambah syok diiringi penyanyi jalanan yang suaranya sangat sedap. Makcik2 tu punya suka sampai semua pun bagi duit. Siap suruh amik gambar dan nyanyi betul2 depan meja kitorang lagi.


Lepas makan, baru check in hotel. Ni lah hotel kitorang, Grand Kartini Hotel. Terletak berdekatan dengan Pasar Atas. Memang walking distance je. Hotel baru, putih bersih. Cantik. Berhadapan dengan Grand Kartini ialah Hotel Kartini. So, jangan silap ye. 

Masjid pun kat sebelah je. Takyah risau pasal azan. Azan 2 kali tau. Sampai ada yg bangun solat subuh 2 kali..hahaha. Rupanya azan pertama pukul 4.30 pagi adalah untuk bangun solat tahajud. Yang kedua barulah azan subuh. Hmm..kenapalah kat Malaysia tak macam tu kan.


Ruang makan yang kecik kat lobby tapi selesa. Oh ye..hotel ni inclusive breakfast tau.


Tak perlu bayar dah. Kami dah bank in deposit pada agent kat Padang. So, dia dah settlekan semua. Tinggal check in jelah. Rate 1 malam adalah IDR400,000 = RM110.


Hotel ni takde lift. Ada tangga tapi okey je. Ada wifi jugak.


Bilik superior dia, selesa gaklah. Cuma kalau dapat bilik hujung tu macam sempit sikitlah. Bilik air dia luas tau. Best!


Ada meja kecik untuk berhias dan juga tv. 


Ha..ni lah dia Grand Kartini Hotel pada siang hari. Go and check the website. Manalah tau kot lagi murah. Kita sambung lagi ye esok..hehe.

Tuesday, January 28, 2014

Padang-Bukittinggi Trip: Lembah Anai, Putri Minang, Linduang Bulan & Jam Gadang


Usai solat, kami teruskan perjalanan. Dalam perjalanan ada restoran nama Puncak Kiambang. Ada juga tourist yg makan kat situ. Untuk orang yg tak berapa lapar bolehlah berhenti makan kat situ. View mmg cantik. Korang google je lah ye. Kami yang dah kebulur tak boleh tunggu, tu yang makan kat Lamun Ombak je. Dalam perjalanan 1 jam ke Bukittinggi tu kita berhenti kat Lembah Anai Air Mancur dulu.


Ticket masuk cuma IDR3,000 bersamaan RM1.


Tepi jalan je air terjun ni. Takde masalah buat warga emas ni semua. Alang2 sampai orang kata.


Ni lah Mak saya. Mak yang panggil saya anak buluh betung. Hajjah Ramlah Ibrahim. Nama bapak sama so ni kakak saya lah..hihi. Inilah mak kawan baik saya sebenarnya. Kenal dah lama pun.


Best tau duduk kat tepi air terjun ni. Tempias2 air terjunnya menyejukkan. Saya tanya supir, ada tak yg pernah lemas di sini. Ada katanya..disedut arus. So, kalau nak mandi kat sini hati2 lah ye. Walau ada yg kata cuci muka dengan air terjun ni awet muda, jangan pulak terjun smpi lupa diri..hehehe.


Ha..ni lah kawan baik saya. Opismate saya dulu ni. Berpuluh tahun dah kenal. Dah nak balik ke Miri pun bulan Februari ni. Sayonara sahabat. Sehingga kita bertemu lagi.


Ha..nampak tak? Tepi jalan je kan. So, don't worry, wajib singgah sini tau. Saja melepaskan lelah.


Posing ala2 model tepian air mancur.


Then, kita teruskan perjalanan dan singgah kat butik Putri Minang.


Bukittinggi memang terkenal dengan sulaman. So, telekung2nya awesome. Kami cari telekung harga IDR1 juta (RM300).  Tak jumpa di sini.  Ada orang kirim.


Kebaya sulam yang cantik2.  Gambar gegar pulak.


Kain sulam yang lagilah cantik2. Rambang bijik mata saya dibuatnya. Tapi saya tak beli apa2 pun kat sini. Baru sampai rilex dulu. Last2 terbayang2 yang warna hijau tu..huhu.


Lepas tu kita singgah pulak Linduang Bulan. Kat sini kemeja lelaki banyak pilihan dan cantik2. Beli je kat sini kalau dah berkenan.


Macam biasa telekung cantik2. Salesgirl yang tudung pink tu masa hari akhir saya balik, dia mintak gelang tangan saya. Sebab suka dengan layanan staff Linduang Bulan yang ramah dan mesra, saya bagi jelah gelang RM10 tu. Kawan saya pulak bagi pekerja dia RM1 sorang. Suka betul dorang. Sedikit je kebaikan yg kita buat tapi dapat menggembirakan orang sepanjang hari.  Bestkan feeling tu.


Then, teruskan perjalanan lagi. Cuaca agak extreme masa ni. Sangat sejuk dan saya dapat flu beserta demam 2 hari di Bukittinggi. Jangan lupa bawak sweater  ye dan juga ubat.Kami singgah makan tapi itu kita citer esok jelah ye.


Lepas makan, kami singgah ke Jam Gadang ni. Malam2 pun meriah. Ramai orang berniaga. Dekat dengan Pasar Atas. Ketinggian 26 meter dan mempunyai 4 jam dengan diameter berukuran 80cm. Oh ye..Gadang maksudnya Besar.


Mercutanda bagi penduduk Bukittinggi. Jangan lupa abadikan kenangan bergambar kat sini. Muka saya muka penat giler. Dah, esok saya share kat mana saya stay. Yang pasti, dekat sangat dengan Pasar Atas. Adios!