Wednesday, January 15, 2014

Selamat Pengantin Baru Yuyu..


Ahad lepas, kami berkumpul lagi sekali dekat Masjid Al-Iklasiah, Pantai Dalam. Sambil tunggu ketibaan pengantin, bergurau dulu dengan anak2 terutama Si Ecah anak Bonda Pepel. Keletah betul dia..geram.


Sis Rasp pun first time dapat jumpa Ammara. Tu yang dok tenung semacam. Apalagi sis, bagilah Sapphire adik..hihihi. Tak lama lepas tu pengantin pun sampai.


Tu dia pengantin dalam busana hijau. Cantik berseri-seri.


Alhamdulillah..dengan dua kali lafaz, Ayu dan Wan sah bergelar sebagai suami isteri.


Masa baca lafaz taklik ni, suara Wan dah sebak. Aiseh, saya lari dululah..hahaha. Sebak sebab gembira dapat isteri takpe..hihihi.


Ciuman kasih seorang suami.


Lepas tu majlis makan doa selamat. Majlis besar bulan tiga. Yang penting food sedap sangat. Dah kahwin adik bongsu kitorang ni. Welcome to the club Ayu.


Doa kami agar kalian berdua berbahagia hingga ke Jannah. Terima kasih jemput kami ke majlis pernikahan kalian. Selamat menempuh kehidupan berumahtangga. Harap sabar menghadapi sebarang dugaan dan cabaran. Moga kasih sayang kalian terus mekar abadi. Jumpa lagi esok. Insyaallah.

14 comments:

Jarang pengantin yg berani mencuba warna sebegitu masa nikah. Tahniah buat pengantin moga kekal bahagia sehingga ke akhirnya.
 
adik utk Sapphire?????
oooooooo tak pe.....
bagi laluan utk u bagi adik utk mimi & fifi hehehehehe...
 
cantik la bj pengantin..
berseri2 ha...

tahniah !
 
Selamat pengantin baru buat mereka.
 
Tahniah buat kedua-dua mempelai. Semoga jodoh berkekalan selamanya. Unik sungguh warna baju pengantin.
 
Selamat pengantin baru..moga kekal bahagia hingga ke jannah.. aaammiinn
 
cantik baju pantin... tahniah moga berkekalan
 
moga mereka berbahagia hingga ke syurga...:)
 
selamat pengantin baru utk pengantin..semoga bahagia hingga ke jannah.amen
 
Selamat penagnatin baru... :)
Cantik baju pengantin :D
 
Selamat penagnatin baru... :)
Cantik baju pengantin :D
 
Selamat Pengantin baru ..

Hai saya blogger baru :p


larikssss
 
selamat pengantin baru..cantik pengantinnya...
 
baru sempat terjah blog kak dee...btw thanks all yg wish..kdee thanks atas doa kebahagian ni...:)