Tuesday, January 28, 2014

Padang-Bukittinggi Trip: Lembah Anai, Putri Minang, Linduang Bulan & Jam Gadang


Usai solat, kami teruskan perjalanan. Dalam perjalanan ada restoran nama Puncak Kiambang. Ada juga tourist yg makan kat situ. Untuk orang yg tak berapa lapar bolehlah berhenti makan kat situ. View mmg cantik. Korang google je lah ye. Kami yang dah kebulur tak boleh tunggu, tu yang makan kat Lamun Ombak je. Dalam perjalanan 1 jam ke Bukittinggi tu kita berhenti kat Lembah Anai Air Mancur dulu.


Ticket masuk cuma IDR3,000 bersamaan RM1.


Tepi jalan je air terjun ni. Takde masalah buat warga emas ni semua. Alang2 sampai orang kata.


Ni lah Mak saya. Mak yang panggil saya anak buluh betung. Hajjah Ramlah Ibrahim. Nama bapak sama so ni kakak saya lah..hihi. Inilah mak kawan baik saya sebenarnya. Kenal dah lama pun.


Best tau duduk kat tepi air terjun ni. Tempias2 air terjunnya menyejukkan. Saya tanya supir, ada tak yg pernah lemas di sini. Ada katanya..disedut arus. So, kalau nak mandi kat sini hati2 lah ye. Walau ada yg kata cuci muka dengan air terjun ni awet muda, jangan pulak terjun smpi lupa diri..hehehe.


Ha..ni lah kawan baik saya. Opismate saya dulu ni. Berpuluh tahun dah kenal. Dah nak balik ke Miri pun bulan Februari ni. Sayonara sahabat. Sehingga kita bertemu lagi.


Ha..nampak tak? Tepi jalan je kan. So, don't worry, wajib singgah sini tau. Saja melepaskan lelah.


Posing ala2 model tepian air mancur.


Then, kita teruskan perjalanan dan singgah kat butik Putri Minang.


Bukittinggi memang terkenal dengan sulaman. So, telekung2nya awesome. Kami cari telekung harga IDR1 juta (RM300).  Tak jumpa di sini.  Ada orang kirim.


Kebaya sulam yang cantik2.  Gambar gegar pulak.


Kain sulam yang lagilah cantik2. Rambang bijik mata saya dibuatnya. Tapi saya tak beli apa2 pun kat sini. Baru sampai rilex dulu. Last2 terbayang2 yang warna hijau tu..huhu.


Lepas tu kita singgah pulak Linduang Bulan. Kat sini kemeja lelaki banyak pilihan dan cantik2. Beli je kat sini kalau dah berkenan.


Macam biasa telekung cantik2. Salesgirl yang tudung pink tu masa hari akhir saya balik, dia mintak gelang tangan saya. Sebab suka dengan layanan staff Linduang Bulan yang ramah dan mesra, saya bagi jelah gelang RM10 tu. Kawan saya pulak bagi pekerja dia RM1 sorang. Suka betul dorang. Sedikit je kebaikan yg kita buat tapi dapat menggembirakan orang sepanjang hari.  Bestkan feeling tu.


Then, teruskan perjalanan lagi. Cuaca agak extreme masa ni. Sangat sejuk dan saya dapat flu beserta demam 2 hari di Bukittinggi. Jangan lupa bawak sweater  ye dan juga ubat.Kami singgah makan tapi itu kita citer esok jelah ye.


Lepas makan, kami singgah ke Jam Gadang ni. Malam2 pun meriah. Ramai orang berniaga. Dekat dengan Pasar Atas. Ketinggian 26 meter dan mempunyai 4 jam dengan diameter berukuran 80cm. Oh ye..Gadang maksudnya Besar.


Mercutanda bagi penduduk Bukittinggi. Jangan lupa abadikan kenangan bergambar kat sini. Muka saya muka penat giler. Dah, esok saya share kat mana saya stay. Yang pasti, dekat sangat dengan Pasar Atas. Adios! 

19 comments:

Banyak tempat yang Aina tak sempat singgah masa ke Bukit Tinggi dulu sebab sehari pertama singgah ke rumah kawan di Padang. Terasa nak repeat...lagipun waktu tu tengah berpantang keguguran semuanya terhad.
 
serronok baca entry dee ni..
mengimbau kenangan kty masa kt sana
dari pasar atas nak balik otel .kami teringat malas nak naik bus kami..sbb over sgt diaorg soping
balik kitaorg naik kereta kuda.pengalaman betul..gelak je spjg jln .
 
linduang tu maknanya lindung eh?
 
bestnye dee,, bab yang nak shopping kain tu.. walawehh.. semua cantek...
 
fuhhhh bab kain sulam mmg leh rambang mate dee..seb baik ko nijenis kuat iman...kalo aku tu mmg dah meroyan tu.....aku ni penggila kain.....

mane ade nampak muke penat dee...serius, muke ko steady jek...bagus ko ...maybe sbb dah biase travel kot kan...
 
Seronoknya dpt jalan2..dan gambar pun cantik2. Esp..gambar waktu malam..
 
alahai..dpt flu + demam ye dee?
seb baik dee dh besa travel gini
kalau zura tk taw la cm mn...

sure murah2 kan kain sulam n telekung kt sini...bestnya...

air terjun tu cantik la..
 
syok nyer kak dee!
 
haaa!! kan dah takanang-kanang jor kain nan hijau tu..kalau taraso nak bali...bali jor ndak usah takpikier pikier jor laii...iko ala mayasa..

kannn dah kuar cakap minang akk..hehe..
 
Drsinga: kalau kita linduang tu lindungan bulan kot..
 
cantik air terjun tuh... tgk tempat nyer mcm kecik je tp ada yg penah lemas jgk ek...

aduhla geram nengok telekung2 ngn kain2 sulam tuh kak... mau rambang mata kan... asal pg nk membeli je kot...
 
uishhhh bestnya your trip ni...
tgk kain2 tu memang rambang mata aaa sis...
kalo aku kayaaaaaaaaaaaa...
hehehehehehe...
 
Siap peace lagi. Hahaha. Sporting giler.
 
Best nya lah kak dee. Cantik air terjun tu.
 
best betul air terjun dia..
mesti sejuk ya amat tuh...
 
happy shoppping DEE
 
Bukit Tinggi memang salah satu tempat di Indonesia yang memang along nak jejak dari dulu....selalu membayangkan keindahan dari dalam novel yg menjadikan Bukit Tinggi sebagai latar cerita....x tau la bila boleh sampai...
 
Berani model tu posing dekat ngan air terjun. Kalau jatuh camna? Telekung ngan kain-kain tu cantiknya. Tengok kain tu rasa macam nak bolot semuanya..agak2 mampu tak I beli satu kedai? Hehehe....
 
Salam..izin promot kat laman ni,kami sinar alam wisata tour and travel di padang bukittingggi indon,bila tuan/puan nak becadang bercuti kat padang bukittinggi kami menyediakan perkhidmatan pakej percutian dan sewa pelbagai kereta dengan harga jimat dan berbaloi.
Wassap +6285356000747
Emel sinaralamwisata1409@gmail.com
Website www.sinaralamwisata.com