Showing posts with label open house. Show all posts
Showing posts with label open house. Show all posts

Friday, September 6, 2013

Beraya di Office..


Dekat opis saya sambutan Hari Raya ni memang meriah. Undangan tak putus2.  Ada je department yang buat.  Yang ni kat HR Dept.  Makan2, sembang2..bergambar..mmg seronok.  Merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama kakitangan.


Ini pulak untuk semua kakitangan.  Untuk pelanggan korporat, buat kat KLCC Convention Centre.  Ni baru lobby..kat level 2 pun beratur panjang.  Makan free..sapa tak mau kan.  Ada games and contest gak.


Tengok sapa yang beratur no 1 kat stall sate.  Budak dept saya lah ni..member karaoke saya juga ni.  Agak2 nya pukul berapalah dia turun ye.  Tak menahan..hahaha.  Boss dia siap bagi moral support lagi masa saya amik pic ni.  Boss dia boss ku juga.


Dah makan2..marilah amik pic ramai2.


Ni majlis hari raya kat floor saya.  Ada 3 department, kita gabungkan buat sekali.  Buat simple2 je...yang penting bonding tu.


Makan pun nasi putih je..berlaukkan daging salai masak lemak cili api, sambal udang, ulam dan sambal belacan. Ada juga lemang ngan rendang ayam.


Tak lupa juga satay..ni favourite budak2 department saya ni.  Menu wajib.


Tahun ni tak dapat kumpul semua orang bergambar. Catering sampai lambat..so, masa ni dah ramai tetamu. Jadi kami2 ajelah berposing..hehehe.  Tahun depan pasti buat lagi..insyaallah.  Happy weekend ye.

Thursday, September 5, 2013

Terima Kasih CT Elly..


Terima kasihlah CT Elly sebab jemput kami makan2 masa cuti hari merdeka hari tu...gambar blur lak..huhu.


Walau hujan lebat turun membasahi bumi sampai banjir, kami tetap setia menikmati makanan.


Hujan dah reda dan tempat kami tu bertakung air, apa ada hal..pindah ajelah meja lain.  Semua pun gara2 Char Kuey Tiow yang panas2.  Yummy!


Tunggu pulak tetamu VIP ni kan..hahaha.


Dapat berjumpa blogger cun lak tu.  Berebut-rebutlah posing.


Terima kasih daun keladi.  Kalau boleh jemput lagi.  Laksa, pulut kuning, rendang ayam, sambal bilis, karipap semuanya pom..pom..meletop!  Kepada Puteri Ayu kat hujung kiri tu xyah link..blog dia dah hidup segan mati tak mau thanks juga jemput open house rumah dia.  Cumanya semua pun terlupa nak amik pic...rugi..rugi..rugi.  Apapun, mee kari dia sedap..terbaekkk.


Akhir sekali, sebelum terlupa..saya up lah gambar Iftar kami beramai-ramai di Seri Pacific Hotel.  Punyalah peram dalam draft..punyalah busy..nak up story pun dah basi.  So, sekeping cukuplah untuk tatapan kawan2 kat sini.

Friday, October 5, 2012

Geng Forever 29 :)


Dey..berapa banyak geng kau ada Dee oii???  Hahaha.  Ye..saya mmg ramai kawan.  Kadang2 sampai tak ingat kawan ni kawan U ke, kawan sekolah ke, kawan blog ke..kehkehkeh.  Bajet retis.  Geng yang ini tak seglamour Geng Pelangi.  Tapi saya sayang dorang ni.  Almaklum kenal dari zaman sekolah.  Jadi gurau lebih2 pun takpe.  Kutuk kaw2 depan2 pun takpe.  Sbb dah kenal hati budi kan.  

Minggu akhir Syawal aritu, kitorang Geng Forever 29 setting utk pegi beraya rumah kawan2 rapat.  Raya dari pukul 9 pagi ok..kelas kau jah...hahaha.  Dari Bangi ke Puchong, by the time smpi rumah saya dah dekat tengahari.  Saya sajikan dorang putu mayam & nescafe tarik.  Kelas tak saya?  Ingat senang nak dpt menu putu mayam masa raya? Hahaha....


Lepas raya umah saya, bergerak ke Pantai Dalam pulak.  Serbu umah kawan saya Watie yang baju purple blue tu  Suami dia tukang masak terbaik tau.  Saya makan 2 kali.  Pastu siap tapau lagi..hahaha.  Nasi minyak  dan ayam masak merah dia mmg marvelous.


Lepas tu shoot ke USJ.  Kawan saya ostajah yang kat tengah tu buat birthday party anak dia.  Meriahlah siap ada kanopi bagai.  Dengan cendol pulutnya, kambing goleknya, nasi lemak dan macam2 lagi.  Ada clown jugak.  Memang meriah.  

Kalau tak kerana kawan saya Siti bukan Siti Nurhaliza tu terbawak kunci kereta suami dia..sure ada lagi rumah yang saya pergi.  Tak sabar nak jumpa dorang lagi.  Kami jenis keluar pagi balik sebelum maghrib.  Mujur suami2 kami sporting..thanks pada suami2 yang sgt understanding.  

Eh..kenapa Forever 29 walhal kami semua dah 38 tahun?  Sebab kami semua kelihatan seperti 29 tahun...kan..kan.  Sapa tak setuju..xnak kawan..hahaha.  Posing pun anggun gitu..kehkehkeh.  Oklah, selamat berhujung minggu!

Friday, September 28, 2012

Beraya Bersama Neena Anuar...


Well..sabtu lepas kami Geng Pelangi dijemput ke majlis makan2 di rumah Blogger Gojes Lagi Hot Mama-to-be Sis Neena Anuar.  Nak kata majlis raya..dah lepas syawal..tapi kira rayalah..mana nak dan buat masa syawal..bz kot semua orang..huhu.  

Apapun, thanks sis jemput Dee & kawan2 makan2 kat umah u.  Rasa sentiasa dihargai dan diingati gitu.  Food sedap2..tp x amik pic food pun sbb kalau dah jumpa geng blogger..posing kot paling utama..hahaha.  Jangan serik jemput weol lagi tau.


Jumpa InaAchik juga..kat blog jaranglah mengomen..kat FB rancak..hehehe.  Suka tengok dia..soft dan luhur je muka dia.  This is the 2nd time jumpa.  Before this kat umah Bonda Pepel.  Jubah dia gojes...I like.


Eh..ada Baby Fayel Bam2 ngan Mama dia Mimy Hamid.  Apalagi..moh bergambar.  First time jumpa Mimi tapi dah mesra di FB.  Sis..u makin slimmer dan makin cantik berhijab.


Sebelum balik posing ramai2 kat tepi pool.  Hampir kesemuanya blogger.  Tapi tak ingat linklah..hehehe.  Jangan marah ye.


Pastu kami Geng Pelangi posing ramai2 ngan tuan rumah.  Tengoklah tu..mcm budak2..hehehe.


Lepas tu Geng Pelangi dah lupa diri kejap.  Kami posing puas2..sbb susah sket kami semua nak berkumpul cukup ahli.  Yang lagi sorang tu sleeping partner.  So, dia kat belakang tabir je..hahaha.  


Banyak pose yang sengal2 tapi semua kat FB.  Thanks to Sis Rasp for some of the pictures :)


Pose ni ialah trademark pose Sis Wahida.  Teringat memori di Bandung.  Ramai yg bawa kamera maka banyaklah gambar.  Mujur tak semua orang bwk camera.  Punyalah bz posing masing2 smpi anak2 dah basah lencun main pool....sabar jelah.  Ingat abis kat situ je ke?  Takde punyalah..sambung plak.


Sambung melepak di Nan Cheese..huhu.  Gitulah kalau dah bertemu.  Ni sabtu tau.  Esok harinya, Ahad, ada lagi majlis hari raya yang terlewat bersama bloggers.  Minggu depan jelah story eh.  Enjoy your weekend peeps!

Tuesday, September 25, 2012

Majlis Raya Dept Pulok...



Minggu terakhir syawal, kami 4 org 'the Working Committee' dari 4 dept tp same floor pakat2 utk buat majlis hari raya kat floor kami.  Majlis adalah hasil sumbangan semua staff.  Ada juga yg boss2 spnsor.  Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh rakan2 dari Shariah.


Main food yg ada Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, Dalca, Jelatah.  Ada juga menu tambahan soto, lemang & rendang daging serta sate.


Dessert puding mangga, sagu gula melaka, fruit cocktail, honey lemon, tembikai dan kuih raya.  Air teh tarik dan tropical punch.  Tak amik byk pic food sbb sy busy..hehehe.


Acara makan2 bermula..mari bermesra..ada yg dari Legal juga..sebelah saya tu bos CoSec. 


Ni port makan kawan2 dept saya.  Dah kenyang dengan food yg marvellous dari Manisa Catering tengahari tu, kitorang serbu pulak HR Dept pya open house.


Ni gambar kt HR Dept.  Saya tak makan pun sbb kekenyangan.  Every day ada je dept yg buat makan2..so, mmg tak lunch ar kat luar..makan free je manjang.



Sebelum majlis makan kat dept tamat, kitorang satu dept bergambar.  Seronok sangat.  Makanan yg lebih2 tu kitorang tapau balik.  Citer raya ni rasanya mcm tak abis je smpi Aidil Adha..hahaha.  Ok, take care semua.


Friday, September 21, 2012

Berhariraya Bersama Teman Sekerja...


Berhariraya bersama keluarga seopis.  Yang ni khas untuk kakitangan.  Amik pic ni kat depan pentas sebelum acara..kalau tak mmg takde chancelah..sure ramai giler kan.  

Untuk client pulak diadakan keesokan harinya di KLCC Convention Centre, saya tak pergi pun.  Client yg datang 2 orang, jadi saya gi makan kat majlis orang lain di Dewan Felda..tapi tak amik pic.  Seronoknya kerja di company melayu yang besar sbb sepanjang syawal aktiviti makan2 tak pernah abis.  Save duit.  Macam tau2 je kan lepas raya masing2 sengkek..hahaha.


Start je majlis pukul 3, berduyun2 staff turun.  Makan jelah apa yg ada..ada soto, char kuey tiow, sate, ABC, tapai, kuih-muih & mcm2 lagi.  Opismate saya kat sebelah ni isteri orang popular tapi dia sgt humble.  Dah tukar ke HR Dept.  Anak 2 tu..dahlah cantik, slim, ramah, humble dan bijak pulak.  She's a mathematician.  Gonna miss her so much sbb kwn lunch saya ni..hehehe.


Lepas tu turun lobby tgk show.  This year MCnya kitorang tak berapa kenal but somebody from Raja Lawak.  Saya pun tak berapa cam.  Dorang ckp last 2 years Adlin Aman Ramli mmg bestlah.  Yang ni kureng sket.  Masa ni ada contest kebaya tercantik dan songkok tertinggi.  Tapi dorang ni kena menari.  Pemenang berdasarkan tepukan penonton.  

Ada juga games lain mcm jangan lupa lirik lagu raya..hehehe.  Waktu tgh syok2 tgk ni, tetiba saya terpandang someone yg pakai baju serupa sebijik mcm saya.  Tudung je warna lain.  Cis!  Terus saya ajak kawan2 cabut naik atas.  Malu wei.  Mesti minah tu pun beli baju tu kat Bandung..huhu.


Kat atas mulalah posing2.  Tapi posing ngan boss2 kan..so, posing mcm nyanyi lagu negaraku je kekdahnya or mcm sessi photography yg formal..hahaha.  Oklah, have a nice weekend everybody.  See u next week :)

P/S:-  Selamat Hari Kanak2 buat semua kanak2 sedunia :)

Tuesday, September 18, 2012

First Open House..


Yup..first open house yang saya pergi ialah rumah Sis Rasp.  Kebetulan birthday Sapphire.  Memang seronok.  Happy Birthday sayang :)

Tapi saya sampai sekarang tak boleh lupa response Sis Rasp bila first time tengok saya bertudung.  Hahaha..dia boleh patah balik masuk dalam rumah tak jemput saya masuk.  Mcm nampak hantu...hihihi.


A'ah..kat rumah Sis Rasplah first time kawan2 Pelangi tengok saya bertudung.  Ada yang jalan terus je tak salam saya.  Tak kenal u oll...hahaha.


Tapi sebenarnya Sis Wahida dah tau dulu.  Sebab dia first geng pelangi yang datang beraya ke rumah.  Pun response dia saya tak boleh lupakan.  Muka sebak dia.  Hmm..memori indah :)  Makin cantikkan dia sekarang..berseri-seri.


Love this big family.  A big thanks to Sis Ayu sebab tumpangkan saya.  Sis Rasp, thanks atas jemputan  makan2.  Food u sedap2 belaka.  Sorry Fifi tertumpahkan air.  Sorry juga stay lama sangat sbb rasa mcm taknak balik..hahaha.  Jangan serik invite kitorang lagi ye.  Masa ni Sis Nor masih di Kuching.  Hopefully lepas ni leh gather complete semua keluarga Pelangi..insyaallah.

Thursday, September 22, 2011

Birthday Bash Amani Cum Open House..

Cuti panjang 3 hari tu dipenuhi dengan open house je.  Best kan? Hahaha..so, Sabtu tu kitorang ke Puncak Jalil, ada jemputan birthday bash Amani dan Open House Cik Pepel.  Bila blogger berkumpul macam nilah jadinya.  Ada Amy Sweetdarling, adiknya Myra, Mummysyafie, Kaseh, Ayumie, InaAchik dan yang depan sekali tu Neena Gojes Gonjeng...muahaha.  Lama giler kitorang lepak kat sini dari tak hujan smpi hujan smpi teduhlah hujan tu..hehehe. 
Si CT Elly macam biasa, lewat sket.  Rumah dia jauhkan.  Pastu tak pandai sgt area situ..sib baik jumpa gak. Sis Rasp pun ada.  Perasan tak semua biru, saya je merah.  Yelah..orang lain dpt invitation baca betul2.  Saya tak, doklah tergambar kesedapan masakan maktok Amani.  Tu tak perasan ada tema...hahaha.  Sib baik tak kena boikot.  Tapi untung gak pakai warna lain, bila amik pic, saya lah yang paling terserlah..hehehe.
Selalu bermesra kat blog ngan FB je.  Tapi bila jumpa depan mata, perghhh...mmg dia ni cantiklah.  Sampai Ayumie kekaguman.  Kak, muka dia lawa macam Kajol lah kak.  Bulu mata ori uols...xyah sibuk2 cari bulu mata pelesu.  Melentik gila.  Walau dia ni cantik kebaboom..tapi tak sombong.  Tak percaya?  Cuba gi terjah blog dia..friendly sangat2.  Nice meeting you Neena...u memang gojes gonjeng...kehkehkeh.
Sebelum balik, amiklah pic dengan tuan rumah dan birthday girl si Amani tu.  Nampak tak kat tangan saya tu?  Tapau beb..hahaha.  Maktok Amani suruh saya makan semua.  Manalah saya laratkan.  So, saya ckp kalau makcik nak tapaukan bolehlah.  Sungguh2 mak dia tapau..lepat labu uolls..hehehe..malu tapi mahu.  Thx maktok..masakan maktok semua sedap..nak2 sambal udang kuala muda tu...pergh..masih terasa2.  Nanti kami terjah kg maktoklah.  Pada Cik Pepel dan suami terima kasih atas undangan dan layanan yang superb.  Tahun depan jangan serik jemput kami lagi.