Tuesday, September 2, 2014

My Borneo Trip - Brunei Darulsalam & One Billionth Barrel Monument


Salam, hari yang baru.  Punyalah lama amik masa nak sambung. Akses yg terhad membuatkan semua entry saya terbantut..urrgghhh..mmg lotih nak citer. Apa pun tak boleh. 

Sebelum bulan September ni sampai ke penghujungnya baiklah saya abiskan entry Borneo ni. Kalau tak makin bertimbun huhu. Ni breakfast kami pagi tu..mee kolok. Sedap sangat. Harga tak ingat sebab dah lama sangat..sorry.


Hari tu kami nak ke Brunei. Saya bawak 100 Brunei Dollar je. Almaklumlah ratenya bisa bikin tercekik..haha..sama dengan Singapore ye..2.6..huhu. Harap2 cukuplah...huhu.


Masa saya pegi ni mmg cuaca mendung, hujan je.  Ini Asean Bridge. Ada tol x?


Bawahnya Sungai Baram.


Tadaaa..mestilah ada tol kan..kihkih.  Sila bayar RM10 ye. Ini Malaysia kita..kehkeh.


Selepas tu masuklah kita ke Sungai Tujuh Immigration Check Point untuk cop Passport dan pass kenderaan. Semuanya dibuat dari dalam kereta aje. Mudah. Oh ye..jangan lupa bawa salinan geran ye..ada details yg perlu di isi di pass sementara bagi kenderaan persendirian.  

Lepas tu kita akan lalu Tol Jambatan Sungai Rasau, Kuala Belait. Kat sini bayar 3 Brunei Dollar lebih kurang RM8 lah sehala. Jangan lupa isi minyak kereta penuh ye. Walaupun minyak di Brunei murah tapi kita tak dibenarkan mengisi di sana kecuali di Bandar Seri Begawan. Itupun tak di semua petrol station.


Jalan ke Kuala Belait. Takdelah hebat sangat kan. Lupa nak snap gambar highway. HIghway dia pun taklah besar sangat. Yang sedang2 aje.


Kami singgah sebentar di Seria. Ini Shell Village. Tak berpagar dan mempunyai laman yang luas cantik menghijau. Feeling duduk kat overseas. Ada lagi area yang cantik2 tapi tak sempat nak snap pic. Punyalah kami pusing merata nak cari One Billionth Barrel Monument tu..akhirnya jumpa juga. Sebab bila jalan tutup, kucar kacir sket Waze...hehehe. 


Yeay...akhirnya sampai juga kan kat sini. Cuaca panas sangat time ni.  Apa yang menariknya kat sini? Actually xde apa sangat. Monumen ini dibina oleh Sultan Brunei pada tahun 1991 bagi memperingati pengeluaran tong minyak yang ke sejuta di Seria, Brunei. Telaga minyak yang pertama dijumpai pada tahun 1929 oleh Brunei Shell Petroleum.


Ini locomotive kot..haha. Saya pun tak berapa tahu apa benda ni. Saya rasa eloklah diletak papan tanda atau papan info tentang nama alat dan penggunaannya untuk pengetahuan pengunjung.


Monumen nya jauh ke sana..jomlah kita jalan.


Di kiri kanan tu ada plague yang menceritakan sejarah awal bagaimana minyak ditemui.


Bergambar di salah satu "nodding donkey". Inilah drill atau pump untuk mengeluarkan minyak dari telaga minyak. Banyak betul nama gelaran dia ni. Dikenali juga sebagai Pumpjack, oil horse, grasshopper pump, Big Texan, thirsty bird...menarik kan..hehehe.


Kat Seria ni memang boleh nampak donkey ni merata lah.


Akhirnya sampai ke pentas utama monumen. Jom posing walau panas menyucuk2 kulit..hehe.


Ini pemandangan di sebalik monumen. Ada pantai dan laut tapi tak berapa bersih lah nak mandi pun. Jom kita cari OGDC atau Oil & Gas Discovery Centre pulak.

7 comments:

geram nengok mee kolok tuh... naper kt kl payah skt nk jumpa ek...

sampai ke brunei jugak akak yek, sana sini pagar nyer tinggi bebeno
 
Bagai sunyi sepi ye brunie
 
*brunei
 
mee kolok...menyelerakan :)
 
Sedapnya tgk Mee kolok tuh..

Seronok baca pengalaman Dee jalan2 ke Borneo.. :)
 
noticed ada pink train u :)
 
Sedapnya tengok mi kolok tu. Feeling macam tengah makan mi kolok je gamaknya. Nodding donkey ni banyak sgt nicknames. Fantastic semuanya. Eh, Malaysia kita pun patut tak bagi isi minyak kat kenderaan asinglah. Baru adil dan saksama.