Keesokan harinya kami ke Miri Crocodile Farm.
Besar jugak taman ni tapi Jong Crocodile Farm di Kuching lagi besarlah, lebih bersih dan lebih menarik.
Kalau nak bagi makan buaya, bolehlah beli kupon dgn harga RM10. Kita kena hulur ayam ke kandang buaya dengan kayu kot..tak berapa pasti.
Harga tiket masuk. Boleh tahan gaklah harganya.
Nak cuba satay buaya pun boleh..kehkehkeh.
Jangka hayat buaya boleh sehingga umur 60-80 tahun.
Masa kat kandang buaya dengar bunyi Buk! Buk! Bila jenguk, rupanya buaya dipukul sebab pekerja nak bersihkan kandang. Bila pukul tu buaya tu larilah jauh sikit dari dorang. Pastu saya nampak dorang kutip sesuatu dari kandang buaya ni.
Banyak kandang dan banyak juga buayanya. Saya tak berapa yakin berdiri atas pelantar kayu tu. Sebabnya pernah tengok buaya melompat/berdiri tinggi di Jong Crocodile Farm, Kuching. Kalau dirodoknya pelantar kayu tu boleh runtuh. Isshhh..saya mmg suka imagine yg bukan2..hehehe.
Kita boleh juga bergambar dengan binatang2 kat sini macam burung kakak tua, ular sawa albino dan juga beruang madu ni. Kemain manja lagi. Bayarlah RM10. Tapi saya mmg takutlah kan walau dia manja gitu..eeee..again suka imagine yang bukan2..hahaha.
Tetiba hujan..so, saya ambil kesempatan sembang ngan brader ni. Dia orang Indon. Saya tanya apa yang diorang kutip kat kandang buaya tadi. Gigi buaya rupanya. Buat rantai jual..laku..hehehe. Saya tak belilah.
Ada macam2 jenis binatang kat sini. Ala2 mini zoo. Kat tengah tu ada tasik yang dipenuhi teratai. Takde buaya kot..jalan sambil memerhati sekeliling..hahaha. Dasar penakut.
Ini Buaya Albino. Putih. Kalau arwah mak saya dulu dia kata buaya jadi-jadian.
Boleh baca lagenda buaya putih di sini.
Kulit buaya. Nak buat handbag or kasut pun boleh. Mahu? Hihi..
Ular pun ada..kemain lagi nak mematuk ha..
Jangan terkejut lak nampak kepala kat atas pokok tu..hehehe.
Dah habis round, naik kuda pun boleh. RM10 untuk satu ride.
Jangan lupa datang sini kalau ke Miri. Jumpa lagi esok, insyaallah.
9 comments:
kalau saya.. saya beli gigi boya tu..
unik..
ngeri ooo tgk boye2 .. tgk kt melaka pun dh ngeri
Post a Comment