Wednesday, December 9, 2009

Cicak Yang Tuli..



Cerita ini panjang...baca dgn penuh kesabaran...hehehe..

Sambutan hari kemerdekaan di Negeri Binatang berlangsung dgn meriahnya.  Salah satu acara yg paling menarik adalah acara Panjat Pinang yg diadakan khas utk cicak2.  Btg pokok pinang dilumuri dgn getah dan tidak seperti pertandingan Panjat Pinang yg biasa, pertandingan kali ini tidak menyediakan sebarang hadiah di bahagian atas pokok pinang utk direbutkan dan para peserta juga tidak perlu bekerjasama.  Peraturan perlumbaan mudah shj, iaitu siapa yg sampai dahulu ke puncak pokok pinang, dialah pemenangnya.  Syarat perlumbaan mudah, sekiranya ada cicak yg jatuh, dia masih diberi peluang sebanyak 3 kali lg utk memanjat pokok pinang itu.  Hadiah yg ditawarkan adalah Rumah Cicak.

Apabila pengadil meniup wisel yg mengistiharkan permulaan pertandingan, kesemua peserta cicak itupun berlumba-lumba memanjat pokok pinang.  Baru beberapa minit pertandingan bermula, sudah beberapa ekor cicak yg tergelincir jatuh.  Penonton menjadi begitu ghairah melihat perjuangan para peserta yg bersusah payah memanjat mahu mencapai puncak pokok pinang.  Ada yg memberi semangat, tetapi lebih ramai yg mengkritik serta mengarah.  Dalam hal ini, penonton kelihatan jauh lebih handal drp peserta itu sendiri.

Beberapa waktu berlalu, peserta yg terkeluar pun sudah byk kerana jatuh dr pokok.  Tinggallah 6 ekor cicak yg masih berjuang utk smpi ke puncak pokok.  Apa yg anehnya adalah penonton tidak lg memberi semangat kpd peserta2 ini, tetapi melaungkan yg mereka tidak mungkin dpt mencapai puncak yg begitu tinggi memandangkan badan mereka yg kecil itu.  Para penonton menjerit, "Sudahlah, tidak mungkin awk boleh sampai ke atas, turun sahajalah!"  Ada juga yg mengatakan, "Janganlah kerana inginkan hadiah rumah tu, kamu korbankan sesuatu yg mungkin berguna utk org lain."  Malah seekor cicak tua, yg hya menonton pertandingan itu berkata, "Masa zaman sy dulu, kami tidaklah segigih ini.  Yg penting adalah melakukan kerja seperti biasa."  Sementara itu, para pembesar Negeri Binatang juga turut bersuara, "Sudahlah cicak, kami mengadakan pertandingan ini hanya utk bergembira dan memang pertandingan ini susah utk dimenangi.  Turunlah! Tidak mungkin awk dpt sampai ke puncak itu!"

Mendengar kata2 yg demikian, beberapa ekor cicak mula kehilangan semangat, daya saing mereka berkurangan dan satu demi satu cicak2 itu jatuh ke tanah.  Melihat keadaan begitu, para penonton semakin lantang berteriak bahawa tidak mungkin ada cicak yg dpt mencapai puncak.  Namun, pertandingan masih belum selesai, kerana ada tinggal seekor lg cicak yg masih terus merangkak naik, perlahan-lahan tetapi dgn gigihnya.  Melihat kegigihan cicak itu, penonton kembali bersorak, ada yg mencemuh cicak itu dan mengatakan tidak mungkin cicak itu berjaya smpi ke puncak pokok.

Malah, seekor haiwan yg kaya-raya berkata, "Hei, cicak, turunlah! Kalau demi rumah, kamu sanggup berkorban utk sesuatu yg mustahil, ambillah rumahku dan turunlah drp pokok itu, sebab semakin tinggi kamu memanjat, semakin besar pula risiko utk jatuh, dan sekiranya kamu jatuh, tentulah ia sgt menyakitkan."  Tetapi, kata2 haiwan kaya itu langsung tidak dipedulikan oleh si cicak.  Apabila pagi bertukar tengahari, semua penonton terdiam apabila melihatkan si cicak masih lagi merangkak dgn gigihnya dan akhirnya berjaya sampai ke puncak pokok.

Semua penonton menjerit dan bersorak gembira melihat sesuatu yg mustahil menjadi tidak mustahil.  Malah, rakan2 cicak yg terkeluar drp perlumbaan terlebih dahulu, turut menangis terharu melihat rakan mereka yg berjaya mencapai puncak itu.  Selepas diturunkan dgn menggunakan tali khas, beberapa org penonton dan para pembesar Negeri Binatang menghampiri cicak itu kerana ingin tahu bagaimana ia mampu mencapai puncak dan berjaya meraih hadiah rumah yg disediakan itu.  Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati cicak yg menang itu tidak boleh mendengar sama sekali.

Moralnya....salah satu sifat manusia yg hingga kini masih mewarnai pergaulan adalah mereka lebih mudah dan suka menceritakan perkara2 negatif mengenai org lain berbanding dgn perkara2 yg positif.  Cuba amati!  Seseorang jarang berasa senang dan gembira dgn kejayaan ataupun kesenangan yg diperoleh oleh org lain.  Inilah kenyataan hidup manusia.  Malah, bagi sesetengah org, ungkapan2 negatif yg diterima boleh mematahkan semangatnya utk berkembang dgn baik.  Tetapi, tentulah penonton berhak memberi komen semasa pertandingan itu berlangsung.  Begitu juga keadaannya dlm hidup manusia, semua org mempunyai hak mengatakan yg negatif ataupun positif mengenai diri kita.  Apa yg penting adalah cara kita bertindak balas terhadap kata2 ini dan bagaimana kita menangani segala isu negatif yg menerpa diri kita.

Belajar drp si cicak td, ada kalanya kita perlu memekakkan telinga supaya tidak mendengar segala kata2 negatif yg akan menghambat perkembangan kita di tempat kerja, keluarga dan juga dalam masyarakat.  Memekakkan telinga bukan bererti kita berpura-pura tidak tahu isu2 semasa, tetapi ia bererti kita mengkaji diri terhadap isu yg berkembang.  Dlm erti kata lain, biarkan isu itu berkembang, kerana pada suatu ketika nanti kita akan bertemu dgn kebenarannya, jadi bersabarlah.  Tetapi sekiranya membuat kesalahan, sebagai manusia, mengaku dan berusahalah untuk tidak mengulang kesalahan dan perbaikilah diri di kemudian hari.  Tidak perlu berselindung di sebalik org lain bagi menutupi kesalahan diri.  Pekakkan telinga terhadap perkara2 negatif yg tidak jelas kebenarannya dan asal-usulnya, serta bukalah telinga selebar2nya utk org lain dan bagi mengkaji diri.  Berbuat baiklah terhdap org, walaupun org itu tidak berbuat baik kpd kita.  Promod Batra pernah berkata, "Perlakukan semua org dgn sopan, malah kepada mereka yg berkasar kepada anda.  Ketahuilah anda menunjukkan sifat sopan santun kepada org lain bukan kerana mereka org terhormat, tetapi kerana anda memang bersikap demikian."

Petikan daripada buku "Setengah Berisi, Setengah Kosong?" Tulisan Parlindungan Marpaung.

18 comments:

kalo tuk kebaikan...wajar kite memekakkan telinga....

tp kalo bg nasihat utk kebaikan..tp tk nak dgr...tu memang tk leh nk kate ape la :D
 
hye Dee!
dah lama mas xde kesempatan nak terjah blog kengkawan semua but entah nape hari nih terasa mcm nk terjah lak even still membizi

tp betul² mas rasa berbaloi dpt masuk blog dee n terbaca lak n3 nih....sungguh n3 nih sgt2 baik n memberikan motivasi yg bukan sedikit utk mas buat masa nih.....:)

tenkiu coz share benda nih kat sini....terasa mcm hr nih nk gi carik buku nih gak...:)

n terasa gak bila free nnti nak copy paste n3 nih kat blog....muahahaha

tenkiu dee moga n3 nih dpt menginsafkan kita semua n memberi lebih motivasi ke arah kebaikan utk kita semua....tq
 
very good entry...
but benda ni very subjective n ada pro & cons.
depends on apa yang keliling cakap.
ada yang elok utnuk kita amik, kita amik la.. if not, jdkan pengajaran.. kot kot esok lusa leh pakai.
 
frankly speaking.aku mmg lom baca..nnti aku free aku baca japp kesah nih..hehe
 
cerita yg mempunyai kesan moral yg cukup tinggi..tp betullah tulah kenyataan kehidupan..kdg2 kritikan org boleh meruntuhkan kita..tp kdg2 jua boleh lebih membangunkan kita..apa jua pun ambiklah secara positif..mana yg negatif tu kita ignore jelah..
 
mamarempit: betul kata mama..

mv: ambik je..dee pun amik dr buku tu..just nk share ngan u oll..

ayu: betul tu ayu..mcm kata2 pengarang ni jugak..yg patut dipekakkan telinga..pekakkanlah..n mana yg patut dilebarkan telinga...dgrkanlah..

neeza: baca bila free ye..

eja: true sis..
 
byk moral of the story dee.....walaupun panjang, aku bace sebab ade inpun....bagus2....sharing is caring kan....
 
KRITIKAN POSITIF boleh memberi PERANGSANG.. KRITIKAN NEGATIF boleh membunuh...

moral: Fikir sebelum kritik..

p/s: kecian cicak2 tu.. dorang ada minum 100 Plus tak utk TENAGA? hehehe
 
best entry ni

kusyuk je baca.
 
lieya: thx sbb baca..

mamaqaypo: true mama..yg pekak tu je kot yg minum..kehkehkeh..

nurul: thx sudi baca..
 
kekadang kite pekakkan telinga..tp hati gak yg skt..baca n3 nih lega skt kepala su nih,,thx
 
dee, u taip ke panjang2 tu..hebat..thanks for sharing ;)
 
sue: sbb tu kena strong dear...

lily: kata ex-sekehtari..no hal lah type pjg2 tu...u're welcome..
 
kita penah baca cite camni. but ade kartun..citu tu binatang dia lain. its katak..katak kaler ijo..ehehhe

yup, kdg kala kita perlu pekakkan tinge.buat2 bodo ngan perkara yg tak datangkan pekdah.tp jgn jd bodo lak kan..buat2 je..kikiki...
 
rose: betullah tu..kena applykan dgn tgk situasi gak kan..
 
tak lenguh jari ke sis hehehehehe..
thx for sharing tis!
 
yup..betul tu.. kita pun ada simpan email berkenaan cicak tuli ni..
 
aku pernah terbaca citer mcm ni tapi citer tentang katak..

citer yg bagus dee..