Thursday, January 30, 2014

Padang-Bukittinggi Trip: Lembah Harau & Tabek Patah


Esoknya, breakfast kat hotel siap2. Food boleh tahan sedap. Ada dessert. Kuih-muih ada pelbagai gaklah.


Ada juga nasi dan juga mee goreng. Macam biasa masakan minang, agak pedas gitu.


Dah siap.  Posing sedas lagi depan hotel dan jom kita gi jalan2.


Kami menuju ke Lembah Harau. Seriously, kalau saya tahu, mmg saya skip this from my itinerary. Agak jauh tempat ni tapi takde apa sangat yang nak ditengok pun. Ni view ke Lembah Harau.


Ada air yang mengalir di dinding2 batu ni jelah. Ambillah gambar sekeping dua. Terdengar juga bunyi teriakan siamang. Bising bersahut-sahutan.


Masa kitorang sampai mmg takde pengunjung lain pun.


Bahagian atas bukit ni rasanya boleh jalan2 tapi kami taknak buang masa kat sini.


Makcik2 ni beli orkid jelah. Nak dibawa balik ke Miri.


Dalam perjalanan pulang nampak kereta kuda ni depan rumah penduduk kat situ. Ambil kesempatan bergambar makcik2 ni. Ada sambutan Maulidur Rasul. Cantik dan comel2 anak2 kecil ni.


Cuaca masih ekstrem. Sejuk betul. Menggigil-gigil dibuatnya. 


Berjalan dengan warga emas ni mmg kena banyak sabarlah. Nampak bunga tepi jalan nak dikutipnya. Depan rumah orang pun berhenti mintak izin. Ambil benih untuk ditanam di Miri dengan harapan berkembang mekar cantik macam kat Bukittinggi.


Lepas tu kami singgah di Tabek Patah atau Kopi Kiniko.


View cantik betul. Mendamaikan.


Kopi diberi percuma. Self service ye.


Tempat sejuk minum kopi panas ngan pisang goreng panas2 mmg enak sekali buk.


Lepas tu posing2 lagi.


Pokok bunga pun banyak dekat sini.


Saya cuba kopi kulit kayu manis. Ok, saya tak boleh telan..hahaha.


Kat sini jugak ada jual macam2 snek. Macam pisang salai ni.


Sagun bakar pun ada. Sedap..rugi pulak rasanya tak beli.


Kata pusat kopi, sure lah kopi pun banyak. Tapi kami tak membeli. Okey, setakat ini dulu. Nanti kita sambung lagi. Pada rakan2 yang menyambut Tahun Baru Cina, saya ucapkan Gong Xi Fa Cai. Pada yang nak berjalan tu, hati2 di jalan raya ye.  Moga semuanya selamat.
   

12 comments:

takpe kak...tak rugi pun kesana walaupun takde ape sebab pengalaman tak dpt kat mane-mane.. :)
 
org2 veteran ni DEE....kalau boleh semua benda nak angkut....layankan jerlah...Akk pun lebih kurang ko...masa kat sesautu tmpt..teragak2 nak beli brg...balik sudah...baru terpikir-pikir nyesal pulak tak beli...
 
semakin ayu kau skang kak
 
heheheh redho jelah kan kak.... jnji dpt jln2... tp bgsnyer org2 lama nih kalu nk apa2 mintak izin dulu, tak segan2 nk tanya....
 
Bila sebut pisang salai, teringat pulak dah lama tak merasa pisang salai nih. Jalan ngan warga emas kena bertabah ya? Keh3x.
 
seronok baca travelogue ni
ringkas dan padat
tempat dia pun best
berkabus je penandangannya :)
 
Hari yang sama kan? Kau tukar seluar eh Dee?

Hehehe.
 
kadang2 kita pi melancong bukan nak membeli belah sgt kan kak dee...lebih kepada menimba pengalaman je...
 
kat sini kty borong pisang salai .
ngn kopi ..buat kasi sedaramara
 
I have been exploring for a little bit for any excellent articles or blog posts on this kind of area .
Exploring in Yahoo I at last came across this website.
Reading through this information made me pleased that
I’ve found precisely what I needed.

Also visit my blog post; male enhancement
pills, www.migente.com,
 
Thanks for the auspicious writeup. It if truth be told
used to be a amusement account it. Look complex to far brought agreeable from you!

By the way, how can we be in contact?

Feel free to surf to my web blog Ultra Slim System REviews, http://misshoneyb.blogspot.fr/,
 
Salam..izin promot kat laman ni,kami sinar alam wisata tour and travel di padang bukittingggi indon,bila tuan/puan nak becadang bercuti kat padang bukittinggi kami menyediakan perkhidmatan pakej percutian dan sewa pelbagai kereta dengan harga jimat dan berbaloi.
Wassap +6285356000747
Emel sinaralamwisata1409@gmail.com
Website www.sinaralamwisata.com