Monday, September 8, 2014

My Borneo Trip - Jalan2 Sekitar Bandar Seri Begawan


Assalamualaikum..jomlah kita habiskan perjalanan saya kat Borneo ni. Bukan apa..hujung minggu ni saya travel lagi. Kang takleh upkan story baru sebab story lama tak abis2 lagi..hehehe. Naik dari bot kami amik gambar jap kat monumen depan Waterfront BSB ni. 

Kat belakang saya tu dikenali sebagai Mercu Dirgahayu yang telah dipersembahkan oleh rakyat dan penduduk Brunei kepada Sultan Brunei sempena ulangtahun kelahiran Tuanku yang ke 60 tahun.


Ini pula ialah Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin. Antara masjid yang tercantik di dunia. Nampak tak ada perahu kat hujung tu. Pernah digunakan sebagai pentas pertandingan musabaqah Al-Quran. Dibina pada tahun 1967 sempena Nuzul Quran.


Kubah masjid ni diperbuat dari emas tulen. Bersinar2 kena panahan matahari. Menara masjid tu pula ada lift di mana katanya boleh tengok pemandangan di sekitar BSB. Saya tak naik pulak. Takpelah next time boleh naik. Kawan saya dok Miri, so  insyaallah akan datang lagi ke Brunei kalau ada rezeki.


Happy dapat jumpa bangunan Royal Regalia. Kat sini lah tempat nak beli souvenir termasuk Fridge Magnet.


Sila tanggalkan kasut.  Oh ye..tu dia waktu operasi.  Masuk percuma.


Masuk2 terus register. Lepas tu akan diberi locker. Simpanlah kamera dan barang2 lain dalam locker tu. Hanya dibenarkan ambil gambar di bahagian luar ni je. Sebelah dalam mmg tak dibenarkan sama sekali.


Ni semua alat kebesaran Diraja. Masa kita masuk dalam tu kita bolehlah tengok dan dengar kisah kelahiran, sekolah dan sejarah kehidupan Sultan Brunei. Sultan Brunei rupanya dulu pernah sekolah di Victoria Institution di Kuala Lumpur.


Semua hadiah, cenderahati yang diberi oleh semua pemimpin di seluruh dunia kepada Sultan Brunei ada dipamirkan di sini. Memang mewah dan sangat menarik.


Payung kebesaran DiRaja. Kat sini boleh tengok semua alat kelengkapan DiRaja semasa upacara pertabalan.


Karpet pun tebal..sedap je pijak..hehehe.


Kami keluar betul2 dah waktu lawatan ditutup. Ni kami berjalan ke kawasan tempat letak kereta di belakang Royal Regalia. Parking kat sini free. Takde orang jaga pun. Negara yang mengamalkan hukum hudud..so, insyaallah takde apa2. Kita pun rasa selamat.


Singgah sebentar di Istana Nurul Iman. Istana terbesar di dunia katanya. Memang luas.


Punya lah luas sampai camana bentuk Istana nya pun saya tak nampak..hehehe. Oklah, dah petang, jom kita teruskan perjalanan ke Limbang, Sarawak. Hari ni saya training sampai rabu. Kalau sempat saya BW ke blog uol ye. Jumpa esok. Insyaallah.

6 comments:

seronok nyer kak..kalo dr labuan naik bot setengah jam je sampai tapi kami tak terpegi lagi nie..
 
Bestnya kak. Gambar cantik2.
 
Cantiknyaa tgk masjid tu..Dee..

Waahh bercuti2 lagi yer.. bestnyaa.. :)
 
Kubah yang cantik dan bernilai itu sendiri dah jadi tarikan apa lagi keseluruhan masjid...
Hiasan dalamannya dan persekitarannya tentu lagi menarik kan?...
 
itu kire dia nyer muzium ke kak? ke muzium diraja? nk msk pun siap bukak kasut mesti bersih dlm nyer...

cer cite kak apa je yg ada dlm nyer...
 
Amboi, nak berjalan lagi you sis! Seronoknya hidup cam ni...

Belum pernah sampai Brunei tapi tengok dari your itinerary ni macam banyak pulak yang boleh dilihat di Brunei ni ya!

Bab masjid tu memang teringin sangat nak pergi tengok!