Wednesday, September 3, 2014

My Borneo Trip - OGDC, Brunei


Tak jauh pun dari monumen One Billionth Barrel tu kita akan jumpa Oil & Gas Discovery Centre (OGDC) ni. Tanya guard kat area Shell Brunei tu kami tak berapa paham pulak cakapnya. Bahasa Brunei ni ada gak yang kita tak paham..hehehe.


Kat sini banyak replika2 di sekitar OGDC.  Comel2 je..tapi keadaan kat sini agak sunyi. Mungkin sebab bukan cuti hujung minggu.


Ni waktu operasinya.


Ni pulak harga tiket masuk. Cuma pekerjanya tidak berapa mesra. Harap ramai jelah kat kaunter tu...huhu.


Dahlah..moh kita masuk.


Kat sini pun banyak karektor Upin Ipin. Dah bergambar sakanlah budak2 ni.


Dalam ni macam Pusat Sains lah. Ada banyak interactive games berkaitan sains dan juga minyak. Oklah, tak berapa nak menarik sangat tapi bagi anak2 ni semua sangat informative.


Dalam ni pun ada nodding donkey..hehe.


Jom kita main lampu pulak. Dah apahal sepak anak tu..huhu.


Eh..bayang2 kita melekaplah.  Mainlah kat sini sampai puas. Budak2 seronok sakan.


Kat sini pun seronok. Main dengan kelajuan cahaya. Dah abis round. Kami pun keluar menuju ke Bandar Seri Begawan. Nak cari makanan..lapar.


Kononnya kawan saya tu kan..nak ajak gi lunch umah pakcik dia kat Jerudong. Jalan ke rumah pulak dia lupa. Kita lalu lah depan Jerudong Park ni. Sunyi je..takde orang pun.


Moh tengok harga tiket.  Mak aih..xpelah kita pi Sunway Lagoon jelah ye..hehehe.


Landskap kat sini cantik mendamaikan..cantik. Kita pergi terus ke Bandar Seri Begawan jelah. Insyaallah, jumpa esok.

14 comments:

kire mcm kt petrosains kt malaysia ni lah ek kak... mereka tak peramah ngn tourist kot kak itu psl yg mesra sgt...

kt sana pun ada upin ipin yek...glamers btl diaorng...
 
Sebijik mcm kat petrosains la Kak :)
 
akak suka Brunei ni
bersih, takde traffic jam.
kalau ada peluang rasa nak pergi lagi..
cuma kena prepare duit lebih sikit :)
 
This comment has been removed by a blog administrator.
 
This comment has been removed by a blog administrator.
 
This comment has been removed by a blog administrator.
 
Blogwalked!

http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com/
 
brunei...kini... ;)
 
tapi pemandangan dekat sana memang cantik2 kan :)
 
cool lah bermain dengan cahaya tu!
 
La, bila masa dah sampai Brunei ni, Dee?

Dahsyatnya mak posing sepak anak. Terpegun eden tau :) Hehehe.
 
hahahhaa..dee punya posing main bayang2 tu mmg terbaik lah!

malam tadi tgk documentary pasal brunei...betul la, ada bahasanya yg susah nak faham, walaupun cakap melayu
 
http://1.bp.blogspot.com/-fUt7pt2Zrbo/VAZ2Z8N1EbI/AAAAAAAAcDU/PtMlNxJU6FE/s1600/pempbohsngs.jpg
 
mesti kena kena bawa bajet lebih ..